Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

21 April 2012

Bodoh pun tak mengapa

Dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang muslim, kita telah dididik dengan perbuatan yang baik dan tidak, perbuatan yang boleh memberi ganjaran pahala atau tidak. Kita telah mengetahui bahawa sumber pahala kita begitu banyak sekali manakala sumber dosa sangat sedikit sumbernya. Kita imbau kembali hukum asas. Bermula dengan harus, sunat, wajib, makruh dan haram. Perkara yang harus kita lakukan kita dapat pahala, sunat pun kita dapat pahala inikan wajib. Makruh pula jika kita lakukan kita tidak lagi mendapat dosa tapi jika kita meninggalkan sesuatu yang makruh adalah lebih baik dan ia memberi kita ganjaran meninggalkan apa yang tidak disukai tapi tidaklah sampai setahap dengan melakukan larangan. Sumber dosa kita hanya satu iaitu melakukan yang haram. Apa yang dikatakan haram ni ialah larangan cara hidup keatas sesuatu tingkah laku. Betapa Allah sayangkan kita dan sengaja Allah permudahkan kita untuk menggapai nikmat tertinggi, syurga. Kenapa kita masih tidak melihat betapa Maha PenyayangNya Allah terhadap hambanya. Allah meletak satu perangkap dan 4 nikmat tapikita selalu terjerumus ke dalam perangkap kesan pengaruh dunia yang mengaburi nikmat abadi.

Bagaimana kita mengesan yang mana satu nikmat dan yang mana satu perangkap?