Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

03 Januari 2014

Spa Jantan : Kenali Bekam Sebelum Bekam - Umum

Definisi bekam:
Bahasa Arab mengenalnya sebagai Hijamah
Bahasa Inggeris dikenal sebagai cupping
Masyarakat  Cina mengenalnya  gua-sha
Masyarakat Indonesia mengenalnya sebagai cantuk atau kop.
Bahasa  Melayu pula adalah bermaksud ‘pelepasan darah’
Bekam berfungsi untuk mengeluarkan toksid.
Toksid banyak berkumpul di dalam kulit seseorang
Lebihan toksin di dalam darah yang terkumpul akan menyebabkan gangguan peredaran darah.

Sejarah Bekam
Satu terapi penyembuhan tertua di dunia, ( 2500 tahun yang lampau)
Terapi bekam digunakan oleh semua peradaban di seluruh dunia, termasuk Mesir Kuno, Yunani dan Cina dan sebagainya.

Hadis-hadis Nabi
Diriwayatkan oleh  Said bin Jubair berkata dari Ibnu Abbas bahawa  Rasulullah saw bersabda, “Kesembuhan dapat diperolehi dengan tiga cara: Pertama, minum madu. Kedua, dengan pembekaman. Ketiga, dengan besi panas, dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan perubatan dengan menggunakan besi yang sedang panas”.
Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)”.
Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesungguhnya cara perubatan yang paling ideal yang kalian pergunakan adalah hijamah (bekam)”.

JENIS-JENIS BEKAM
Bekam Basah (Damawiyah)
Bekam Kering (Jaafah)
Bekam Api
Bekam Seluncur
Bekam Tarik /Bekam Cepat
Bekam Lintah

Cara Bekam Secara Umum
Semua peralatan mestilah disterilkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kewujudan kuman dengan menggunakan alatan steril yang dikhaskan.
Bahagian tubuh yang ingin dibekam hendaklah juga disterilkan dengan Iodin. Sebelum steril pada badan dilakukan, mulakannya dengan doa.
Pembiusan setempat dibuat pada tempat yang dingin dibekam dengan cara hisap gelas. Kekuatan hisapan bagi setiap pesakit adalah berbeza dan masa yang diambil lebih kurang 5 minit. Keutamaan didahulukan di bahagian tubuh sebelah kanan dan hisapan dilakukan tidak lebih daripada 4 tempat bekam sekaligus.
Dengan menggunakan pisau bedah atau lancet (jarum halus), kulit akan dilukakan dengan jumlah titik luka sebanyak 5 hingga 15 titik pada satu-satu tempat bekam.
Selepas itu, penghisapan dilakukan sekali lagi pada tempat bekam yang telah dilukakan tadi dan dibiarkan selama 5 minit bagi membolehkan darah kotor keluar melalui luka yang dibuat.
Darah yang terkumpul hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul bagi mengelakkan jangkitan kuman. Kawasan bekam boleh dihisap beberapa kali.
Bekas bekam dan luka dibersihkan dan disapukan dengan minyak habbatus sauda yang telah disterilkan. Bekas bekam akan hilang dalam masa 2-5 hari.

Waktu Sesuai Berbekam
Bekam baik dilakukan pada pertengahan bulan  kerana pada waktu ini darah kotor akan berhimpun pada kulit
Fakta:
- Dari Anas bin Malik R.A., dia bercerita: ” Rasulullah S.A.W. biasa berbekam di bahagian urat merih (jugular vein) dan punggung. Ia biasa berbekam pada hari ke-17, ke-19, dan ke-21.” (HR, Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, sanad shahih)
                -
-Ibnu Sina di dalam kitabnya Al-Qaanun mengatakan : “Diperintahkan untuk tidak berbekam di awal bulan kerana cairan-cairan tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal, dan tidak diakhir bulan kerana boleh menjadi cairan-cairan tubuh mengalami pengurangan. Oleh kerana itu diperintahkan melakukan bekam pada pertengahan bulan ketika cairan-cairan tubuh bergolak keras dan mencapai puncak penambahannya kerana bertambahnya cahaya di bulan”.
*Seeloknya individu yang ingin berbekam tidak mengambil makanan dalam tempoh 3 jam sebelum.

Larangan-larangan Bekam
Rawatan bekam tidak boleh dilakukan oleh seseorang yang mempunyai masalah- masalah / keadaan tertentu seperti :
seseorang yang mempunyai penyakit kencing manis
penghidap penyakit kulit seperti alergi kulit yang parah
Individu yang kekenyangan, kehausan, kelaparan, keletihan
Kawasan yang luka,urat sendi yang bermasalah,patah tulang,tumor atau varises
Wanita hamil pada usia kehamilan 3 bulan pertama
Wanita yang datang bulan

Cara Rawatan Bekam Basah
Alatan yang digunakan:
Cup bersih dan disteril
Sterilizer
Minyak Zaitun
Swap
Lancet / Pisau
Tisu basah
Tisu yang banyak
Kayu urut

Penyakit yang Boleh Dirawat dengan Bekam antaranya:
Kegemukan (obesiti)
Elephantiasis (penyakit kaki gajah/untut)
Sakit pinggang
Sembelit
Alergi makanan
Asma
Sesak nafas
Sengal tulang
Insomnia
Cirit birit
Migrain
Gatal-gatal
Stres
Untuk membantu meninggalkan rokok
Buasir
Penyakit jantung
Mandul
Badan kurus
Kencing manis
Kejang otot
Tonsil

Prosedur Bekam Basah @ Darah Umum
Tempat bekam pada badan akan diurut terlebih dahulu.
Minyak disapukan.
Cup ditekapkan dan penghisapan awal dilakukan.
Pada permulaan, penghisapan dilakukan bagi mengeluarkan lebihan gas, angin yang terdapat pada permukaan kulit dan otot selain meningkatkan tekanan pada kulit dan bawah kulit di sekitar.
Selepas 2 minit, cup dicabut, lancet digunakan bagi menghasilkan luka pada tempat bekam.
Sedutan tempat luka dilakukan dan darah dibiarkan keluar. Sedutan di tempat yang berdarah dilakukan beberapa kali.
Dengan menggunakan tisu, darah akan disekat daripada meleleh ke tempat lain apabila gelas dicabut daripada permukaan kulit.
Sumber : Presentation "Kaunseling pelbagai Budaya (SKPK6063) Tajuk : Bekam Darah" - UKM

Mohd Husni Bin Sulaiman
JuruBekam No.1 ASIA
Fuzia Binti Md Sidin
JuruBekam No.1 ASIA 4Girl

Tiada ulasan: