Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

22 Ogos 2014

S.Y.U.K.U.R Lah Wahai Diri

Bersama-sama kita besarkan skop SYUKUR.

Syukur bukan semata-mata REDHA.

Syukur bukan sahaja kita memuji PEMBERI nikmat, bertahmid ( Alhamdulillah )

Syukur bukan sekadar merasa diri TERPILIH diberi.

TAPI . . .

Syukur merangkumi : Melaksanakan suatu upaya ke atas setiap PEMBERIAN

Syukur ke atas UPAYA yang diberi seperti ANGGOTA dengan menggunakan ke atas jalan yang diketahui dengan ILMU bahawa TIADA LARANGAN.

Syukur dan berterima kasih adalah perkara BIASA yang MANUSIA biasa lakukan, tapi SYUKUR yang sebenarnya adalah memberi nilai TAMBAH supaya melakukan sesuatu ke atas NIKMAT yang diberi.

Pernah rasa bersyukur mempunyai TANGAN, KAKI, MATA, TELINGA dsb ? 

Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH !

Aku gunakan untuk Mu dalam setiap gerak daya yang Engkau beri pada aku.

Semoga Allah titipkan kefahaman kepada semua.

Tiada ulasan: