Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 Mei 2014

Ketam Pondan @ Ketam Lembut - Kuala Gula Trip (KG)

Hari ni, sudah habis sahabat yang datang bekam sini. Jadi dengan tidak semena-mena, sebuah idea telah muncul hasil daripada Jurubekam Wanita yang suka menanyakan kepada patient-nya berkenaan tempat makan sedap di sekitar sini. Keluarlah menu Ketam lembut.
Ni penting ni, kena kalih siap-siap. "Sorry, we are closed"
Terdapat beberapa jalan untuk sampai ke destinasi. 1. Melalui Simpang 5, 2. Melalui Titi Serong- Tg. Piandang, 3. Melalui Spg Empat - Sg Bakau - Tg. Piandang. dan . ... ... ... 
Kami memilih untuk melalui Simpang 9, melalui Sg. Acheh - Sg. Bakau - Bagan Tiang - Tg.Piandang dan Kuala Gula. Pemandangan cantik dan jalan kampung.
Belok kanan la.
Alamak kat bawah tu ada la nampak salah satu banner yang kami pasang. Hahaa, mana tau orang kawasan sini mencari khidmat bantuan kami.
Ok, kita menghala ke Sg.Bakau. Jalan Sg.Bakau adalah jalan pemisah sempadan antara negeri Pulau Pinang dan Perak DR.
Antara pekan kecil yang kami lalui dalam perjalanan ke destinasi. Ada pasar malam ka pasar tani ka di Pekan Bagan Tiang.
Tg.Piandang jauh ke tengah, biasa dengar pantun tu?
Ni lah dia satu sudut pandangan pekan Tg.Piandang. Kalau lalu sini, buka cermin, ada bau ikan kering, laut masin, dan macam-macam lagi, bersediaaaa.
Antara pemandangan yang menghiasi perjalanan. Sawah, parit dan saujana mata memandang.
Nak laju tak boleh sangat, nanti mam bising, sebab jalan kiri kanan lembut kerana parit, dan menyebabkan jalan tidak rata, bumping is dangerous. 
Nin dia, sign board memang dicari. 
Jambatan yang menghubung Kuala Kurau - Kuala Gula. Dulu nak ke Kuala Gula orang naik feri ataupun masuk melalui Simpang Empat Semanggol.
Nun di hujung sana Selat Melaka. 
Pemandangan dari atas jambatan, banyak sangkar ikan di sini.
8km juga la dari jambatan untuk sampai simpang masuk ke Kuala Gula ni.
Akhirnya - mission is possible, tapiii
Salah port laaa, costumer tu cakap, restoran terapung, tapi kami sampai restoran atas air, tapi tak terapung. Tanya pekerja sini, depa cakap restoran tu ada kat sebelah resort ni.
Tak apa, sebelum ke lokasi sebenar, amek kenangan dulu. Dulu sebelum PLKN, ada PKSN (Program Khidmat Sosial Negara). Saya berkampung di resort ni la selama 15 hari sepanjang program tu. 
Nin dia, yang dicari. Hint diberi, terapung, rasa ombak (gegaran bukan taste)
Haaaa, nampak dak tahap apungan atau bahasa omputih DRIFT. Setiap langkah mengundang goyangan. Watch your step!
Memang rasa ombak bro! Macam duduk atas bot. Rasanya mungkin sini pernah ada orang mabuk....laut.
Tapi....ketam pondan / ketam lembut sudah habissssss. Kalau nak tauke cakap, tepon diorang untuk diorang simpan. Ni ha. Amek no diorang.
Nampak macam menarik ja makcik meja depan makan dengan anak-anak. Kami pun apa lagi, try it, or cry for it.
Tak dapat ketam pondan, tak dak hal. Ni la makannya. Siakap 2 jenis masakan, bakar BBQ dan 3Rasa, Tomyam Cfoof, Kailan Ikan Masin. Gambar sebelum...
Fuhh, maboloso orang kata.
Tapi bahaya ni, waktu order tadi, waiter cakap, ikan paling kecik pun sekilo lebih. Mahal ke tidak, sedap memang sedap walau tak dapat ketam pondan.
Pandangan restoran teknik DRIFT
Haaa, betul sebelah saja dengan Chalet Kuala Gula.
Now, sudah Maghrib, kena cabut balik rumah Taman Kerian.
Pandangan senja atas jambatan. Kami balik melalui Pekan Kuala Kurau, Batu 5, Simpang 5, Parit Buntar.
Harga dia fuh...
Siakap Sekilo lebih + Tomyam Campur 1 person + Kailan Ikan Masin 1 person + Nasi 2 person + Kepok Lekor sepinggan + Teh O Ais = RM 53# 
+ superb view + superb rare experience = Very MURAH & SEDAP
Ketam Lembut Mu Tunggu Aku Datang! 

Tiada ulasan: