Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

15 Oktober 2017

Jadual Temujanji


Setiap rawatan di sini perlu melalui temujanji awal dalam persediaan tempat, alatan dan juruterapi bekam. Yang hendak menjalani bekam itu sendiri perlu menyediakan tubuh dengan tidak mengambil sebarang makanan dalam tempoh 2 jam sebelum sesi.

Pusat ini ada menyediakan 2 orang juruterapi yang mempunyai kelayakan mempraktis amalan bekam iaitu seorang Lelaki dan Wanita.

Temujanji boleh dilakukan melalui dail terus 0122971518 atau secara sms

@ boleh klik link ini untuk WASAP www.wasap.my/60122971518

04 September 2017

Rawatan Alternatif Terbaik

Assalamualaikom wbk kepada pengunjung blog ni. Blog ini merupakan salah satu medium yang kami gunakan untuk terus kepada pelanggan melalui enjin carian, perkongsian link dan seumpamanya khususnya kepada mereka yang tinggal di persempadanan 3 negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Parit Buntar, Nibong Tebal dan Bandar Bahru

Di awal-awal penglibatan dalam menyediakan perkhidmatan rawatan alternatif, kami hanya menyediakan terapi bekam dan terapi resdung sahaja. Namun seiring dengan peningkatan ilmu keperawatan alternatif ini, pusat rawatan ini telah menambah atau menukar kepada modul Perawatan Alami Melayu yang ilmunya tak lain tak bukan datangnya dari nenek moyang, alim ulama, pengamal-pengamal tradisional Orang Melayu kita yang bijaksana.

Modul ini mampu memberikan jawapan terbaik kepada setiap permasalahan sama ada berkaitan dengan sakit dan seumpamanya. Ia juga bersandarkan kepada 'setiap manusia mempunyai kod yang berbeza dan unik' umumnya kepada 4 teras utama iaitu Elemen Tanah, Air, Api dan Angin. Walaupun begitu ada ketika Elemen utama akan didominasi oleh Elemen lain dan seterusnya ketidak-seimbangan berlaku pada Elemen itu yang menzahirkan kesakitan pada tubuh manusia. Ada ketika juga Elemen lain yang menyebabkan ketidak-seimbangan pada Elemen lain CONTOHNYA, Elemen yang bermasalah dikesan pada Paru-paru, tapi ia tidak menyebabkan bahagian itu bermasalah, namun ia memberi kesan kepada Oksigen yang dihantar ke Otak. Kelihatannya, bahagian Otak yang menunjukkan permasalahan, bukan bahagian lain. Ataupun bahasa mudah "sakit di suatu tempat tak semestinya berpunca di situ juga".

Elemen Tanah, Air, Api & Angin

Untuk mengenalpasti Elemen tertentu pada individu, analisa tubuh akan dijalankan. Ianya melalui pemeriksaan denyutan nadi sahaja. Simple prosedur. Mulut mungkin boleh menafikan tetapi tidak pada tubuh! Kelebihan untuk kita mengetahui Elemen ini antaranya adalah kita dapat mengenalpasti perkara yang boleh mengganggu Elemen diri. Kita juga dapat mengetahui sikap tertentu yang ada pada kita yang menyebabkan Elemen terganggu, jadi kita boleh menghindari sikap tertentu. Selain itu ada perkara yang perlu kita tahu untuk menguatkan kembali Elemen diri supaya tubuh ini berada pada tahap yang optimum.

Mengenal pasti Elemen

Kami tak nak tahu anda sakit apa? Kami hanya nak anda tahu, bahawa ada Elemen tubuh yang terganggu dan ia telah dinamakan dengan pelbagai nama kesakitan.

30 Ogos 2017

Benarkah Anda Betul Diganggu Jin

Posting kali ini berkaitan adakah benar bahawa kita diganggu jin atau makhluk halus? Beserta dengan hujah-hujah tertentu pengamal perubatan itu dan ini mendakwa bahawa dalam tubuh anda sememangnya terdapat jin yang mengganggu. Kemudian susulan kejadian-kejadian aneh dan pelik yang anda dakwa berlaku pada diri. Kelibat, suara dan mimpi tertentu menguatkan lagi hujah 'anda ada jin!'


Dahulunya saya aktif dalam menangani isu jin, kerasukan, gangguan dan seumpamanya. Namun pada pemerhatian saya yang pendek dan dangkal ini, hal yang paling besar perlu ditangani adalah KEKUATAN individu itu sendiri. Apabila kekosongan terdapat dalam diri, pastinya ada tempat untuk sebarang anasir menceroboh. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah semata-mata JIN dan gangguan yang sekutu dengannya. Adakalanya berkaitan dengan emosi yang tidak terurus, akal yang tidak menerima santapan ilmu, spiritual yang kosong tanpa mengingati Pencipta dan juga pengurusan pemakanan yang tidak benar.

Benarkan? Dalam dunia ini bukanlah semata-mata JIN sahaja yang memberi masalah. Cuba lihat pada diri sendiri, adakah sudah betul amalan harian? Adakala kita perlu menilai kembali dan merujuk pada pelbagai bidang. Jika kita merujuk pada individu yang cenderong kepada masalah berkaitan makhluk halus, maka untuk mendapat rumusan bahawa kita diganggu itu pastinya tinggi. Posting ini bukanlah menunjukkan bahawa saya tidak percaya pada gangguan makhluk halus. Namun saya percaya ada yang tidak kena dan perlu diselesaikan secara menyeluruh.

Kita khuatir anda akan berada dalam lingkungan masalah yang sama! Dah tarik keluar jin kemudian jadi lagi dan tarik keluar jin jadi balik. Di dalam tubuh kita pada bahagian atas tubuh mengikut sistem perubatan melayu merupakan unsur Angin. Apa yang terdapat di dalam bahagian ini adalah Medula, Pineal, Talamus, Pituitari dan juga Hipotalamus ataupun bahasa mudah orang faham Otak. Jika kita PERCAYA kita diganggu, kita akan rasa diganggu.

Nak ke 'rasa' diganggu oleh makhluk halus ni menyebabkan masalah lain pula muncul. Iyelah, sistem tubuh kita ni saling berinteraksi satu sama lain. Macam unsur dalam tubuh kita, Angin, Api, Air, Tanah. Mulanya bahagian Angin atau kepala terganggu, kemudian dia akan turun ke Api yang melibatkan emosi dan perasaan. Contohnya kita rasa stress disebabkan gangguan. Kan emosi tu. Kemudian kalau dah unsur Api diturunkan pula ke unsur Air iaitu Akal, mulalah buat pertimbangan tidak betul, menyalahkan orang itu dan ini. Kemudian akan turun pula kepada unsur Tanah iaitu datanglah pula sakit Fizikal yang pelbagai jenis.


Jadi kesimpulannya, kita kena kenali unsur apa yang mengganggu kita, tak kiralah masalah berkaitan JIN ka, penyakit tertentu kah, ia akan menyebabkan unsur lain juga terganggu.  Kami taknak tahu anda ada masalah apa, sakit apa? Cuma kami boleh analisa dimana unsur yang terganggu, dan apa yang boleh diguna dan dilakukan untuk memulihkan kembali unsur tubuh.


Pusat Rawatan Alami Melayu - Darul Bekam
Pusat Bandar Parit Buntar
0122971518 Untuk pertanyaan

26 Ogos 2017

Mandi Bunga - Bijak Orang Tua Kita Dulu

Pernah dengar dan tahu tak berkenaan ‘mandi bunga’ ni? Antara objektif yang pernah diceritakan dan disampaikan berkenaan mandi bunga ni adalah seperti menaikkan seri wajah khusus kepada bakal pengantin dan juga si pencari jodoh. Mungkin ada yang menjustifikasi ritual ini bercanggah dan menjurus kepada syirik dan sesat, tahyul, khurafat dan seumpamanya. Benarkah? Jom kita kaji sikit sebelum membuat pendapat.

Mandi secara umumnya adalah proses atau kaedah menggunakan air sebagai medium utama, diguna dengan cara mengenakan air pada tubuh samada melalui jirusan atau rendaman. Bunga pula adalah tumbuhan atau pokok yang tumbuh dengan ciri-ciri tertentu. Mandi bunga pula adalah mandian yang dicampurkan dengan bunga kebiasaannya beberapa jenis bunga dilakukan pada waktu tertentu seperti sewaktu bulan penuh pada tengah bulan hijrah.

Bijak tak bijak orang melayu kita dulu dah mengamalkan dan mempunyai banyak ilmu yang dikenali pada zaman sekarang sebagai ilmu astronomi, ilmu sains, ilmu sains kimia, ilmu fizik dan metafizik dan sebagainya. Namun tidak lah pada waktu itu menggunakan terma seperti ini. Baiklah kita terangkan sikit sebanyak yang kita faham. Kalau ada percanggahan pada apa yang hendak disampaikan dengan kefahaman pembaca, minta berlapang dada, ia hanya hasil pemahaman sendiri melalui sandaran ilmu yang tidak seberapa.

Gambar Bersumber: GOOGLE jek

Mandian atau sebarang kaedah menggunakan air untuk rawatan dan mendapatkan sesuatu manfaat pada zaman ini dipanggal hidroterapi. Penggunaan bungaan pula jika dilihat atas sifat bunga secara umum mempunyai warna tertentu. Warna kalau dikaji menghasilkan getaran, gelombang, frekuensi dalan bacaan Hertz dan ia sangat mempengaruhi Elektron yang merupakan pasangan Proton yang mendiami Atom. Atom tu pulak apa ya? Atom tu lah yang membentuk sel atau sel terbina daripada gabungan atom-atom. Air pula merupakan perakam yang baik dan merupakan pengalir arus yang dulu waktu sekolah rendah kita belajar konduktor haba dan penebat. Air boleh mengalirkan arus kerana air adalah konduktor. Jadi elemen pada bunga seperti warna yang menghasilkan getaran, gelombang, frekuensi tertentu sudah pasti memberi kesan pada air yang menerima tenaga bunga itu walaupun bukanlah kita dapat rasai seperti kejutan letrik 😂. Tubuh manusia juga mempunyai air yang mewakili 72%. Dan seperti yang dinyatakan di atas tadi air adalah perekod dan perakam yang baik gelombang yang terdapat disekitarnya dan seterusnya gelombang atau frekuensi atau orang kita dok sebut aura akan memasuki tubuh. Dah dicaj tubuh dengan elemen warna yang padanya ada gelombang tertentu. Senang cerita sifat yang ada pada bunga melalui pandangan mata kita seperti cantikkkk, menawannnn, segarrrr, indahhhh, lembutttt di sapa angin dah direkodkan ke dalam tubuh yang mandi bunga. Bukan itu sahaja, antara sifat lain bagi bunga adalah bau yang harum dan menyegarkan. Itu belum dikaji lagi zat-zat yang terkandung di dalam satu-satu bunga.

Waktu mandi bunga pula jika dilakukan pada waktu bulan penuh pun ada hujahnya dari sudut sains. Bulan penuh seperti yang kita ketahui memberi kesan pada paras air di bumi. Bukan setakat di bumi, malah pada makhluk yang tinggal di bumi. Antara kesannya dari sudut biologi adalah menstabilkan paras hormon manusia dan pada waktu ini toksid dalam tubuh hampir pada permukaan kulit kesan daripada graviti bulan yang mempengaruhi paras air dalam tubuh. Aura atau gelombang, atau frekuensi atau tenaga dari bunga boleh mempengaruhi elemen yang menyebabkan ketidakstabilan hormon dalam tubuh manusia dengan lebih berkesan berbanding pada hari lain seterusnya memberi manfaat.

Orang putih dengan kita pun pelik sebab rawat orang patah tangan guna air ja. Rupa-rupanya ini jawapannya; air merekod dan akan memberi kesan kepada Elektron dan Proton yang membentuk Atom dan seterusnya membentuk sel2 untuk tubuh menjalankan fungsi. Ye lah, pagar rumah pun guna air asasnya. Kann.

Iklan sikit, saya ada satu barang baik yang boleh menyebabkan kulit tegang, bertenaga, sihat dari dalam mengikut kaedah tenaga macam mandi bunga di atas. Mudahnya tak perlu mandi, hanya hisap macam coklat dan tenaga dari sumber semulajadi akan mempengaruhi Elektron dan seterusnya Atom dan seterusnya Sel kulit yang sihat, tegang dan bertenaga. Dah2, tak yah risau kulit tu, nanti elok la. Orang kita dulu dah ajarkan. Whatsapp di SINI kalau nak tenaga sihat, cantik, tegang untuk yang halal. Taip 'halal', senang nak bagi ofer dan buat pengkelasan PM personal atau lain2.

14 Ogos 2017

satu catatan

Baru sebentar tadi dok main susun-susun gambar nak upload di google. Ni hasilnya dan di bawah adalah diskripsinya...


Pusat Rawatan ini terletak di Pusat Bandar Parit Buntar, Perak iaitu pekan yang menghubungkan Kedah melalui Bandar Baharu dan Pulau Pinang melalui Nibong Tebal. Lokasi betul-betul di hadapan Masjid Ar-Ridzuan iaitu masjid jamek baru bagi kawasan Parit Buntar. Masjid lain yang berdekatan dengan masjid ini ialah masjid lama di pekan lama atau dikenali dengan nama Masjid Daerah Kerian, Masjid Hijau iaitu yang terletak di Kampung Kedah dan Masjid Ubudiah yang baru dinaiktaraf sebagai masjid yang terletak di Taman Seri Tenggara. Ceritanya, sebelum ini, penduduk yang tinggal di taman-taman seperti Taman Kerian Lama, Taman Kerian Tambahan, Taman Seri Tenggara dan Taman Semarak akan pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Lama atau Masjid Daerah Kerian ni. Tetapi, semasa pembinaan 'flyover' yang melintasi laluan keretapi, penduduk-penduduk pun bertebaranlah pergi menunaikan solat Jumaat di Kg. Kedah. Dan kapasiti masjid itu agak terhad sehingga padat dan melimpah. Kemudian surau taman Seri Tenggara dijadikan surau Jumaat. Sehinggalah sekarang walaupun flyover telah siap.

Opps terlajak pulak. Ok kita sambung..

Pengamal di pusat rawatan ini merupakan Ahli PERHIJAM atau Persatuan Hijamah Malaysia yang merupakan ahli Badan Pengamal GAPERA atau Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia. Terdiri daripada seorang lelaki dan wanita merangkap perunding utama bagi klien lelaki dan wanita. Sebarang rawatan yang dijalani di sini perlu melalui satu sesi temubual atau runding cara atau kaji selidik untuk mendapat keputusan layak menjalani rawatan. Kerana bukan semua gejala sesuai menjalani rawatan yang ditawarkan. Namun dengan pertambahan satu modaliti baru, iaitu Perubatan Tradisional Melayu @ Rawatan Alami Melayu (RAM), ia membuka lebih luas manfaat yang boleh diterima oleh masyarakat. Ia sangat membantu dari segi kesihatan fizikal, spiritual, emosi dan akal. Antara konsep rawatan paling lengkap yang kami pelajari dan terbukti iaitu ubat-ubatan yang dibekalkan adalah 'gaya hidup' individu.

Semasa menjalani sesi temubual, individu akan dianalisa tenaga yang utama, tenaga yang dominasi dan kaedah rawatan yang mudah dan ringkas untuk mendapatkan kesan. Kami tak nak tahu nama penyakit, cuma kami nak analisa apa tenaga yang tidak seimbang dalam tubuh individu dan bagaimana nak seimbangkannya. Tenaga tu aura, tenaga tu kuasa dan seumpamanya. Ada dalam kalangan kita yang dah cuba itu dan ini tapi belum berhasil. Usah risau, ikhtiar itu masih ada ganjaran pahala selagi tidak syirik. Ada individu hanya perlu buat sikit saja untuk dapat kesan kesembuhan. Betullah kata orang 'rawatan yang tepat bukan memberikan kelegaan sementara'.

Bersambung lagi nanti, ada pasien...

13 Ogos 2017

Pusat Rawatan – Darul Bekam – Perkhidmatan Rawatan Alternatif

Mencari tempat untuk menjalani rawatan alternatif yang dipercayai untuk diri dan keluarga. Hubungi kami untuk konsultasi percuma.


"Niat Melakukan Bekam Untuk Keluarkan Punca Penyakit & Memberi Ransangan Pada Tubuh Kerana Allah"

NIAT LAH SEPERTI YANG SELALU
.
.
Tiap perbuatan, amalan, pekerjaan diukur dengan NIAT. Niat adalah suatu tenaga berupa arahan, harapan daripada si pelaku menerusi komunikasi dalaman.
.
.
BUKANKAH KITA DIAJAR ITU MELALUI RUTIN 5X SEHARI?
.
.
Menjalani Terapi Bekam merupakan satu kaedah perawatan untuk menyingkirkan bahan kotor dalam darah, meransang tindak balas tubuh melalui sensori dan motorik, dan... setiap perbuatan ada Rohnya iaitu menyingkirkan sifat mazmumah dan memperbaiki akhlak. Perbuatan tanpa roh umpama Jasad tanpa Nyawa, Proton tanpa Elektron, Makanan tanpa Rasa, Kuih Pau tanpa Isi.
.
.
Jadi pasanglah niat sebelum melakukan apa2 perkara, dan jadilah seorang yang berfikir sesuai dengan firman Allah dalam Quran yang dicatatkan pada banyak tempat, "AFALAA TA'KHILUUN", tidakkah kamu mahu berfikir?
.
.
P/s: Ramai orang bekam sebab nak cuba2, nak rasa macammana dikatakan badan ringan dsb, nak tengok boleh turun dak tekanan, nak tengok boleh elok tak bla bla bla.

Alatan Moden yang diguna

08 Julai 2017

CARA INI DAPAT MENGESAN PUNCA SAKIT, MASALAH etc

CARA INI DAPAT MENGESAN PUNCA SAKIT, MASALAH etc

ANALISA NADI - Ketahui Kaedah Merawat Diri (Wanita Sahaja - Perawat Wanita)

Hasil Analisa, Anda akan;
√√√ Mengetahui Kelemahan Diri
√√√ Mengetahui Punca Semasa
√√√ Mengetahui Teknik Baik Pulih
=====
××× Tanpa Ambil Darah
××× Tanpa Mistik
××× Tanpa Pelanggaran Hukum
=====
Anda Akan Dijelaskan Proses Yang Akan Dijalankan Sebelum Sesi.
LOGIK – SAINS – BUKTI

Temujanji Diperlukan

Bekam Di Parit Buntar - Pusat Bandar


Pusat kami menyediakan perkhidmatan bekam melalui juruterapi berpengalaman Lelaki dan Wanita.

Temujanji awal diperlukan untuk mengelakkan pertindihan waktu.

02 Jun 2017

Diagnos Diri; Betulkah ada JIN??? Pandai-pandai saja tau

Dah Cuba Macam-Macam, Tapi...
=====

Analisa Nadi - Ketahui Kaedah Merawat Diri (Wanita Sahaja - Perawat Wanita)

Hasil Analisa, Anda akan;

√√√ Mengetahui Kelemahan Diri
√√√ Mengetahui Punca Semasa
√√√ Mengetahui Teknik Baik Pulih

=====

××× Tanpa Ambil Darah
××× Tanpa Mistik
××× Tanpa Pelanggaran Hukum

=====

Sebelum Sesi Analisa, Anda Akan Dijelaskan Proses Yang Akan Dijalankan.

Temujanji di link wasap ini klik www.wasap.my/60122971518 maklumkan untuk 'analisa diri'


20 Mei 2017

Rawat demam terbaik 2 cara, buat sendiri di umah

Nak ke satu benda ni kalau kita rasa tak sihat badan macam demam ke, sakit kepala ke, migrain ke, sakit gigi ke tak payah gi klinik kalut-kalut. Cuma amik benda ni letak atas lidah dan kemudian hisap sampai habis. Nak ke satu benda yang semua peringkat umur boleh ambik benda ni sebab dia


Bahan aktif ni yang boleh mendatangkan kesan 'overdosage' kalau kita yang tak tahu menahu bab farmakologi bla bla bla, reaksi kimia dan seumpamanya kalau kita ambik. Tak macam benda ni. Ia diproses hanya untuk mendapatkan 'frekuensi' atau gelombang sesuatu bahan asal yang digunakan untuk kita peroleh manfaat. Pada masa kita mendapat manfaat, badan kita tak ada sisa bahan ubat. Lebih selamat kan. Lagi satu, fungsi yang lain 


Pengambilan benda ni, akan memberi kesan pada fisiologi atau tubuh untuk mengaktifkan sistem baik pulih tubuh kita sendiri yang ramai kita tahu iaitu imunisasi dan antibodi. Semua orang ada benda ni. Kalau kat anak-anak pulak, cara yang paling mudah nak bagi diorang ni dapatkan manfaat benda ni adalah dengan cara melarutkan dalam air minuman dan diberi minum. Tapi jujurnya budak-budak ni lagi suka hisap benda ni sebab sedap. AMARAN! Diorang mungkin minta lagi walau tak demam!

Perubatan jenis ni dia macam perubatan gelombang seperti Ruqyah, nak kaji, agak sukar sebab dia tak melibatkan bahan aktif yang kita boleh kaji di lab atau makmal. Tapi bila cuba, baru rasa kesan. Cumanya nak pesan siap-siap, setiap insan mempunyai sistem yang sama tetapi kelemahan yang berbeza. Jadi kesan bergantung pada individu lah. Ni nama dia nak gitau


Yang ni memang digunakan secara meluas dari sudut rawatan alternatif di seluruh dunia. Kalau nak boleh direct terus. RM100, RM80, RM60 tapi cuma ?? tak mahal pun, boleh tahan lama (2 Tahun) dan yang penting, selamat. Tapi kalau demam tu melebihi 3 hari, jumpalah doktor sebab demam ni pun ada banyak jenis.



www.wasap.my/60174377587 atau 0174377587