Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

31 Mei 2014

Bagaimana Mee Udang Berasap - berasappp - Tg.Piandang mali

 Dari Simpat Empat Semanggol, kami melalui Kuala Gula - Tg.Piandang. 
 Kak Ros nama kedai ni. Nama penuh mungkin la Mee Udang Berasap Kak Ros. 
 Try test tengok. Coklat 3 Musim - tang mana musim dia tatau, tapi dia da bagi nama (TradeMark) kita follow saja. Lagi satu Bandung Cincau.
 Nin dia, waktu sampai memang penuh asap. Udang bersepah. Ada beberapa menu lain seperti Mee Ketam, Mee Sotong, Mee Udang Lipan. Ada juga pecahan lain - biasa 3 ekoq Udang, sederhana - 6 ekoq Udang - besar - 9 ekoq Udang. Ni yang sederhana, tengok macam lebih saja udang. Baru orang suka, dapat lebih.
 Rasa dia, hmmm SEDAP n kena TRY. Siap dapat dulang lagi tu. 
Ni dia, land mark. SK Sungai Baru. di depan sikit ada access ke Ban Pecah - pantai batu - masuk melalui masjid. Restoran ni letak tepi jalan saja, senang dikesan. Kalau dah melalui sekolah tu, kira dah terlajak 50 meter la tu.

Bukit Merah Laketown Resort - Taman Tema Air Bukit Merah TRIP

 Hari ni, plan nak jalan Bukit Merah. Haa, lama tak pi walaupun dalam daerah yang sama. Bukit Merah terkenal dengan ampangan air / tasik Bukit Merah dan Water Park, Taman Tema Air Bukit Merah. 
Persimpangan Simpang Empat Semanggol - Kuala Gula - Taiping - Bagan Serai - Gunung Semanggol.
 Kalau tak keluar hiway Bukit Merah, ni la jalan yang nak kena guna untuk sampai ke arah tuju.
 Mam solat Zohor sebab hari ni laki solat Jumaat. Ni la pejabat tol Bukit Merah. Kat sini tak dak line Smart Tag, ada tounh n Go sahaja. Kat Malaysia ni, nak solat senang, banyak tempat disediakan untuk solat, Petronas ada, surau ada, masjid ada, RnR ada, Pejabat Tol pun ada setiap Exit Highway.
 Hujan lebat sepanjang perjalanan. Kami tak naik terus Bukit Merah, saja nak lalu jalan belakang. Untuk yang gayat nak daki bukit tinggi-tinggi, ada pilihan untuk sampai ke waterpark. Dari simpang Gunung Semanggol, terus sahaja sehingga jumpa simpang Kg.Selamat. SMKA Kerian terletak di jalan tu. Cari sign Bukit Merah Waterpark dan masuk. Di situ ada Nursing Kolej. Jalan tu juga membawa kita masuk ke belakang RnR Gunung Semanggol. 
 Sampai sudah. Jalan belakang ambil masa sikit berbanding jalan depan.
 Antara yang ada melalui laluan bangunan taman tema Bukit Merah ini.
 Ala-ala expo, banyak juga barang yang dijual di sini.
 Cenderahati, cenderamata dan lain-lain. 
 Ni la dia entrance masuk ke Taman Tema Air Bukit Merah.
 Sekitar sini.
 Sayang negara, melancong dalam negara.
Pelik satu ja orang kita, kata sayang negara, tapi dalam kereta dok buang sampah dalam negara. Apa da. Tong sampah banyak, singgah isi minyak kat stesen minyak boleh buang situ. Hehe, sekadar peringatan.
 Nak balik ni, kami tak ikut jalan belakang dah, ikut depan saja.
Pintu gerbang. Pintu masuk sebelum mendaki.
Selamat berjalan.

Solat Jumaat at Bukit Panchor Mosque

Isi minyak dulu boh, mam isikan.
 Jalan rutin - Jalan Bukit Panchor - Kg.Ladang Kerian
 Ni la Masjid yang ada di Jalan Bukit Panchor.
 Sebelah masjid ni Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
 Mam jadi penunggu la sentiasa. 
 Di seberang Masjid dan JPENIN ni la terletak SM Teknik Nibong Tebal atau dikenali sekarang sebagai Vokasional.
 Masjid Darul Iman Bukit Panchor. Pintu hadapan masjid.
 Jemaah sudah ramai membanjiri untuk solat Jumaat.
 Suasana ketika khatib sedang membaca khutbah. Ya! Membaca. Kekadang ada khatib yang memberi khutbah juga di sini. Stylo!
 Selesai solat Jumaat, ada jemaah yang mengambil peluang melaksanakan solat sunat dan tak kurang juga yang tidak mengambil peluang ini. Mungkin mereka berzikir dalam hati.
Pandangan kubah dari dalam, dihiasi tulisan khat. 

30 Mei 2014

Santai - Mantai - Parit Buntaq Was My Town

Hari ni jom tengok-tengok apa yang ada.
Masjid Daerah Kerian - Lokasi di Pekan Lama Parit Buntar. Fully Air-Cond. Hehe, seiring dan sejalan.
Antara Masjid lain yang berdekatan Masjid Pusat Bandar/Masjid Petronas/Masjid Ridwan, Masjid USM, Masjid Putih/Masjid Sri Ampangan, Masjid Taman Seri Tenggara (dulu Surau), Masjid Permatang Tok Mahat dll.
Bangunan sebelah Masjid Daerah, MARA. Lagi gambar di bawah.
Dulu kayu saja deretan kedai. La ni dah bertingket-tingket.
Parit Buntar kalau takdak ni memang tukar nama la. Mercu tanda Parit Buntar, menara jam.
Dewan Merdeka Parit Buntar, lokasi Pekan Lama, berhadapan Padang Merdeka(ya ka nama tu).
Ni la sempadannya. Nama Jalan Sempadan, ada taman nama Taman Sempadan. Dah masuk Penang.
USM Transkrian, Nibonr Tebal. Kampus Kejuruteraan.
Ni la dia Masjid Putih/Masjid Sri Ampangan. Terletak di barisan jalan yang sama dengan USM Transkrian.
SMK Saujana Impian, Transkrian.
Ni dia MRSM Transkrian, kepada yang nak cari lokasi ni, senang saja, tengok Signboard atau cari USM Transkrian.
Di hujung jalan Transkrian - Trafic Light Nibong Tebal - Jawi - Parit Buntar

29 Mei 2014

Ketam Pondan @ Ketam Lembut - Kuala Gula Trip (KG)

Hari ni, sudah habis sahabat yang datang bekam sini. Jadi dengan tidak semena-mena, sebuah idea telah muncul hasil daripada Jurubekam Wanita yang suka menanyakan kepada patient-nya berkenaan tempat makan sedap di sekitar sini. Keluarlah menu Ketam lembut.
Ni penting ni, kena kalih siap-siap. "Sorry, we are closed"
Terdapat beberapa jalan untuk sampai ke destinasi. 1. Melalui Simpang 5, 2. Melalui Titi Serong- Tg. Piandang, 3. Melalui Spg Empat - Sg Bakau - Tg. Piandang. dan . ... ... ... 
Kami memilih untuk melalui Simpang 9, melalui Sg. Acheh - Sg. Bakau - Bagan Tiang - Tg.Piandang dan Kuala Gula. Pemandangan cantik dan jalan kampung.
Belok kanan la.
Alamak kat bawah tu ada la nampak salah satu banner yang kami pasang. Hahaa, mana tau orang kawasan sini mencari khidmat bantuan kami.
Ok, kita menghala ke Sg.Bakau. Jalan Sg.Bakau adalah jalan pemisah sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak DR.
Antara pekan kecil yang kami lalui dalam perjalanan ke destinasi. Ada pasar malam ka pasar tani ka di Pekan Bagan Tiang.
Tg.Piandang jauh ke tengah, biasa dengar pantun tu?
Ni lah dia satu sudut pandangan pekan Tg.Piandang. Kalau lalu sini, buka cermin, ada bau ikan kering, laut masin, dan macam-macam lagi, bersediaaaa.
Antara pemandangan yang menghiasi perjalanan. Sawah, parit dan saujana mata memandang.
Nak laju tak boleh sangat, nanti mam bising, sebab jalan kiri kanan lembut kerana parit, dan menyebabkan jalan tidak rata, bumping is dangerous. 
Nin dia, sign board memang dicari. 
Jambatan yang menghubung Kuala Kurau - Kuala Gula. Dulu nak ke Kuala Gula orang naik feri ataupun masuk melalui Simpang Empat Semanggol.
Nun di hujung sana Selat Melaka. 
Pemandangan dari atas jambatan, banyak sangkar ikan di sini.
8km juga la dari jambatan untuk sampai simpang masuk ke Kuala Gula ni.
Akhirnya - mission is possible, tapiii
Salah port laaa, costumer tu cakap, restoran terapung, tapi kami sampai restoran atas air, tapi tak terapung. Tanya pekerja sini, depa cakap restoran tu ada kat sebelah resort ni.
Tak apa, sebelum ke lokasi sebenar, amek kenangan dulu. Dulu sebelum PLKN, ada PKSN (Program Khidmat Sosial Negara). Saya berkampung di resort ni la selama 15 hari sepanjang program tu. 
Nin dia, yang dicari. Hint diberi, terapung, rasa ombak (gegaran bukan taste)
Haaaa, nampak dak tahap apungan atau bahasa omputih DRIFT. Setiap langkah mengundang goyangan. Watch your step!
Memang rasa ombak bro! Macam duduk atas bot. Rasanya mungkin sini pernah ada orang mabuk....laut.
Tapi....ketam pondan / ketam lembut sudah habissssss. Kalau nak tauke cakap, tepon diorang untuk diorang simpan. Ni ha. Amek no diorang.
Nampak macam menarik ja makcik meja depan makan dengan anak-anak. Kami pun apa lagi, try it, or cry for it.
Tak dapat ketam pondan, tak dak hal. Ni la makannya. Siakap 2 jenis masakan, bakar BBQ dan 3Rasa, Tomyam Cfoof, Kailan Ikan Masin. Gambar sebelum...
Fuhh, maboloso orang kata.
Tapi bahaya ni, waktu order tadi, waiter cakap, ikan paling kecik pun sekilo lebih. Mahal ke tidak, sedap memang sedap walau tak dapat ketam pondan.
Pandangan restoran teknik DRIFT
Haaa, betul sebelah saja dengan Chalet Kuala Gula.
Now, sudah Maghrib, kena cabut balik rumah Taman Kerian.
Pandangan senja atas jambatan. Kami balik melalui Pekan Kuala Kurau, Batu 5, Simpang 5, Parit Buntar.
Harga dia fuh...
Siakap Sekilo lebih + Tomyam Campur 1 person + Kailan Ikan Masin 1 person + Nasi 2 person + Kepok Lekor sepinggan + Teh O Ais = RM 53# 
+ superb view + superb rare experience = Very MURAH & SEDAP
Ketam Lembut Mu Tunggu Aku Datang!