Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

30 Mei 2012

Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...

Ibnu Hasyim: Gambar Inikah Fesyen Pakaian Islam & Ciri-cirinya?...: TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Isla...


TAHUKAH anda apakah yang di maksudkan dengan fesyen menurut perspektif Islam serta sejauh manakah berfesyen itu di benarkan dalam Islam?

Fesyen secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-lain, terutama perkara yang baru yang menjadi kegemaran dan kegilaan ramai. Berbeza pula dengan difinisi berfesyen iaitu menunjukkan atau mengikut sesuatu gaya dan trend terkini dalam cara berpakaian dan lain-lain.

Fesyen bukan hanya tertumpu kepada pakaian seperti baju atau tudung semata-mata, namun ia mempunyai skop yang amat luas seperti perhiasan, kosmetik. Pada hakikatnya fesyen berkonsepkan Islam sebenarnya mengandugi cara, gaya, panduan dan adab yang tersendiri, tanpa kita sedari Islam telah menggariskan beberapa cara berpakaian atau berfesyen.

Ia begitu indah untuk diikuti dan diteladani oleh penganutnya. Antaranya ialah memakai pakaian yang menutup aurat bagi perempuan dan lelaki berdasarkan had yang ditentukan, sopan serta tidak mengundang fitnah kepada orang yang memakaianya.

Firman Allah dalam Surah An-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman..
  • supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), 
  • dan memelihara kehormatan mereka; 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya 
  • dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka 
  • dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; 
  • dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; 
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Apa yang dapat di fahami dari dalil di atas ialah sewajarnya..
  • seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.
  • Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat.
  • Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang sebagai seorang Muslim.
Jadi sebagai seorang yang beragama Islam seharusnya kita mematuhi cara yang ditetapkan. Rasulullah SAW  juga bersifat fleksibel dalam soal fesyen pakaian selagimana ia  tidak melanggari batas syariah. Beliau menggalakkan umat Islam supaya memakai pakaian bewarna putih, namun ada juga  hadis-hadis lain menunjukkan Beliau juga memakai pelbagai warna.

Beliau juga memakai berbagai-bagai pakaian dari berbagai-bagai negeri seperti Yemen, Najran, Mesir dan lain-lain. Bahkan dalam hadis dari al-Mughirah bin Su’bah, beliau berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai jubah Rom  yang sempit kedua tangan bajunya. (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain)

Beliau di dalam hayatnya juga pernah memakai pakaian daripada jenis kapas, bulu dan selainnya. Beliau pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir serta  memakai apa yang dibawa dari Yemen dan selainnya. Kebanyakannya dibuat daripada kapas. Mereka pada zaman tersebut juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun daripada kapas.

Maka, bererti sunah Rasulullah dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara berbagai-bagai berdasarkan kepelbagaian negeri. Memakai apa yang paling bermanfaat (sesuai) untuk badan, paling ringan dan mudah dipakai dan ditangkalkan.” (Ibn Qaiyyim, Zad al-Ma‘ad, 4/237, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tanpa disedari sebenarnya fesyen telah banyak mengubah manusia, apabila di perhatikan fesyen-fesyen masa kini terlalu berbeza dari asalnya. Jika pada zaman dahulu pakaian seperti baju Melayu, baju kurung serta baju kebaya di agung-agungkan kerana ia melambangkan kesopanan, tradisi, adat serta budaya  kepada pemakainya.

Tetapi setelah dunia melalui arus pemodenan dan berteknologi fesyen menjadi semakin tidak senonoh dan mengairahka serta provokatif. Perkara sebegini adalah amat bertentangan dengan syariat serta sedikit sebanyak boleh menjejaskan akidah ummat islam.

Biar papa asal bergaya adalah pepatah yang sesuai digunakan kepada mereka yang terlalu obses kepada gaya fesyen terkini, mereka sanggup  berhabis duit semata-mata untuk memuaskan hati dan kelihatan cantik di mata masyarakat.

Namun begitu ada juga yang sanggup mengikat perut dan berhutang sana-sini semata-mata untuk bergaya. Oleh kerana sikap segelintir masyarakat yang beranggapan  bahawa mereka yang tidak berfesyen adalah kolot dan ketinggalan zaman  menjadikan manusia lebih terdorong untuk berfesyen dan sanggup menjadi  hamba kepada fesyen, sehinggakan mengundang kepada pembaziran harta dan wang ringgit.

Justeru itu, kita seharusnya bijak untuk berfesyen supaya ia tidak melanggari batas-batas yang dibenarkan. Wallahu 'aklam. (IH)

29 Mei 2012

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat


Selasa, 29 Mei 2012



Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat :

"Sesungguhnya aku melihat kehancuran dan kematian Basyar Al-Asad beserta tenteranya dengan mata kepalaku.

Justeru, beredarlah wahai Asad sebelum rakyat mengambil tindakan tegas kepada anda. Nanti anda akan mengalami kesusahan…

Seluruh bangsa Arab memarahi anda. Seluruh umat Islam membenci anda. Seluruh manusia yang merdeka meluat kepada anda.

Dr. Al-Qardawi berkata lagi : Anda adalah musuh kepada rakyat! Kalian semua adalah penghisap darah!

Dengan kereta kebal, jet pejuang dan mesin gun, kalian membunuh kanak-kanak, meruntuh dan merobohkan rumah dan menghina maruah rakyat.

Namun ingatlah! Kezaliman tidak akan kekal lama. Allah sangat murka kepada orang yang zalim lagi angkuh.

Basyar! Anda sudah melampaui batas. Anda penumpah darah, pembunuh dan penjenayah.

Kemudian Dr. Al-Qardawi berdoa kepada Allah s.w.t :

Ya Allah, berilah bantuan kepada mujahidin di Syria dan sembuhkanlah orang cedera di kalangan mereka.

Ya Allah, bertindaklah ke atas Basyar dan tenteranya, pisahkan kesatuan mereka dan pecahkanlah himpunan mereka. Letakkan mereka dalam zon bencana dan turunkan azab siksa ke atas mereka
Oleh: Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Read more...

28 Mei 2012

ZAKRI ALI: Apa komen lebai UMNO? Keh keh keh ...

ZAKRI ALI: Apa komen lebai UMNO? Keh keh keh ...: Jeneral Yakuza Ogawa 100% dijamin halal ... keh keh keh! BERSIH HARAMMMMMMMM.... INI HALALLLLL ......

100% dijamin halal ... keh keh keh! BERSIH HARAMMMMMMMM.... INI HALALLLLL ......

26 Mei 2012

22 Mei 2012

Blogger | Ihsan Aljauhary: PENCERAHAN TERHADAP ISU HUDUD

Blogger | Ihsan Aljauhary: PENCERAHAN TERHADAP ISU HUDUD

Pak Long Din: Ostad Azhar Idrus...

Pak Long Din: Ostad Azhar Idrus...: Salam semua... Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergun...

Salam semua...

Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...


Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...


Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...


Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...


Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...


Parking yang penuh sesak...


Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...

Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....

Wassalam...

18 Mei 2012

Bekam-Proses Buang darah Kotor-Incredible

Melalui lubang kecil yang dibuat pada kulit, tekanan dilakukan jenis sedutan pada bahagaian itu. Tak sakit lah sebab sekarang guna pen lancet, lubang dibuat dengan sangat laju dan mata pun tak sempat nak tengok jarum tu cucuk.

Darah yang keluar ditapis melalui sistem tapisan semulajadi bawah kulit yang dicipta Allah, Masyaallah

Darah yang keluar dari lapisan selepas tapisan bawah kulit. Geli dan kotor kan? Ada jugo pada mu pong. Haha, sebab kita makan, makan dan makan, senaman kurang, kurang, kurang. Pulak makanan sekarang penuh perisa dan perasa yang semua tahu, "bahan kimia", "MSG" dll, tapi makan gak, sebab sedap kat mulut.
 
Bagaimana melalui lubang yang sangat halus, darah ini keluar dalam bentuk pekat atau bentuk jeli dan bercantum menjadi satu ketulan? Ya betul, ikatan kimia yang sama. INILAH ANTARA BENDALIR YANG TERDAPAT DALAM DIRI KITA YANG MENYEBABKAN SUMBATAN SALUR DARAH YANG BOLEH MENGUNDANG PELBAGAI PENYAKIT.

Formula mudah, buang ia sebulan sekali untuk menjamin kesihatan optimum. Orang asyik sibuk menjual produk 'medic card' , takaful, insurans,dsb kerana mereka tahu kita berpotensi berpenyakit dan mereka ambil peluang ini mencipta keuntungan kerana kelalaian kita menjaga amanah Allah iaitu badan kita.

Tak percaya lagi? Takut berbekam kerana biasa dengar itu ini berkenaan bekam yang tidak sihat dan takut ketagih. Dunia maklumat kini percaya bahawa, setiap sesuatu ada penjelasan. Kita mempelawa kajian darah yang keluar melalui proses bekam ini melalui kajian makmal. Asid, toksid dsb, sel darah rosak. Try to believe it, not heard and i believe.