Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

25 Januari 2014

Spa Jantan : Kami ada Berhampiran Anda

Lokasi boleh dilihat di sini (KliK - untuk ke Google Maps)

Ataupun maklumat mudah :

No.8, Lorong Sintar Indah 2,
Taman Sintar Indah,
14300 Nibong Tebal,
Penang.



Exit Highway Nibong Tebal - Kiri - Beberapa meter ada Supermarket JMS(sebelah kiri) - Kiri - Melalui Pasaraya - Simpang Pertama Kiri - Sampai


JuruBekam Lelaki & Jurubekam Wanita ada disini.
Dapatkan Pemeriksaan Tekanan darah Secara PERCUMA dengan Kami :
-Menunjukkan risiko Strok
-Menunjukkan risiko Serangan Jantung
-Menunjung risiko penyakit berkaitan jantung

Spa Jantan : Spa Cupping Therapy & Hydrotherapy Ice North Terri...





Jurubekam Wanita ada Disini

View Larger Map

21 Januari 2014

Spa Jantan : Gajah keluar dari Gua kecil

Bagaimana kita membantu diri dan keluarga menyelamatkan diri daripada risiko penyakit jantung, dan strok yang ramai pada ketika ini berpotensi terkena serangan.
Jalani pemantauan Tekanan Darah secara berkala secara PERCUMA!!!
Betul, tak perlu bayar untuk kita pastikan apa yang kita makan seharian tidak
memberi bebanan pada tekanan darah kita. Langkah pertama adalah sms kami
dengan langkah di atas.sini

11 Januari 2014

Rahsia Badan


Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
i) Sistem penghadaman yang lemah.
ii) Perut mengandungi angin.
iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar

Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis. 

Kredit to http://paapaada2.blogspot.com 

10 Januari 2014

Spa Jantan : Mandi Ais Kuat Otot


Salam, akhirnya, sebuah terapi semulajadi berjaya dipelajari untuk dihebahkan manfaat kepada semua. Sebuah kaedah terbaik punya untuk menstabilkan suhu dan kesihatan batang tubuh sama dengan konsep bumi yang dibahagian kutub utara dan selatan bersifat sejuk.

Atlet di luar negara sudah lama menggunakan kaedah ini. Atlet kita juga menggunakan kaedah ini secara tidak langsung apabila berlaku kekejangan.

Kini di Parit Buntar, Tempahan sebelum, cannot walk-in

Spa Jantan ; Muslim & Muslimah

07 Januari 2014

Spa Jantan : Pemeriksaan Kesihatan Di Parit Buntar

Pemeriksaan Kesihatan Di Parit Buntar


Salamun'alaik, kami memperkenalkan sebuah lagi bantuan untuk kita semua memantau tahap kesihatan semasa. Dengan pemantauan berkala, kita sebolehnya mengamalkan gaya hidup yang lebih baik untuk tubuh kita. Bila lagi nak lakukan jika bukan sekarang. Lakukan sekarang bersama kami atau bersedia untuk mengambil rutin makan ubat dadah nanti. Orang yang bawa kereta hati-hati pun boleh terlibat dengan kemalangan, inikan pula orang yang tidak.

Slip keputusan akan diberi. Hehe, macam exam plak

03 Januari 2014

Spa Jantan : Kenali Bekam Sebelum Bekam - Umum

Definisi bekam:
Bahasa Arab mengenalnya sebagai Hijamah
Bahasa Inggeris dikenal sebagai cupping
Masyarakat  Cina mengenalnya  gua-sha
Masyarakat Indonesia mengenalnya sebagai cantuk atau kop.
Bahasa  Melayu pula adalah bermaksud ‘pelepasan darah’
Bekam berfungsi untuk mengeluarkan toksid.
Toksid banyak berkumpul di dalam kulit seseorang
Lebihan toksin di dalam darah yang terkumpul akan menyebabkan gangguan peredaran darah.

Sejarah Bekam
Satu terapi penyembuhan tertua di dunia, ( 2500 tahun yang lampau)
Terapi bekam digunakan oleh semua peradaban di seluruh dunia, termasuk Mesir Kuno, Yunani dan Cina dan sebagainya.

Hadis-hadis Nabi
Diriwayatkan oleh  Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa  Rasulullah saw bersabda, “Kesembuhan dapat diperolehi dengan tiga cara: Pertama, minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan perubatan dengan menggunakan besi yang sedang panas”.
Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)”.
Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)”.

JENIS-JENIS BEKAM
Bekam Basah (Damawiyah)
Bekam Kering (Jaafah)
Bekam Api
Bekam Seluncur
Bekam Tarik /Bekam Cepat
Bekam Lintah

Cara Bekam Secara Umum
Semua peralatan mestilah disterilkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kewujudan kuman dengan menggunakan alatan steril yang dikhaskan.
Bahagian tubuh yang ingin dibekam hendaklah juga disterilkan dengan Iodin. Sebelum steril pada badan dilakukan, mulakannya dengan doa.
Pembiusan setempat dibuat pada tempat yang dingin dibekam dengan cara hisap gelas. Kekuatan hisapan bagi setiap pesakit adalah berbeza dan masa yang diambil lebih kurang 5 minit. Keutamaan didahulukan di bahagian tubuh sebelah kanan dan hisapan dilakukan tidak lebih daripada 4 tempat bekam sekaligus.
Dengan menggunakan pisau bedah atau lancet (jarum halus), kulit akan dilukakan dengan jumlah titik luka sebanyak 5 hingga 15 titik pada satu-satu tempat bekam.
Selepas itu, penghisapan dilakukan sekali lagi pada tempat bekam yang telah dilukakan tadi dan dibiarkan selama 5 minit bagi membolehkan darah kotor keluar melalui luka yang dibuat.
Darah yang terkumpul hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kawasan bekam boleh dihisap beberapa kali.
Bekas bekam dan luka dibersihkan dan disapukan dengan minyak habbatus sauda yang telah disterilkan. Bekas bekam akan hilang dalam masa 2-5 hari.

Waktu Sesuai Berbekam
Bekam baik dilakukan pada pertengahan bulan  kerana pada waktu ini darah kotor akan berhimpun pada kulit
Fakta:
- Dari Anas bin Malik R.A., dia bercerita: ” Rasulullah S.A.W. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)
                -
-Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun mengatakan : “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak diakhir bulan kerana boleh menjadi cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan”.
*Seeloknya individu yang ingin berbekam tidak mengambil makanan dalam tempoh 3 jam sebelum.

Larangan-larangan Bekam
Rawatan bekam tidak boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah- masalah / keadaan tertentu seperti :
seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis
penghidap penyakit kulit seperti alergi kulit yang parah
Individu yang kekenyangan, kehausan, kelaparan, keletihan
Kawasan yang luka,urat sendi yang bermasalah,patah tulang,tumor atau varises
Wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama
Wanita yang datang bulan

Cara Rawatan Bekam Basah
Alatan yang digunakan:
Cup bersih dan disteril
Sterilizer
Minyak Zaitun
Swap
Lancet / Pisau
Tisu basah
Tisu yang banyak
Kayu urut

Penyakit yang Boleh Dirawat dengan Bekam antaranya:
Kegemukan (obesiti)
Elephantiasis (penyakit kaki gajah/untut)
Sakit pinggang
Sembelit
Alergi makanan
Asma
Sesak nafas
Sengal tulang
Insomnia
Cirit birit
Migrain
Gatal-gatal
Stres
Untuk membantu meninggalkan rokok
Buasir
Penyakit jantung
Mandul
Badan kurus
Kencing manis
Kejang otot
Tonsil

Prosedur Bekam Basah @ Darah Umum
Tempat bekam pada badan akan diurut terlebih dahulu.
Minyak disapukan.
Cup ditekapkan dan penghisapan awal dilakukan.
Pada permulaan, penghisapan dilakukan bagi mengeluarkan lebihan gas, angin yang terdapat pada permukaan kulit dan otot selain meningkatkan tekanan pada kulit dan bawah kulit di sekitar.
Selepas 2 minit, cup dicabut, lancet digunakan bagi menghasilkan luka pada tempat bekam.
Sedutan tempat luka dilakukan dan darah dibiarkan keluar. Sedutan di tempat yang berdarah dilakukan beberapa kali.
Dengan menggunakan tisu, darah akan disekat daripada meleleh ke tempat lain apabila gelas dicabut daripada permukaan kulit.
Sumber : Presentation "Kaunseling pelbagai Budaya (SKPK6063) Tajuk : Bekam Darah" - UKM

Mohd Husni Bin Sulaiman
JuruBekam No.1 ASIA
Fuzia Binti Md Sidin
JuruBekam No.1 ASIA 4Girl