Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

31 Mei 2014

Bukit Merah Laketown Resort - Taman Tema Air Bukit Merah TRIP

 Hari ni, plan nak jalan Bukit Merah. Haa, lama tak pi walaupun dalam daerah yang sama. Bukit Merah terkenal dengan ampangan air / tasik Bukit Merah dan Water Park, Taman Tema Air Bukit Merah. 
Persimpangan Simpang Empat Semanggol - Kuala Gula - Taiping - Bagan Serai - Gunung Semanggol.
 Kalau tak keluar hiway Bukit Merah, ni la jalan yang nak kena guna untuk sampai ke arah tuju.
 Mam solat Zohor sebab hari ni laki solat Jumaat. Ni la pejabat tol Bukit Merah. Kat sini tak dak line Smart Tag, ada tounh n Go sahaja. Kat Malaysia ni, nak solat senang, banyak tempat disediakan untuk solat, Petronas ada, surau ada, masjid ada, RnR ada, Pejabat Tol pun ada setiap Exit Highway.
 Hujan lebat sepanjang perjalanan. Kami tak naik terus Bukit Merah, saja nak lalu jalan belakang. Untuk yang gayat nak daki bukit tinggi-tinggi, ada pilihan untuk sampai ke waterpark. Dari simpang Gunung Semanggol, terus sahaja sehingga jumpa simpang Kg.Selamat. SMKA Kerian terletak di jalan tu. Cari sign Bukit Merah Waterpark dan masuk. Di situ ada Nursing Kolej. Jalan tu juga membawa kita masuk ke belakang RnR Gunung Semanggol. 
 Sampai sudah. Jalan belakang ambil masa sikit berbanding jalan depan.
 Antara yang ada melalui laluan bangunan taman tema Bukit Merah ini.
 Ala-ala expo, banyak juga barang yang dijual di sini.
 Cenderahati, cenderamata dan lain-lain. 
 Ni la dia entrance masuk ke Taman Tema Air Bukit Merah.
 Sekitar sini.
 Sayang negara, melancong dalam negara.
Pelik satu ja orang kita, kata sayang negara, tapi dalam kereta dok buang sampah dalam negara. Apa da. Tong sampah banyak, singgah isi minyak kat stesen minyak boleh buang situ. Hehe, sekadar peringatan.
 Nak balik ni, kami tak ikut jalan belakang dah, ikut depan saja.
Pintu gerbang. Pintu masuk sebelum mendaki.
Selamat berjalan.

Tiada ulasan: