Kami membantu menyediakan Wad Kelas Pertama Bekam untuk Lelaki dan Wanita. Hubungi Dr.Fuzia untuk Pertanyaan dan Tempahan sesi. SMS, Call, WhatsApp 0122971518
Promosi Pakej Bekam Kelas 1 - RM60 sahaja 15Point

06 Jun 2013

Wasiat Perubatan

“Berubatlah kalian wahai hamba-hamba Allah swt, kerana Allah Taala tidak menciptakan penyakit melainkan juga menciptakan ubatnya, kecuali satu penyakit sahaja iaitu penyakit tua”.
“Berbagai umat pernah ditampakkan kepadaku. Maka aku melihat ada seorang Nabi yang disertai segolongan orang, ada Nabi yang disertai dua orang, ada Nabi yang tidak disertai sesiapa pun. Lalu ditampakkan kepadaku segolongan umat yang banyak. Aku berkata, “Ini adalah umatku”. Dikatakan kepadaku, “Itu adalah Musa Bin Imran beserta kaumnya. Lihatlah ke atasí. Ternyata di sana ada segolongan umat yang sangat besar. Dikatakan kepadaku, “Itu adalah umatmu. Di antara mereka ada tujuh puluh ribu orang yang masuk syurga tanpa dihisab dan tidak ada azab.” (Al-Bukhari dan Muslim)
“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla tidak menurunkan sakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya, yang akan diketahui siapa pun yang mengetahuinya dan tidak diketahui siapa pun yang tidak mengetahuinya. Jika suatu ubat dapat menyembuhkan penyakit, maka orang yang sakit akan sembuh dengan keizinan Allah swt.”
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Asy-Syu’ara: 80)
Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma, bahawa ada seorang lelaki menghampiri Rasulullah saw lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah berubat ada manfaatnya, sedangkan sudah menjadi takdir?” Rasulullah menjawab, “Ubat juga termasuk takdir. Ia bermanfaat bagi sesiapa pun yang dikehendakinya dengan apa yang dikehendakinya.”
Jadi, antara Sunnah Baginda saw ialah berubat, kerana memang Baginda berubat ketika jatuh sakit.
“Kalaulah di dalam sesuatu daripada apa yang kalian pergunakan untuk berubat adalah baik, maka hal itu adalah bekam.”
“Sebaik-baik perubatan yang kalian lakukan adalah bekm.”
“Sesungguhnya cara perubatan kalian yang paling ideal adalah bekam dan menggunakan al-qisthul-bahri.”
Para malaikat pun menyampaikan wasiat bekam (hijamah), Rasulullah saw bersabda, “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad, suruhlah umat kamu melakukan bekam.” Di dalam riwayat lain, “Hendaklah kamu melakukan bekam wahai Muhammad.”
Baginda saw juga bersabda, “Jibril memberitahu kepadaku, bahawa bekam adalah perubatan yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Daripada Ibnu Abbas Radhiyallahu Anhuma, Rasulullah bersabda, “Penyembuhan ada pada tiga jenis iaitu minum madu, sayatan alat bekam dan sedutan api, namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.” Nabi saw mengingatkan penggunaan madu untuk membersihkan  dan bekam untuk mengeluarkan darah, dan jika semua tidak berkesan, perubatan terakhir ialah dengan sendutan dengan api, yang hukumnya makruh.
Rasulullah bersabda, “Di dalam habbatus-sauda’ terkandung penyembuhan untuk segala penyakit, kecuali kematian.”
“Sesungguhnya syaitan merasuk ke dalam diri melalui anak adam mengikuti aliran darah.”
Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang memakan tujuh butir kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu, dia tidak akan terkena kesan racun dan sihir.”
“Sucikanlah jasad ini, nescaya Allah swt menyucikan kalian. Sesungguhnya tidak ada seorang hamba yang dalam keadaan bersuci pada malam hari melainkan ada seorang malaikat pada sehelai bulunya. Dia tidak membalikkan badan sesaat pun pada malam hari melainkan malaikat itu berkata, “Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu, kerana malam ini dia berada dalam keadaan suci (wudhu).”
Daripada Ibnu Abbas ra, “Nabi saw berubat dengan bekam, ketika baginda sedang berpuasa.” “Nabi saw berubat dengan bekam, ketika baginda sedang dalam ihram.” “Nabi saw pernah berubat dengan bekam kerana sakit pada kepala baginda.”
Daripada Jabir, “Rasulullah pernah berubat dengan dengan bekam di bahagian pangkal paha kerana rasa sakit yang menyerang di bahagian itu.”
Rasulullah diracun wanita Yahudi
Ada seorang wanita Yahudi dikalangan penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging unta yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah saw. Maka baginda mengambil bahagian kaki dan memakan sebahagian daripadanya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga memakannya. Tiba-tiba baginda bersabda, Lepaskan tangan kalian!” Baginda mengirim utusan untuk memanggil wanita Yahudi itu, lalu baginda bersabda, “Rupanya kamu telah meracun unta ini.” Siapa yang memberitahu kamu?” Tanya wanita Yahudi. Baginda saw menjawab, “Bahagian kaki unta inilah yang  memberitahunya kepadaku.” “Memang aku telah meracunnya. Di dalam hati wanita Yahudi itu berkata, “Jika memang dia benar-benar seorang Nabi, maka racun itu tidak akan membahayakan dirinya. Tapi sekiranya dia bukan seorang Nabi, maka kami dapat berasa tenang.” Rasulullah saw memaafkan wanita itu dan tidak menjatuhkan hukuman kepadanya. Sebahagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah melakukan perubatan dengan bekam di bahagian bahu. Yang mengubati adalah Abu Hindun daripada kalangan Ansar.
“Singkirkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah, kerana Engkaulah yang Menyembuhkan, Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, suatu kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.
“Dan tiadalah yang diucapkannya (al-Quran) menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lainhanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (an-Najm: 3-4)
Rasulullah saw bersabda, “Air ZamZam diberkati dan ia merupakan makanan daripada segala makanan serta menyembuhkan penyakit.”
Rasulullah saw bersabda, “Talbinah (air rebusan gandum) melegakan sanubari orang yang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”
Ummu Al-Mundzir, “Rasulullah saw mendatangi rumahku bersama Ali bin Abu Thalib. Ketika itu kami memiliki kurma yang digantung bersama tandannya. Rasul Allah swt memakannya diikuti Ali, Rasulullah bersabda, “Sebentar wahai Ali, bukankah kamu baru sahaja sembuh daripada sakit?” Lalu aku merebus tepung gandum dan sayur ubi bagi mereka, lalu Nabi saw bersabda, “Wahai Ali, santaplah makanan ini, kerana makanan jenis ini lebih sesuai bagi kamu.”
 “Dan berpuasa itu lebih baik bagi kalian,” (al-Baqarah: 184)
“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah swt dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang member kehidupan kepada kamu.” (al-Anfal: 24)
Darah bekam membingungkan pengkaji; 1. Darah mengalami pengoksidaan tanpa udara. 2. Plasma terpisah sendiri tanpa darah. 3. Hanya plasma sahaja yang keluar daripada tempat bekam. 4. Penyembuhan terjadi meskipun darah tidak keluar.
Al-Allmah Muhammad Amin Syaikhu yang melakukan kajian tentang bekam, “Rahsia mekanisma penyembuhan kerana bekam terletak pada pembersihan tubuh daripada darah kotor, yang menghambat peranannya di dalam melaksanakan tugas-tugasnya secara sempurna, sehingga membuat tubuh itu menjadi sasaran berbagai jenis penyakit.”
Darah bekam menghimpunkan 1/10 sel darah putih yang ada dalam darah semulajadi. Bagaimana mungkin darah dapat keluar tanpa sel darah putih jika dibandingkan darah pembuluh. Sel darah putih yang keluar mempunyai bentuk ganjil (ia tidak mampu melaksanakan tugasnya). Jumlah pengikat zat besi yang keluar waktu bekam sangat tinggi (550-1100), bekam mampu mengeluarkan zat besi.
Wail A-Sayyid di Port Said – Jenis penyakit – Radang kelenjar tiroid – Perubatan : Bekam                                                                                          
Saya terkena radang kelenjar tiroid dan saya sudah siap menjalani pembedahan. Tapi berkat kurnia Allah swt dan kemurahanNya serta dengan sunnah RasulNya saya melakukan bekam sehingga dua kali hingga saya dapat sembuh sepenuhnya.
Ibrahim Muhammad Na’na’ah di Hai’at Qanat Suez – Jenis penyakit – Tekanan darah tinggi – Perubatan Bekam  
                                           
Setelah terlantar selama empat hari di rumah sakit di Hai’ah Qanat Suez kerana tekanan darah tinggi yang saya derita, ternyata tidak terlihat hasilnya sedikit pun. Maka saya meminta keluar, kerana ada seseorang yang menganjurkan agar saya menjalani bekam, sebuah kaedah perubatan Nabawi.

Tiada ulasan: