Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

06 Julai 2014

Sejak Unemployed

Assalamualaikom wbkt.

Nikmatnya sebenar bila kita tahu dan kita faham apa yang berlaku pada diri kita. Semuanya sudah tertulis dan itu bukan kuasa kita atau dalam bahasa mudah bukan kerja kita mengubah apa yang sudah berlaku. Namun Allah memberi kita sesuatu yang Allah tidak beri kepada haiwan iaitu akal. Yang berlalu sudah pun berlalu.

Coretan ayat buruk di sini hanya sebenarnya mahu memahamkan diri sendiri tentang 'Allah memberi kita pilihan'. Pilihan memilih jalan, pilihan membuat keputusan dan pelbagai lagi pilihan yang kita perlu 'PILIH'.

Adakala pilihan yang kita lakukan menampakkan kebuntuan, kecelaruan, kebinasaan, keruntuhan dan kesan buruk. Namun, hakikat sebenar ia memilih berlaku pada diri kita, ia bukan kosong. Ia memberi panduan, pedoman dan hakikat sebenar kehidupan. Manisnya ujian apabila kita memperoleh buah 'TABAH'.

Semua manusia di dunia diuji dengan pelbagai cara. Tapi kebanyakan kita merasakan bahawa kitalah yang paling teruk diuji. Masalah kitalah yang paling besar dan paling susah diselesaikan.

Ok dah la tu, kembali kepada tajuk, sejak melakukan kerja sendiri ni, hakikatnya, memang tidak seperti yang dirancang, tapi, its OK, itu saja cara Allah nak kita pelajari. Kebergantungan dengan Allah, perbuatan jahat dan negatif hanya balik pada diri sendiri. Tapi ia membawa erti yang saaaangat banyak, hanya orang yang rasa yang tahu rasa.

Seteruk-teruk apa yang kita rasa bila diuji, rujukla surah Al-Insyirah - setiap kesusahan ada kesenangan. Ia akan memacu kita untuk pergi.

Bersambung lah nanti...Mohd Husni Bin Sulaiman - Parit Buntar

Tiada ulasan: