Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 Mei 2014

Trip ke Penang

Hari ni nak pergi berjalan. Operasi dihentikan buat seketika waktu. Nak mai, esok boleh, kami nak rehat dan rawat.
Berjalan sambil menayangkan nombor. Hehe, marketing la konon. Alhamdulillah, berkesan. Sambil menyelam minum air. Tapi hari ni OFF DUTY! Singgah sarapan pagi di Nasi Ayam Hainan Bukit Panchor! 
What? 2 Set Nasi Ayam & 2 Teh O Ais = RM 9.00
Dengan rasa yang SEDAP - harga yang MURAH = Disyorkan cuba.
Pusing ikut Bukit 300 Serdang, konon nak pergi Kulim, Bukit Hijau. Nak tengok dan nak feeling bunyi air terjun yang dapat menghilangkan stress. Last-last ke lain. Masuk ke Kulim dan keluar ikut BKE (Butterworth - Kulim Expressway) RM 1.60 x 2 (perghhhh), keluar Pematang Pauh, dalam hati nak menuju ke Penang, pusing pulau. Singgah ke MAGIC BOO beli alat urut GuaShaa. 
Info : Kedai yang jual barang-barang spa seperti katil urut, sauna, dll. Banyak cawangan juga, di Penang ada 3 cawangan.
Dari Pacific - Magic Boo, terus ikut Hiway yang ada Jambatan Pulau Pinang menuju ke Jeti Butterworth dengan bayaran toLL RM 1.20.
Ok lah, memang cepat jika dibandingkan dengan jalan lama.
Haiyaa, lama tak pergi Penang, baru tahu tambang dah naik. RM 7.70 dari harga sebelum ni RM 7.00. Tak apa, nanti kita buat feri sendiri lah.
Lama tak bau laut nie, bau dia memang dirindui. 
Pesanan dari pengawal Feri : Sila matikan enjin kenderaan dan tarik brek tangan!
Ada beberapa jenis : Tingkat bawah Kereta dan Motor, Atas penumpang pejalan kaki. Yang lagi satu siap tingkat atas kereta pun boleh naik. 
Yang jarang naik macam kami ni apa lagi, perak la tengok pemandangan. Hehe, jauh nampak bersih ja laut, cuba tengok tepi feri, baru tau!
30 minit jugak ada atas laut dengan nilai tambang RM 7.70. Cuba bahagi tengok dapat berapa? Jom jalan penang!
Turun Feri, traffic light, Turn Right, dalam perancangan pusing pulau ikut Feringghi, blab la bla kita pusing. Beca ni kat dengan pelabuhan. Pusing dari Padang Kota Lama mungkin.
Penang? Tak jammed kat town bukan Penang laaaa.
Batu Feringhi, biasa pergi, sign board kena cari lagi!
Jalan memang menguji tahap kebisingan orang sebelah. Jalan sempit dan berbelok-belok di tepi laut. Tiba-tiba abg tanjung layan lap…zasssss. Depa memang tera! Jangan sampai kona kona kolaut sudah.
Pemandangan Feringghi.
Pekan Batu Feringghi. Malam ada uptown….kot….dulu laaa…sekarang…
Pak Arab suka mai sini, memang ramai sampai banyak la perniagaan khusus untuk diorang.
Tengah layan-layan, nampak vila ka pa ka orang panggil, mewah ni. Area depan laut, confirm bukan RM500k.
Amacam orang kita? Tak teringin jadi TUAN di bumi sendiri?
Pekan Teluk Bahang…kot
Empangan air Penang.
Lepak sambil hirup dulu.
Ehh tepi, orang nak amik pemandangan ni!
Kona punya kona Teluk Bahang – Balik Pulau.
Durian Stall!!! Bila lagi nak rasa durian Balik Pulau yang dikatakan rare :
Udara bayu laut, ditanam bersama Pokok Pala, blab la bla
Ada ka orang kita tauke sini Durian Balik Pulau?
Baru ku tahu bukan hanya Dragon Ball ada 7 biji semuanya, durian juga ada macam jenis ; susu, kucing tidur, cili padi, dot dot dot apa dah tak ingat nama.
Haiya, ini mam la suka masuk frame betul la. 2 biji kami telan 1 biji jenis Kucing tido RM 18 dan sebiji lagi jenis apa ntah, RM 14. Yang pertama very seeedap. Yang kedua KERAS! Tapi wang masih kena bayar ma!
Jalan ni memang kena berhati-hati banyak, jalan jenis DRIFT, tepi gaung dusun doroyan, tepi bukit batu. Bas Rapid Penang pun lalu, takkan kenderaan lain tak leh lalu.
Tempat ni, tak pernah masuk, tapi VIEW sini super class class.
Tinggi kat sini, keta pun merangkak juga tahap cerun 45 darjah. Bawah gambar.
Bukan gambar ni, bawah lagi!
Terbaikk, sejuk ooo sini, tapi tak la sampai tahap Cameron.
Tahap cerun 45darjah, very gayat.
Kami keluar ikut Relau, kalau dari pecan Balik Pulau, jangan pilih laluan Bayan Lepas, pilih laluan ke Georgtown, Ayer Itam.
Plan nak masuk USM jalan-jalan imbau memori.
Rumah TNC, USM
Pusing-pusing
Universiti bukan silibes makan gaji melainkan perkembangan minda
Huhuhuhu.
Sori, Nasi Dalca dah habis, tak sempat nak snap, dah lahap. Lama tak jumpa kau Nasi Dalca Jelutong. RM 4.20 set Ayam Goreng. Amacam? Boleh
Pemandangan kat Restoran Nasi Dalca ni. Depan stesen minyak Caltex
Odw balik, nak ikut Jambatan ke2, lalu jambatan lama tadi, memang Jammed la kalau balik masa orang keluar kerja niii.
Quensbay Mall dari luar menghala ke Batu Maung.
Masuk jambatan, Line Klearrrrr. HAHAHA
Jambatan lama dan baru beza panjang 10km.
Perghhh, rasa memang lama laaaaaa, punya panjang. Tapi memang line klear. Sesuai untuk yang nak balik kearah selatan.
Menuju ke premis. Akhirnyaaaaaaa, Berjaya trip murah. Murah kah?
Mata memang dah kena sedut ni.
Sebelah Hiway ja, Mudah senang, cepat, Tepat.
Pernah ke dengar jenis pasaraya ni?
Rare ni kot…
Finally sampai. Home Bekam Therapy Darul Bekam.
Selamat Berjalan.

Tiada ulasan: