Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 Mei 2012

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat


Selasa, 29 Mei 2012



Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi telah berkata ketika sedang berkhutbah di hari Jumaat :

"Sesungguhnya aku melihat kehancuran dan kematian Basyar Al-Asad beserta tenteranya dengan mata kepalaku.

Justeru, beredarlah wahai Asad sebelum rakyat mengambil tindakan tegas kepada anda. Nanti anda akan mengalami kesusahan…

Seluruh bangsa Arab memarahi anda. Seluruh umat Islam membenci anda. Seluruh manusia yang merdeka meluat kepada anda.

Dr. Al-Qardawi berkata lagi : Anda adalah musuh kepada rakyat! Kalian semua adalah penghisap darah!

Dengan kereta kebal, jet pejuang dan mesin gun, kalian membunuh kanak-kanak, meruntuh dan merobohkan rumah dan menghina maruah rakyat.

Namun ingatlah! Kezaliman tidak akan kekal lama. Allah sangat murka kepada orang yang zalim lagi angkuh.

Basyar! Anda sudah melampaui batas. Anda penumpah darah, pembunuh dan penjenayah.

Kemudian Dr. Al-Qardawi berdoa kepada Allah s.w.t :

Ya Allah, berilah bantuan kepada mujahidin di Syria dan sembuhkanlah orang cedera di kalangan mereka.

Ya Allah, bertindaklah ke atas Basyar dan tenteranya, pisahkan kesatuan mereka dan pecahkanlah himpunan mereka. Letakkan mereka dalam zon bencana dan turunkan azab siksa ke atas mereka
Oleh: Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Read more...

Tiada ulasan: