Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

30 November 2012

Turki Mesir vs Haramun Yahudi State


Setelah seminggu menyerang Gaza, tiba-tiba Israel menghentikan serangan itu atas alasan setuju gencatan senjata yang diatur Mesir.

Mengapa begitu "mudah" Israel bersetuju?

Sebelum ini, dalam Gaza War yang berlangsung selama 3 minggu pada 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009 yang mengorbankan 1400 penduduk Gaza, Israel begitu "liat " untuk menghentikan serangan.

Berbanding yang terbaru ini, sekadar menyerang seminggu yang mengorbankan 163 penduduk Palestin , regim Zionis begitu mudah membuat gencatan senjata.

Beberapa analisis dibuat mengapa begitu mudah Israel berbuat demikian . Antaranya :

i) Mereka terkejut dengan keupayaan HAMAS melancarkan roket hingga ke Tel Aviv. Sebelum ini serangan roket HAMAS sekadar menyinggah ke Sderot sahaja yang hanya 850 meter dari sempadan Gaza.Dulunya penduduk Sederot sejumlah 24,000 sahaja yang takut dengan serangan roket Al Qassam ini. Kini seluruh penduduk Ibukota Israel Tel Aviv 400,000 orang berada dalam ketakutan.

ii) Semasa serangan 2008 dahulu, Mesir di bawah Hosni Mubarak sekutu Amerika. ketika itu serangan dibuat sejurus selepas pertemuan antara Menteri Luar Israel Tzipi Livni dengan Hosni Mubarak di Kaherah. Serangan ini dilihat seperti ada pakatan dan persetujuan antara Mesir dengan Israel. Israel menyerang untuk musnahkan kekuatan HAMAS manakala Mesir menyokongnya demi menjarakkan pengaruh Ikhwalnul Muslimin ke atas HAMAS.

Tetapi kini Mesir di bawah Mohammad Morsi seorang pimpinan Ikhwanul Muslimin. Seperti ada kegerunan di pihak Israel apabila kenyataan Morsi ketika mengecam Israel, "Mesir hari ini berbeza Mesir semalam dan Arab hari ini berbeza dengan Arab sebelum Arab Spring...".

iii) Israel juga melihat kerjasama Mesir dengan Turki begitu erat. Israel mempunyai sejarah
" hitam " dengan Mesir dan Turki sebelum ini. Dengan Mesir, Israel pernah berperang beberapa kali dengan Mesir. Manakala dengan Turki, Israel melihat pengaruh Reccep Erdogan umpama penjelmaan semula Sultan Abdul Hamid ataupun Sultan Muhammad Fateh !

Untuk rekod, hingga kini Presiden Morsi belum bercakap dan berjabat tangan dengan pimpinan Israel dan hingga kini hubungan Turki dan Israel masih tergantung akibat serangan ke atas kapal Turki Mavi Marmara. Turki membuat tiga tuntutan ke atas Israel yang hingga kini Israel tidak memberi respon iaitu :
a) Regim Zionis mesti memohon maaf.
b) Regim Zionis mesti membayar ganti rugi ke atas mangsa.
c) Sekatan ke atas Gaza mesti dibubarkan.

Kini, Israel tidak boleh memandang mudah ke atas Mesir dan Turki. Jika dulunya Israel melihat Mesir dan Turki umpama kambing biri-biri, kini Regim Zionis melihat Mesir dan Turki sebagai Singa yang sedang mengaum!

Penyatuan Arab-Turki atas nama dan semangat Islam bakal mengubah lanskap politik dunia. Di kala Israel bergiat pesat menanam pokok Gharkad di serata tempat, Morsi dan Erdogan sedang giat membuat penyatuan semula ummah.

Menariknya, Ikhwanul Muslimin ditubuhkan untuk mengembalikan maruah ummah selepas kejatuhan Empayar Usmaniyyah Turki. Dan kini, Turki sedang bangkit semula dengan Islam dan Mesir dipimpin oleh Ikhwanul Muslin. Dan kedua pimpinan Mesir dan Turki mengalami pengalaman yang sama iatu pernah dipenjarakan.

Menarik bukan? Apapun Gaza adalah ujian permulaan untuk Morsi dan Erdogan untuk mengatur seribu langkah ke arah solidariti ummah..Semoga Allah memberkati usaha anda berdua.

Kini, Ummah menunggu apa tindakan Morsi dan Erdogan jika Regim Zionis melanggar gencatan senjata dan menyerang Gaza lagi.

Keajaiban Di Medan Perang Gaza

Al - Binory: Keajaiban Di Medan Perang Gaza: Kredit to you

Di mana dan ke mana kita?

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkannya. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

26 November 2012

aku dan gaza

aku dan gaza | mencari kebenaran kredit to u




kahidupan aku hari ini
di kelilingi oleh segala kemudahan
kemudahan asas ,perhubungan dan sebagainya
nak beribadah juga tiada masalah
cuma terpulang atas aku nak buat atau tidak
segala perintah ALLAH dan RASUL

dan sepatutnya akulah yang lebih bersyukur
bersungguh-sungguh merialisasikan di dalam kehidupan
tanda kebergantungan aku kepada ALLAH SWT
tanda yakinnya aku kepada kekuasaan ALLAH SWT
tanda ikhlasnya aku kepada ALLAH SWT
kerana mengurniakan aku segala kemudahan

Hadis Aisyah katanya :Apabila Rasullallah SAW mendirikan sembahyang baginda bedriri hingga pecah-pecah telapak kakinya .Aisyah berkata :Wahai Rasullallah mengapa engkau lakukan ini semua ? Sedangkan ALLAH telah mengampunkan segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang ,Baginda menjawab :Wahai Aisyah ,tidak bolehkan aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur ! .
(sahih Muslim)

malangnya kehidupan aku masih terbelenggu
aku masih gagal nak melawan dorongan nafsu umarah yang sentiasa mendorong supaya ingkar kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
aku masih gagal meyakini secara 'total' bahawa ALLAH SWT lah yang berkuasa ke atas sesuatu
aku masih gagal mengikhlaskan segala amal perbuatan aku hanya kerana ALLAH SWT ,tidak mengharapkan apa-apa balasan

kerana aku masih lagi mengikuti ajakan-ajakan nafsu umarah walaupun aku menyedari bahawa ajakan itu bertentangan dengan al quran dan hadis
jika benar aku menyakini akan kekuasaan ALLAH SWT ,pasti aku akan solat dengan bersungguh-sungguh dan ketika itulah aku akan memohon doa segala pertolongan yang aku harapkan daripada ALLAH SWT
begitu juga dengan keikhlasan aku masih ada sedikit pengharapan balasan daripada apa yang aku usahakan samada ketika ibadah atau pekerjaan

itulah bezanya aku dan gaza
kerana umat islam di gaza hidup dalam serba kekurangan
bila-bila masa akan dihujani dengan peluru
dan selalu bermandikan darah

akan tetapi bagaimanakah agaknya tauhid mereka kepada ALLAH SWT
di tahap manakah kebergantungan mereka kepada ALLAH SWT
bagaimanakah ikhlas mereka
sehingga mereka peroleh kemenaangan
walaupun dengan genjatan senjata

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.
(An-Nisaa' 4:76)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).
(An-Nisaa' 4:66)

aku pula masih tidak menang-menang lagi menentang hawa nafsu di dalam diri aku sendiri
oleh itu aku ingin mengajak diri aku sendiri dan semua pembaca blog MK
marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati
dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
moga kita dibebaskan dari belenggu nafsu umarah

wallahhualam

inshaallah ...

21 November 2012

Did we Know : Syiah, Syria dan Kesedaran

tenteradajjal: Syiah, Syria dan Kesedaran ?: Kredit to you
Saya utarakan beberapa aspek bagi menilai arus dan rentak cerapan peminat-peminat gerakan Islam di Timur Tengah masa kini yang kian mendidih. Hari ini sebahagian besar pengkagum-pengkagum Iran dan rejim Syiah pimpinan Khomeini di bawah kerajaan pimpinan mulah-mulah Syiah bagi pihak Imam ke-12 yang ghaib (al-Masih al-Dajjal) terbungkam, terbelalak, bingung, kehairanan dan kelu seribu bahasa hendak menilai apakah status yang layak dinamakan  atas pekerjaan rejim keluarga al-Asad Syria yang sangat diketahui disokong sepenuhnya oleh rejim mulah Iran dan dua sahabat karibnya iaitu komunis Russia dan China, ketika mereka membantai dengan rakus anak-anak kecil, rakyatnya yang beragama Islam (rejim Syria beraliran Nusairriyyah menuhankan raja mereka). Mereka membantai pemimpin-pemimpin ikhwan dan ulama’-ulama’ yang berpotensi membawa aliran islamis selepas Bashar digulingkan persis dan tidak ubah bagaimana halnya rejim Yahudi di Israel membantai umat Islam di Palestin sejak berkurun lamanya.

Pertamanya mungkin timbul dibenak mereka mengapa Syria sanggup bertindak seperti Yahudi terhadap ahli Sunnah yang dianggap pemberontak sejak mulanya rejim keluarga al-Asad memerintah?  Mengapa sekejam Yahudi?  Keduanya mengapa Iran sedia menyokong secara berterusan dan mengapa Russia dan China? Mengapa ‘hero-hero’ dan ‘wira-wira’ kami seperti Hizbullah dan Nasrallah tidak putus-putus membela al-Asad yang sekejam Yahudi itu? Mengapa mereka turut serta dan tidak bertindak mengecam Syria atau apa-apa sahaja yang perlu untuk keselamatan umat Islam (Sunni) di Syria? Barangkali oleh sebab pernah membaca maklumat tentang hubungan sebenar Syiah-Yahudi atau mungkin kesan penyampaian alam maya yang canggih disokong pula seluruh penceramah surau, masjid dan ceramah-ceramah politik yang pro ikhwan di Mesir yang sedang menikmati nafas baru sejurus revolusi maka terbangun lah akal dan kesedaran bahawa ada benarnya cerita-cerita yang menyatakan Syiah ini sebenarnya adik-beradik Yahudi dan mereka sebenarnya musuh Islam. Itu pun berapa ramai lagi yang masih berkira-kira dan berharap masih ada harapan untuk bertaqrib dengan Syiah demi ‘kesatuan’ umat Islam menentang musuh.

Saya boleh katakan jika tidak kerana beberapa  isu ajaib yang telah berlaku boleh jadi rentak cerapan mereka masih belum berubah kerana bukan senang untuk memahami situasi Timur Tengah sebenarnya.  Jika ada saja seorang penceramah menggunakan perkataan wahabi dan teroris untuk pejuang-pejuang Islam di sana maka terpadamlah imej beberapa pihak di sana, baik kerajaan, tokoh-tokoh pejuang, ulamak besar, kumpulan mujahidin, tokoh-tokoh ahli hadis dan mungkin termasuk jemaah ikhwan itu sendiri jika mereka salah perkiraan berdasarkan akal yang beku. Berlakunya beberapa isu yang ajaib inilah sebenarnya mengubah tanggapan ramai. Jika tidak kerana kejamnya yang maksima rejim Syria terhadap ahli Sunah di sana maka belum tentu pemikiran mereka boleh berubah sebenarnya kekejaman Syria ini telah membuka mata. Namun ia turut dibantu oleh beberapa perkara yang ajaib jua. Antaranya kekejaman rejim Alawiyyin itu dibongkar oleh media-media besar dunia yang dikuasai oleh Zionis. Oleh sebab Amerika dan Barat sedang bersedia untuk menabalkan rejim pro-Barat yang baru di Syria dan membangkul sampahkan golongan islamis selepas Bashar digulingkan.

Sebagai pihak yang menyokong pertukaran rejim di Syria, maka media-media dunia membongkarkan kejadian dahsyat dan mengerikan di Syria seluas-luasnya untuk maksud tersebut. Orang ramai sudah mula melupakan kejadian-kejadian kekejaman Amerika dan Iran di Iraq. Ramai sudah melupakan jutaan gambar-gambar dan video-video  kekejaman di negara yang sedang diperintah oleh Amerika bersama Iran hari ini tidak pernah dimunculkan secara terbuka oleh media-media Zionis. Kesedaran ini turut dibantu oleh kemenangan pihak ikhwan pimpinan Mursi di Mesir hari ini. Di bawah pimpinan beliau sikap tegasnya untuk membela nama-nama sahabat Nabi, membela perjuangan Ahli Sunah dan umat Islam di Syria dan Palestin dan serangan kerasnya untuk mengajar Iran supaya bersikap betul mengenai isu Syria  berjaya memisahkan titik sebenar antara Syiah dengan Islam dan umat Islam. Jika tidak kerana keajaiban revolusi di Mesir yang menumbangkan rejim Mubarak dan penguasaan tentera di Mesir boleh jadi golongan yang pro-ikhwan masih beku dan terpukau dengan silauan slogan taqrib yang dilaung-laungkan oleh rejim di Iran.

Hari ini Mursi ternyata menimbulkan masalah kepada Iran sehinggakan media-media Iran terpaksa berdusta bagi menunjukkan Mursi tidak mendatangkan masalah kepada mereka. Ucapan Mursi telah diputar belit dan wujud pelbagai dakwaan palsu atas nama Mursi diusahakan oleh Iran bagi meneruskan taqrib mereka kononnya tidak wujud perbezaan Mesir baru dengan Iran.  Saya katakan sikap Mursi dan kejadian di Mesir banyak membantu orang ramai mengenali perbezaan Syiah-Sunah masa kini bahkan telah mendekatkan jarak Syiah-Yahudi dengan penglibatan Iran di Syria menyebelahi rejim Asad. Iran menyokong Syria kerana Syiah kata seorang profesor sejarah UM dalam perbincangan mengenai Syria dikaca TV1.


Meninjau kembali sikap pengamat-pengamat isu timur tengah ini menimbulkan rasa kepuasan di jiwa penulis. Isu Syria bukan merupakan isu baru dan kita bukan hari ini sahaja menilai kekejaman Syria setaraf dengan Yahudi Zionis. Pengkajian terhadap Syiah harus bermula dan pengasas ajaran agama itu sendiri iaitu anak Yahudi dari Yaman yang bertanggungjawab membuat gerakan membunuh khalifah Uthman dan mengasaskan ajaran Syiah itu sendiri.  Tidak pelik lah ajaran Syiah itu benar-benar menyamai Yahudi termasuk Imam ke 12 mereka yang ditunggu-tunggu itu sebenarnya Dajjal di sisi Yahudi. Warisan Ibn Saba’ ini diteruskan oleh pengikut Ibn Saba yang terkenal dengan kelompok Sabaiyyah yang menjadi pendamping-pendamping para Imam Syiah yang sepuluh orang itu. Pendamping-pendamping inilah yang menjadi perawi agama Syiah bagi pihak Imam-Imam yang tidak berdosa itu cuma subjek ini tidak menarik perhatian untuk menjadi bahan kajian kepada golongan politik. Menoleh sejarah kita tidak memerlukan isu Syria pun untuk mengetuk pintu kesedaran tentang pekerjaan sebenar orang-orang Syiah bersama orang-orang Yahudi.

Bermula dengan pembunuhan khalifah Uthman, penyusupan mitos dan ritual teologi karut dari ajaran Yahudi menerusi  Ibnu Saba’ dan agen-agennya bagi meranapkan umat Islam. benih ini berkembang dalam bentuk pembunuhan etnik besar-besaran terhadap umat islam (Ahli Sunnah). Sebelum Syria di bawah rejim Asad, Syiah Nusairiyyah mewarisi kekejaman Ismailiyyah di Mesir  pada kurun ketiga. Nusairiyyah sendiri melanggar Baghdad dan melakukan pembersihan etnik menerusi pemimpin kejam mereka, Timur Lang. Sekutu mereka rejim Rafidhah di Iran mewarisi kerja-kerja Ibn al-Alqami dan saintis al-Tusi ketika bekerjasama dengan penjajah Hulagu Khan meratah khalifah dan umat Islam di Baghdad  dalam peristiwa kejatuhan kerajaan Abbasiyyah 1258M yang lalu. Terlalu sikit ruang untuk menulis pekerjaan Syiah melakukan pembersihan etnik pada masa tersebut. Tidak cukup di situ berdirinya rejim dan agama rasmi Rafidhah di Iran di bawah rejim Safawi mengorbankan jutaan rakyat Ahli Sunah Iran sehingga saat tulisan ini ditulis. Media-media dunia yang dikuasai Zionis tidak pernah melaporkan pembersihan etnik di Arabistan, Balchistan, Zahedan dalam wilayah Iran terhadap ahli Sunah di bawah pimpinan rejim Khomeini sejak zaman berzaman. Terlalu dekat dengan kita sebelum Syria isu perang Iraq 2003 oleh Amerika bersama Iran mengorbankan jutaan rakyat Iraq terutamanya ahli Sunah. Adakah kita mendapat gambaran yang sebenar di Iraq menerusi media-media Zionis dan Iran?

Kesemua fakta-fakta sejarah ini harus menjadi renungan para akademik, agamawan dan ahli politik yang cintakan agama dan umat Islam. Kita diperbodohkan dengan slogan taqrib bagi menutup fakta-fakta sejarah yang telah lama tersimpan rapi dan berdebu kerana kedunguan dibius oleh slogan taqrib. Saya percaya tanpa melalui pembacaan mendalam Isu Syria ini akan reda apabila Bashar digulingkan dan Amerika menjajah Syria masuk dalam pelan Israel Rayanya dan pada waktu itu Amerika akan menyambung semula agenda menjadikan Iran sebagai wira rantau Timur Tengah bersama Hizbullah. Kaedahnya? Versi perang baru Israel vs Iran (Hizbullah). Waktu itu hati masing-masing meronta-ronta menyokong Syiah sekali lagi! Sebab? Lembap pick up!

Adakah mereka ini Tentera Panji-Panji Hitam?

Adakah mereka ini Tentera Panji-Panji Hitam? kredit to you
Adakah Imam Al-Mahdi akan muncul tidak lama lagi??? Adakah tentera ini Tentera Pembawa Panji-Panji Hitam yang akan menjadi Tentera Imam Al-Mahdi??? Wallahu a’lam….
Saksikan…

Dalam sebuah hadis Nabi saw mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan memerangi penguasa yang zalim dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya, dan akan menegakkan kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj dan sistem Islam.
Mafhum Hadis:
“Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku, namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435).
Hadis lain:
“Aku kabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa bumi. Ia akan penuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kesewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad 10898)
“Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud 4074)
Info mengenai Tentera Panji-Panji Hitam:
Tentera Panji Hitam dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak dikalahkan kerana mendapat perlindungan Allah.
Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini
akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah.
Hadis-hadis tentang Panji-panji Hitam Dari Timur
Sabda Nabi SAW:
1. “Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun” (HR Ibnu Majah)
2. “Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi”
3. “Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis”.
4. “Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur”.
5. “Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.” (HR Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)
6. “Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanya seperti nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya”. (HR Nuaim bin Hammad)
7. “Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya.”(HR At-Tarmizi)

20 November 2012

Kumpulan Jihad Palestin Sudah Ada Peluru Berpandu



Kumpulan pejuang Jihad Islam di Gaza kini mempunyai senjata yang jangkauannyaboleh mencapai ibu kota Israel Tel Aviv. Halini disampaikan anggota kumpulan BrigadeAl Quds kepada AFP dalam sebuahwawancara.

Seperti yang disiarkan oleh Al Arabiaselama seminggu terakhir Brigade Al Qudsmelancarkan roket-roket mereka ke negaraYahudi Israel.

Seorang anggota Briged lain bernama AbuIbrahim juga mengatakan bahawakumpulannya telah siap memperluaskanjangkaukan serangan roket hingga ke luar kota Ashdod Israel yang terletak sekitar 35 kilometer di luar Gaza.

Jika Israel mensasarkan para pemimpin kumpulan Palestin atau warga negara Palestin maka Briged kamiakan membalas dengan kekuatan dan memperluaskan liputan senjata di luar Ashdod. kata Abu Ibrahim kepada AFP.

Abu Ibrahim menambah bahawa Briged Al Quds mempunyai ribuan roket yang mempunyai liputan jarah jauh.

Selain menghasilkan roket secara manual militan di Gaza juga mendakwa mempunyai peluru berpandu jenisSAM-7 yang berhasil menjatuhkan helikopter Israel pada tahun lalu.

Gambar-Gambar Israel Ketakutan Diserang Roket Pejuang Islam

Ketakutan kian melanda wilayah wilayah isreal apabila penduduk haram israel zionis kini mula tidur di dalam terowong terowong dan lari ke tengah negara haram israel, ini rentetan berlakunya serangan balas dari hamas yang menembak jatuh sebuah jet pejuang takut mati tentera israel.
 
Saksikan beberapa gambar yang sempat di rakam.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.



Chicken Heart - running away from........

 
 
 
 
 
 
 
 
Bantuan ALLAH pasti tiba.
 
tq sumber

Mursi: Mesir Tidak Akan Tinggalkan Gaza Sendirian


KAHERAH- Bercakap secara eksklusif kepada Asharq Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi berdiri teguh di pihak Palestin.

Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.

Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk menghentikan pencerobohan. "

Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.

Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata, "Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di Mesir untuk membantah serangan tersebut."

Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan Israel terhadap Paletin."

Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."

Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata. Beliau memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah, "Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk menghentikannya."

Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka yang cedera dalam serangan.

Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan senjata".

Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan di selatan dan pencegahan yang kuat”.

Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat dicapai."

Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap kemanusiaan."

Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat. Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini bukan Arab yang semalam”.

11 November 2012

Kisah Pilu Seorang Ibu Meninggal Selepas 27 Tahun Menanti Anaknya Di Penjara Israel

Kisah Pilu Seorang Ibu Meninggal Selepas 27 Tahun Menanti Anaknya Di Penjara Israel




Ramallah - Latifah Darwis 85 tahun, hasrat satu-satunya adalah menjenguk anaknya Rafei Karajah yang ditahan di penjara Israel sejak tahun 1985. Rafei menjalani hukuman penjara seumur hidup. Namun, kelmarin Selasa 07/11 Latifah Darwis yang sudah berusia lanjut itu meninggal dunia, mimpi bertemu anaknya tidak pernah dipenuhi.

Tidak ada seorang pun kerabat Rafei Karajah dibenarkan melawatnya di penjara sejak 20 Mei 1985. Sejak tahun itu pula, ibunya selalu cuba berkunjung namun tidak pernah dibenarkan pihak Israel.

Wanita tua itu juga telah memintah bantuan dari semua kumpulan hak asasi manusia, tetapi semua tanpa hasil.

Latifa kemudian jatuh sakit dan menghabiskan lebih dari satu dekad (10 tahun) menderita pelbagai jenis penyakit serius.

Israel beralasan, tidak mengizinkan Latifa melawat Rafei kerana tidak mempunyai bukti kuat bahawa ia merupakan ibu kandungnya.

"Israel tidak mengakui Latifa dan berkeras bahawa nama keluarga ibu tidak sepadan dengan nama tahanan," kata Amani Srahna, seorang pengurus di Persatuan Tahanan Palestin kepada Gulf News.

Impian Rafei untuk dikunjungi keluarganya sekarang sudah hilang, kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia semua, walaupun ia masih mempunyai seorang saudara yang kini tinggal di Amerika.

Para tahanan Palestin di penjara-penjara Israel dilaporkan akan mengadakan sesi majlis untuk Latifa Darwis, diantaranya diadakan di Penjara Ashkelon di mana Rafei ditahan.

Kini, selain Rafei masih banyak tahanan Palestin di penjara-penjara Israel yang juga tidak mendapat kunjungan dari sanak keluarganya kerana ditegah oleh peraturan negara penjajah Israel

14 Oktober 2012

NO TitLE

DALAM MENELUSURI PERJALANAN SEBAGAI SEORANG HAMBA YANG DICIPTA BERSAMA DENGAN ISI YANG BERADA DI BUMI DAN LANGIT DAN DI ANTARANYA, SEWAJIB KITA SEDARI NIKMAT ALLAH YANG SANGAT BANYAK MENGELILINGI SETIAP HAMBANYA. DARIPADA OKSIGEN YANG DIGUNAKAN UNTUK PROSES PERNAFASAN, CAHAYA YANG DIGUNAKAN DALAM MEMBANTU PROSES PENGLIHATAN, GERAKAN GESERAN UNTUK PROSES PENDENGARAN, BUAH-BUAHAN DAN MAKANAN DALAM MEMBEKALKAN NUTRISI KEPADA BADAN DENGAN TUJUANNYA YANG TERTENTU DAN KULIT YANG MELAPISI LAPISAN LUAR TUBUH UNTUK MENGESAN DAN MENTAFSIR JISIM YANG BERDEKATAN. KITA PERLU INGAT, KITA PERLU TAHU, KITA WAJIB SYUKUR DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG TELAH KITA DAPATI. TIDAK KIRA SIAPA KITA YANG PELBAGAI JENIS SAMA ADA KAYA MISKIN, SENANG SUSAH, KURANG DAN BIASA. SEMUANYA MEMERLUKAN UDARA DAN BOLEH MENGGUNAKANNYA. JANGAN SEMPITKAN NIKMAT ALLAH YANG MAHA BESAR DENGAN MENDEFINISIKAN SEBAGAI WANG RINGGIT SEMATA-MATA.

ALLAH ITU BENAR SATU DAN TIADA SEUMPAMANYA
AZAB KUBUR ITU BENAR DALAM MENERUSKAN PERJALANAN AKHIRAT
SYURGA ITU BENAR NIKMAT YANG TIDAK TERHINGGA
NERAKA ITU BENAR AZAB SIKSA TIDAK TERHINGGA

AGAMA YANG DIREDHAI ALLAH HANYALAH ISLAM

11 September 2012

Al - Binory: Kenali 9 keturunan syaitan


"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).

Syaitan, makhluk yang sungguh menggemaskan-pelbagai cara mereka gunakan untuk menggelincirkan manusia. Tak hanya itu, syaitan juga selalu berusaha tak kenal lelah dan putus asa untuk menjauhkan kita dari ibadah mahupun menjadikan manusia derhaka pada Allah.

Kerana memang sifatnya yang pembangkang, tugas syaitan jelas, mencari sebanyak-banyaknya teman untuk menemani mereka di neraka kelak. Misi syaitan sudah jelas bagi kita semua, menggangu, menggoda, datang dari arah mana-mana, dan menggelincirkan manusia seluruhnya agar makin jauh dengan Allah SWT. Nabi Adam pun pernah digoda sehingga beliau melakukan apa yang dilarang Allah. Berbagai cara syaitan menjatuhkan manusia ke dalam lubang kehinaan.
Kerana busuknya kaedah setan dalam menenggelamkan manusia ke lembah kekufuran itulah, Rasulullah SAW bersabda, "Anak keturunan syaitan ada sembilan, yaitu Zalitun, Watsin, Laqus, A'wan, Haffaf, Murrah, Masuth, Dasim, dan Walhan."

Petama, setan Zalitun ialah syaitan yang bertugas menggoda penghuni pasar dalam transaksi jual beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan, penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencuri timbangan dan bersumpah palsu.

Kedua, setan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak bersabar sehingga yang sebahagian daripada mereka yang berjaya digelincirkan syaitan berteriak histeria, menampar-nampar pipi dan sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku putus hubungan dengan orang-orang yang menjerit-jerit ketika kematian, mencukur rambut di kepalanya, atau bahkan merobek-robek bajunya ketika ditimpa musibah." (HR. Bukhari Muslim).

Ketiga, syaitan A'wan-mereka bertugas menggoda para pemerintah untuk berbuat zalim. Jabatan kadang-kadang membuat seseorang lupa diri bahawa semua perbuatan kelak akan ditanya di hadapan mahkamah Allah SWT kelak. Cerminan penguasa zalim telah Allah contohkan dalam sosok yang sangat fenomenal, Firaun.

Keempat, syaitan Haffaf, yakni syaitan yang bertugas memujuk dan menggoda orang untuk meneguk minuman keras. Kelima, syaitan Murrah bertugas menggoda orang agar asyik bermain seruling atau alat muzik mengiringi nyanyiannya.

Sebagai manusia, kita memang memerlukan hiburan. Namun, hiburan dalam Islam tentu sudah diatur dengan baik dan tidak berlebihan. Ertinya, jangan sampai bermain muzik menjadi keutamaan utama kita sebagai manusia. Tugas manusia ialah ibadah. (QS. Adz-Dzariyat: 56).

Keenam, Setan Laqus bertugas menggoda untuk menyembah api. Menyembah api, atau apa pun selain Allah adalah salah satu bentuk kemusyrikan. Ketujuh, setan Masuth, menggoda manusia untuk menyebarkan berita-berita dusta lewat lisan manusia sehingga sukar ditemui berita yang sebenarnya.

Kelapan, syaitan Dasim, syaitan yang berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak mengucapkan salam sewaktu memasuki rumah dan tidak pernah menyebut nama Allah di dalamnya, maka syaitan akan mengadakan perselisihan di antara anggota keluarga sehingga akan terjadi talak, khulu, mahupun tindak kekerasan.

dan syaitan Walhan, bertugas menggoda manusia dalam beribadah seperti berwudhu, solat, dan ibadah-ibadah lain. Syaitan Walhan, menurut riwayat lain tugas utamanya adalah menggoda manusia saat berwudhu untuk boros dalam menggunakan air. Padahal sudah jelas bagi kita, perilaku boros dalam berwudhu ialah salah satu makruh wudhu.

Kami berlindung pada-Mu ya Allah, dari godaan syaitan yang terkutuk. Wallahu a'lam bish shawwab.
sumber republika.co.id

09 September 2012

Sukalah kepada sakit kerana ia Kasih Allah


Sakit adalah ketidakseimbangan yang berlaku dalam sistem biologi badan seseorang sama ada kesakitan yang bersifat dalaman, mahupun luaran seperti patah dan sebagainya. Puncanya sakit adalah pelbagai, mungkin dari persekitaran dan udara, warisan darah talian keturunan, mengambil sesuatu secara berlebihan, kurang daya tahan penyakit kesan daripada antibodi yang lemah, alahan terhadap sesuatu, termakan minum sesuatu yang tak kelihatan (virus), makan sambil bercakap dan sebagainya. Sakit juga merupakan peringatan Allah kepada manusia sebagai mengarah kita berfikir betapa lemahnya kita sebagai hamba yang pada kita rasanya belajar tinggi menggunung tentang bab kesihatan, tetapi masih ada sakit. Juga sebagai kafarah penebusan dosa lalu yang dilakukan selain melatih sifat sabar dengan ujian yang kecil di dunia ini jika dibandingkan dengan seksaan yang diterima Bilal.

10 Julai 2012

3...menyingkap kehidupan Rasul


  1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
  2. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan: ” Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang.
  3. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ;Belum ada sarapan ya Khumaira?; (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang berarti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah ;Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.; Rasulullah lantas berkata, ” Kalau begitu aku puasa saja hari ini.; tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
  4. Pernah baginda bersabda ;sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.; Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
  5. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang ;Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?;Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar ;Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…; desak Umar penuh cemas.
  6.  Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ;Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? ; Lalu baginda menjawab dengan lembut, ” Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? ;Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.
  7. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
  8. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.
  9. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah ;Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?  Jawab baginda dengan lunak ;Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
  10. Rasulullah s. a. w. bersabda ,  ;Sampaikan pesanku walau sepotong ayat ; (Jkt: ak.24.2.05

05 Julai 2012

@ PENAWAR KALBU: Hukum puasa, solat dan doa pada Nisfu Saaban

Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya'ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?

Jawapan :
Malam nisfu Sya'ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya'ban daripada hadis-hadis (Nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya'ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .

Daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan Nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi' sambil mendongakkan kepalanya ke langit. lalu baginda berkata : Wahai 'Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata 'Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta'ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya'ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."
[Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.] 
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .

Daripada Saidina Mu'adz ibnu Jabal R.A bahawa Nabi S.A.W telah bersabda :"Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya'ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik  (yang menyekutukan Allah)  dan dosa orang yang bermusuhan." 
[Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.] 
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .

Daripada Saidina 'Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Apabila masuk malam nisfu Sya'ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta'ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian...sesiapa yang demikian ...sehinggalah terbitnya fajar." 
[Riwayat Ibnu Majah] Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri'tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara' yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata :
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .

"Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu
samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan."[Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.] 
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
"Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan." -tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma'arif) :
"Ulama' di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya'ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma'dan dan Luqman ibn 'Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : "Perkara tersebut tidaklah menjadi bid'ah." Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan 'Alim." -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya'ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid'ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid'ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya'ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Oleh itu, digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa.
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum'ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi

28 Jun 2012

Islam akhirnya Pengampun Kristian Paderi

Kisah Ketua Paderi Kristian Masuk Islam - Berita Terkini Dalam Dan Luar Negara
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.

BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.

Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi di Saya Bertugasdi Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-buku Islam.

Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.

Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.

Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa.”

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”. Saya menyoalnya, “Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan. “Saya bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah).” Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, “Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?” Beliau menjawab, “Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.”Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?” Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci – air suci

v. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma

vi. Ekaristi Imaman – menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup.

Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut.

Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.

Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.

Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Sebenarnya agama Kristian ini tidak salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun ’78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari.” Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.

Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.

Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.

Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah ini?”Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.” Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian). “Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.

Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.

Beliau terkejut dan berkata kepada saya, “Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah.” Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam.” Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam.” Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai seorang Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus.” Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam.” Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, “Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam.” Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!” Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu.

Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini.

Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?” Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu.

Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk Islam.

Masalah Kelemahan Pendakwah Islam

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan pada saya;”Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.” Saya katakan kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran.” Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan kosong itu?” Saya katakan,” Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?

Siapakah Sasaran Kristian?

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

Apa ikhtiar kita?

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu”. Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa.

Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat ‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.’