Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

26 September 2014

Anak Jati Parit Buntar Buka Pusat Bekam

Dilahirkan dan dibesarkan di Parit Buntar, sebuah pekan terakhir Negeri Perak sebelum masuk ke negeri Pulau Pinang. Sebelum berhijrah ke Tanjung Malim, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat, Titi Serong. Sekembali ke Parit Buntar menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang sehingga ke Tingkatan 6.

Tuan Mohd Husni Sulaiman, Pengasas Darul Bekam, Bekam Moden

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dan mengambil jurusan Sains Kemanusiaan. Beliau pernah menggalas tugas sebagai Guru Sandaran, Pembantu Kebajikan (JKM), dan juga Pemandu Pelancong (Arab).

Mula penglibatan dalam Perubatan Traditional pada tahun 2010 dan mendapat Ijazah Perubatan Islam di Darussyifa pengijazahan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din. Mendalami khusus perubatan Gangguan Makhluk Halus di AKRINE iaitu Akademi Rawatan Islam Nurul Ehsan dengan pengijazahan oleh Tuan Guru Dr. Majid.

Kefahaman pesakit penting sebelum sesi

Mula menggiatkan diri mendalami Ilmu Bekam pada Tahun 2011 dengan mengikuti kursus Rawatan Bekam. Merasakan kaedah bekam masih terlalu muda untuk ditarbiahkan pada seluruh penduduk, mula bergiat secara aktif sambilan mengamalkan rawatan bekam untuk penyakit dan juga gangguan. Pada waktu itu, masih bertugas di salah sebuah kolej universiti swasta, Kolej Universiti Sains dan Kesihatan di Cheras sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar yang memegang tugas ketua bertugas 'Medic Assist', 'Medical Checkup' dan Pegawai Kebajikan.

Pengalaman bertugas dalam dunia perubatan kontemporari memudahkan beliau menggabungkan ilmu lama dan baru dalam bidang kesihatan. Beliau menamatkan kerja dan seterusnya kembali ke tanah lahir untuk menyumbang bakti pada penduduk Parit Buntar dan sekitar dalam kaedah Bekam Moden. Kaedah lama yang menjadi sebuah perawatan masalah-masalah penyakit dengan gabungan Sains Moden.



Pusat Bekam beliau terletak di Nibong Tebal, Taman Sintar Indah bersebelahan dengan Plaza Tol Jawi (kini telah berpindah di Parit Buntar). Selain mengamalkan kaedah lama, pusat ini sangat menitikberatkan hal kebersihan serta kawalan mutu perkhidmatan. Tidak hairanlah, kebanyakan yang ingin mendapatkan khidmat di sini bukan sahaja terdiri daripada kebanyakan, tapi semua peringkat lapisan masyarakat seperti pensyarah, doktor, dan sebagainya.

Beliau dan juga Isteri sangat meyakini bahawa, perubatan terbaik adalah perubatan naturopati. Dengan wujudnya Pusat Bekam ini, beliau berharap akan dapat menjadi salah satu pilihan untuk masyarakat yang mencari penawar dan ikhtiar kesembuhan. Yang penting ia sebuah kaedah rawatan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw selain minum madu dan sebagainya, tegas pengasas pusat ini lagi.

Antara kebanyakan penyakit yang sering dirujuk di pusat ini adalah seperti tekanan darah, kencing manis, gout, migrain, stress, sakit sendi dan juga masalah gangguan. Itu sahaja sudah cukup menggambarkan perihal penjagaan pemakanan penduduk di sekitar Malaysia kecuali masalah gangguan. Dan yang lebih sedih lagi, kita tidak mengendahkan sebuah hadith nabi yang membawa maksud, punca penyakit adalah dari perut.

Pengamal Pengubatan Bekam Moden

Pusat ini juga dibuka dari Khamis hingga Selasa pada waktu 9 pagi hingga 10 malam dan sebarang rawatan hanyalah melalui temujanji.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang berlaku di pusat rawatan ini adalah ketika membekam seorang pesakit yang mengalami masalah gangguan lebih 30 tahun. Katil yang digunakan bergerak dari tengah bilik hingga sampai ke pintu akibat rontaan dari pesakit. Sewaku proses bekam, si pesakit juga dapat melihat bayangan anjing hitam, dukun yang menjampi pada cawan@cup yang digunakan.

Menjawap pertanyaan berkenaan Moden, pengasas pusat menjelaskan berkenaan tatacara pembersihan alatan adalah mengikut kaedah moden yang diguna pakai oleh hospital, begitu juga dengan kawalan udara bilik khas yang digunakan waktu proses bekam, selain penggunaan mesin uv Sterelizer, bahan buangan sisa atau Clinical Waste juga diurus syarikat khas iaitu Flora Sentosa.

Antara prosedur yang diamalkan di Darul Bekam, penggunaan UV Sterilizer

Beliau merupakan penduduk Taman Kerian dan Ibu Bapa beliau juga tinggal di Taman Kerian dan bapanya seorang tenaga pengajar Khusus Haji anjuran Tabung Haji Parit Buntar. Abang beliau juga bergiat secara aktif dalam perubatan gangguan makhlus halus bersama Pusat Rawatan An-Najah di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

23 September 2014

Fahami Bekam sebelum Bekam

Apakah bekam?
Bekam merupakan satu bentuk perawatan yang menggunakan gelas yang dilekatkan di atas kulit secara vakum. Terdapat dua jenis bekam yang utama iaitu bekam kering dan bekam basah. Bekam basah melibatkan pengeluaran darah daripada kulit di kawasan yang dibekam.

Adakah bekam selamat?
Secara amnya amalan berbekam adalah sangat selamat. Kejadian kesan sampingan yang serius adalah amat jarang berlaku.

Adakah bekam mempunyai kesan sampingan?
Anda perlu mengetahui bahawa :
v      Keadaan pening kepala selepas rawatan boleh terjadi kepada sebilangan kecil pesakit, dan sekiranya ia berlaku, anda dinasihatkan supaya tidak memandu kenderaan;
v      Akan terdapat kesan lebam pada kawasan yang dibekam;
v      Anda mungkin merasa sakit ketika rawatan dijalankan;
v      Kulit anda mungkin melepuh sekiranya udara dalam gelas dikeluarkan dengan kaedah yang melibatkan pembakaran;
v      Bagi pesakit yang mempunyai masalah darah lambat membeku, boleh berlaku pendarahan yang banyak. Oleh itu anda dinasihatkan memberitahu pengamal tentang masalah kesihatan anda.
v      Simptom-simptom kesan sampingan tersebut mungkin akan menjadi lebih teruk. Anda perlu memberitahu pengamal dengan segera. Walau bagaimanapun, simptom-simptom tersebut tidak semestinya memudaratkan pesakit.

Peringatan kepada Wanita Hamil :
Semua pesakit wanita mestilah memberitahu dokktor sekiranya mereka tahu ataupun mengesyaki bahawa diri mereka hamil. Ini kerana sesetengah kaedah terapi yang digunakan mungkin membawa risiko keguguran.

Adakah terdapat maklumat-maklumat lain yang perlu dimaklumkan kepada pengamal?
Selain daripada maklumat perubatan yang biasa, adalah amat penting bagi anda memberitahu pengamal sekiranya anda :
v      Mempunyai penyakit berjangkit
v      Menghidap kanser atau ketumbuhan
v      Mengalami masalah pendarahan

v      Mengambil ubat pencairan darah atau atau ubat lain

22 September 2014

Bekam melahirkan Generasi yang Intelligent

Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Kepada Allah.

Penerimaan rakyat pada Rawatan Kaedah Bekam kini sangat memberangsangkan. Dengan peningkatan teknologi, Ilmu Bekam kini mudah untuk tersebar secara meluas kepada generasi-generasi moden.

Darul Bekam memberikan kelainan dari sudut Kaedah Moden dalam Method Bekam itu sendiri. Bekam bukan sekadar Sunnah, tapi ia Sunnah yang perlu kita jagai sesuai dengan Permodenan Kaedah Perubatan. Di sini kami menitikberatkan soal kefahaman sebelum menjalani proses Bekam itu sendiri. Rata-rata tidak faham secara jelas bagaimana Bekam dapat mempengaruhi khususnya mencegah dan mengubati penyakit.

Di Darul Bekam, pelanggan tidak lagi perlu berasa khuatir tentang kebersihan alatan yang digunakan. Selain alatan pakai buang, kami memastikan Prosedur penyucian alatan dibuat mengikut Standard Kementerian. Dari segi cecair anti kuman, anti virus dan anti bakteria juga digunakan semasa proses penyucian alatan sebelum penggunaan mesin UV Sterelizer. Alatan terutama cawan Bekam disimpan di ruangan tertutup untuk memaksimumkan kawalan.

Dengan cara yang lebih moden, golongan Profesional berjaya diyakini untuk mengamalkan Perubatan Kuno Versi Moden, kerana rata-rata mereka memahami implikasi penggunaan ubatan kimia sebagai ubatan yang diberi kepada pesakit masa kini, namun, apa pilihan yang mereka ada. Kesan pengambilan ubatan kimia terlalu merbahaya hingga boleh mempengaruhi tahap imun generasi berikutnya. Jangan terkejut jika generasi seterusnya kurang daya tahan penyakit jika waris mengamalkan pengambilan pil kimia secara berterusan.

Meyakini Allah Maha Besar secara menyeluruh termasuklah penciptaan tubuh badan manusia yang merangkumi anotomi, sistem-sistem, sel-sel sangat berkait dengan amalan Bekam kerana Bekam tidak memberi bahan luaran kepada tubuh. Maha Hebat penciptaan Allah pada tubuh badan manusia. Allah mencipta manusia dengan sempurna.

Bekam secara umumnya tidak merawat gejala, tetapi mengesan punca dan merangsang hormon dalam tubun menstabilkan ketidak seimbangan dalam tubuh yang kita kenali sebagai 'penyakit'. Namun, ia tidak bertindak sepantas bahan kimia, ia mengambil masa dan adakala kesan seakan kesan negatif muncul dalam proses perawatan itu yang kami kenali sebagai Simptom Krisis Penyembuhan. Ia sebenarnya proses yang berlaku pada badan untuk merembeskan Hormon tertentu sebagai remedi untuk mencapai kesembuhan.

07 September 2014

Kopi paling sedap selain starbuck, coffee bean, kopitiam dan lain-lain

Kopi. Semua orang tahu ia sejenis minuman yang berasal dari biji. Antara minuman popular selain teh. Ada pelbagai jenis gred dan rasa kopi. Begitu juga dengan harganya. Dan ada juga bisnes yang lahir dari sekecil-kecil Warung Kopi Pak Ali hinggalah restoran francais Coffee Bean. Semua berkaitan kopi dan peminum KOPI. Kopi dan aroma serta rasa pahit ada peminat tersendiri.

ca phe sua da @ Kopi Susu Ais = Kopi Vietnam

Di sini, fenomena Kopi Vietnam semakin meletup-letup. Letupan bukan disebabkan pengiklanan di Televisyen atau Radio, mahupun iklan di FB(ads), tapi hasil hebahan sesiapa yang pernah menikmati kopi ini.

Apa yang menariknya? Rasa dan aromanya seakan KOPI mahal di Starbuck dan Coffee Bean dengan harga ala kedai mamak sangat memberi nilai tambah kepada peminat kopi. Bila nak cerita berkenaan rasa ni lah admin fail sikit, subjektif namanya. Kena rasa dulu.

Pengidap migrain mungkin boleh masuk join peminum kopi ni, sebab kopi ni tak membantu anda mendapatkan migrain seperti kopi lain. Juga tidak perlu khuatir tentang bahaya seperti kopi 3in1 atau pracampuran yang mempunyai bahan kimia terlarang.

Tapi kena pada-pada la, sebab selalunya manis sikit. Kena tunggu ais cair dulu la. Diabetes supporter. Hehe. Siapa-siapa yang nak rasa, kena datang Parit Buntar. Sure meletoppp rasa dia.


Sesiapa yang pernah pergi melancong ke Vietnam, mesti pernah rasa kopi ni. Harga kat sana boleh cecah RM 5 duit sini. 

Yang paling SPESYELNYA kopi ni, bukan apa. .. .. . Selalu kalau orang buat kopi, kena guna penapis kain, penapis jaring. Tapi penyediaan kopi Vietnam ni kena guna penapis khas dia, kalau guna Kopi Maker pun Rasa dan Aroma dia mesti tak sama. Tu yang spesyelnya. Tengok gambar bawah Kopi Vietnam dan Kopi Maker nya.

Ca Phe Sua Da - Kopi Maker Kopi Vietnam

Saya dah cuba beli serbuk kopi dia, cuba buat kat rumah, memang tak dapat rasa yang sama. Guna kopi maker pun tak dapat jugak. Pesan penjual kopi vietnam, memang kena guna penapis dia untuk dapat rasa yang superb.

Siapa yang dok luar, yang nak try minum kopi ni, boleh la roger saya. Bukan pengedar pun, boleh minum sekali. Hehe

03 September 2014

ITS REALLY WORK ! SUNNAH IS GREAT

Bagaimana Bekam berfungsi dalam Kesihatan
=========

=========
Bekam melalui beberapa peringkat dalam prosesnya sendiri

1. Proses tekanan luar tubuh - hisapan luar tubuh menggunakan bekas, cawan, cup, gelas dan sebagainya. Berfungsi memberi tekanan pada salur darah semasa sedutan berlangsung dan apabila sedutan dilepaskan, salur darah kembali pada kedudukan asal. Proses tarik dan lepas merangsang salur darah untuk aktif dan berfungsi seperti selepas menerima urutan yang tepat.

2. Proses sedutan bendalir - bendalir tubuh berada di bawah lapisan kulit. Sewaktu proses sedutan, bendalir yang mempunyai sifat sel yang tidak sihat sahaja berjaya melalui tapisan di bawah kulit. Toksid, sel mati, kolestrol antara yang utama tersedut keluar sewaktu sedutan dilakukan. Bendalir yang sihat dan tidak terpisah melalui proses ini.

3. Proses melubang kulit - alatan alternatif selain pisau iaitu jarum lancet boleh digunakan. Cucukan hanya untuk membuat lubang kecil sebagai jalan keluar bendalir yang disedut. Sewaktu proses, reseptor akan diransang menghantar isyarat ke otak melalui saraf - tenaga elektro. Selepas otak menerima isyarat, hormon akan dirembeskan sebagai agen pembaik semula jadi tubuh.

Sesi Bekam sangat berfungsi dalam meningkatkan tahap kesihatan yang optimum mengikut fungsi semasa organ dan tubuh amnya.

Bekam perlu difahami sebelum kita menjalani sesi yang SUPER PERFECT. Dengan itu individu yang menjalani sesi bekam tidak meletekkan kesembuhan 'magic' waktu dibekam. Ia mungkin perlu menjalani beberapa sesi untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum dengan menjalani sesi secara konsisten.

Jalan yang rosak akan memakan masa untuk pembaik pulih sehinggalah ke jalan utama. Begitu juga dengan salur darah, mungkin sekali sesi mampu untuk bersihkan saluran, dan mungkin beberapa kali bergantung pada sistem-sistem badan individu.

Manusia hanya Allah beri daya ikhtiar, tapi Allah jua yang memberi sembuh.

Mohd Husni Sulaiman
Pengasas dan Pengamal Bekam Moden
Darul Bekam, Penang.

HYGIENE - SELAMAT - BERKESAN

#bekamsunnah #bekamvip #bekamekonomi #bekamhygiene #bekammuslimah #bekammuslim #bekamutara #bekampenang #bekammedic #bekammoden #bekamsteril @ #darulbekam

01 September 2014

Bekam Nombor 1 Utara

Akhirnya diiktiraf sebagai Pusat Bekam No.1 Utara
#####################

#####################
Terima Kasih kepada sahabat yang mendokong, warga Utara, dan tak lupa kepada KELUARGA di PARIT BUNTAR dan CHERAS, SELANGOR yang mendoakan.

Walaupun baru mencecah usia 8 bulan, kepercayaan Umat Manusia terhadap Rawatan Bekam kini melompat ke langit. Semua ingin kembali kepada Sunnah.

Perkongsian daripada beberapa Pelanggan TETAP kami, sejak terbitnya buku 'RASULULLAH IS MY DOCTOR', banyak mengubah cara penjagaan kesihatan yang lebih berpahala dan berkah. Selain penggunaan Minyak Zaitun, Cuka Kurma, Terapi Bekam juga menjadi pilihan.

Perundingan atau CONSULTATION yang dilakukan oleh pusat kami dalam usaha memahamkan berkenaan sesi bekam bukan semata amalan sunnah, bahkan berpotensi memelihara tahap kesihatan. Kita tidak melakukan sebagai mahu sihat dalam jangka masa singkat, tapi untuk jangka masa yang lama, semampu ikhtiar manusia.

Bekam sebagai amalan Sunnah berpahala lagi membantu penjagaan kesihatan. Namun, kita perlu menyedari bahawa Bidang Kesihatan termasuk dalam perkara hal ehwal Mikroorganisma, Virus, Kuman, Bakteria, Kulat dan sebagainya. Dengan ini kami seiring dengan Pusat Kesihatan bersama menekankan aspek bukan sahaja KEBERSIHAN, tetapi juga bersih tahap HYGIENE.

Sterile dan nyahkuman antara yang Pusat Bekam kami titik beratkan untuk berusaha menjaga amalan ini dari difitnah sebagai tidak bersih, seiring dengan peredaran zaman selain caj yang murah dan berpatutan dengan hanya serendah RM60 untuk 15 point dalam tempoh promosi.

Mohd Husni Bin Sulaiman
Doktor / Pengasas Darul Bekam

#bekamsunnah #bekamvip #bekamekonomi #bekamhygiene#bekammuslimah #bekammuslim #bekamutara #bekampenang #bekammedic#bekammoden #bekamsteril @ #darulbekam


link fb page klik https://m.facebook.com/profile.php?id=438411406293942