Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

26 September 2014

Anak Jati Parit Buntar Buka Pusat Bekam

Dilahirkan dan dibesarkan di Parit Buntar, sebuah pekan terakhir Negeri Perak sebelum masuk ke negeri Pulau Pinang. Sebelum berhijrah ke Tanjung Malim, bersekolah di Sekolah Kebangsaan Haji Ramli, Kedai Empat, Titi Serong. Sekembali ke Parit Buntar menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang sehingga ke Tingkatan 6.

Tuan Mohd Husni Sulaiman, Pengasas Darul Bekam, Bekam Moden

Melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dan mengambil jurusan Sains Kemanusiaan. Beliau pernah menggalas tugas sebagai Guru Sandaran, Pembantu Kebajikan (JKM), dan juga Pemandu Pelancong (Arab).

Mula penglibatan dalam Perubatan Traditional pada tahun 2010 dan mendapat Ijazah Perubatan Islam di Darussyifa pengijazahan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Harun Din. Mendalami khusus perubatan Gangguan Makhluk Halus di AKRINE iaitu Akademi Rawatan Islam Nurul Ehsan dengan pengijazahan oleh Tuan Guru Dr. Majid.

Kefahaman pesakit penting sebelum sesi

Mula menggiatkan diri mendalami Ilmu Bekam pada Tahun 2011 dengan mengikuti kursus Rawatan Bekam. Merasakan kaedah bekam masih terlalu muda untuk ditarbiahkan pada seluruh penduduk, mula bergiat secara aktif sambilan mengamalkan rawatan bekam untuk penyakit dan juga gangguan. Pada waktu itu, masih bertugas di salah sebuah kolej universiti swasta, Kolej Universiti Sains dan Kesihatan di Cheras sebagai Pegawai Hal Ehwal Pelajar yang memegang tugas ketua bertugas 'Medic Assist', 'Medical Checkup' dan Pegawai Kebajikan.

Pengalaman bertugas dalam dunia perubatan kontemporari memudahkan beliau menggabungkan ilmu lama dan baru dalam bidang kesihatan. Beliau menamatkan kerja dan seterusnya kembali ke tanah lahir untuk menyumbang bakti pada penduduk Parit Buntar dan sekitar dalam kaedah Bekam Moden. Kaedah lama yang menjadi sebuah perawatan masalah-masalah penyakit dengan gabungan Sains Moden.



Pusat Bekam beliau terletak di Nibong Tebal, Taman Sintar Indah bersebelahan dengan Plaza Tol Jawi (kini telah berpindah di Parit Buntar). Selain mengamalkan kaedah lama, pusat ini sangat menitikberatkan hal kebersihan serta kawalan mutu perkhidmatan. Tidak hairanlah, kebanyakan yang ingin mendapatkan khidmat di sini bukan sahaja terdiri daripada kebanyakan, tapi semua peringkat lapisan masyarakat seperti pensyarah, doktor, dan sebagainya.

Beliau dan juga Isteri sangat meyakini bahawa, perubatan terbaik adalah perubatan naturopati. Dengan wujudnya Pusat Bekam ini, beliau berharap akan dapat menjadi salah satu pilihan untuk masyarakat yang mencari penawar dan ikhtiar kesembuhan. Yang penting ia sebuah kaedah rawatan yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad saw selain minum madu dan sebagainya, tegas pengasas pusat ini lagi.

Antara kebanyakan penyakit yang sering dirujuk di pusat ini adalah seperti tekanan darah, kencing manis, gout, migrain, stress, sakit sendi dan juga masalah gangguan. Itu sahaja sudah cukup menggambarkan perihal penjagaan pemakanan penduduk di sekitar Malaysia kecuali masalah gangguan. Dan yang lebih sedih lagi, kita tidak mengendahkan sebuah hadith nabi yang membawa maksud, punca penyakit adalah dari perut.

Pengamal Pengubatan Bekam Moden

Pusat ini juga dibuka dari Khamis hingga Selasa pada waktu 9 pagi hingga 10 malam dan sebarang rawatan hanyalah melalui temujanji.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang berlaku di pusat rawatan ini adalah ketika membekam seorang pesakit yang mengalami masalah gangguan lebih 30 tahun. Katil yang digunakan bergerak dari tengah bilik hingga sampai ke pintu akibat rontaan dari pesakit. Sewaku proses bekam, si pesakit juga dapat melihat bayangan anjing hitam, dukun yang menjampi pada cawan@cup yang digunakan.

Menjawap pertanyaan berkenaan Moden, pengasas pusat menjelaskan berkenaan tatacara pembersihan alatan adalah mengikut kaedah moden yang diguna pakai oleh hospital, begitu juga dengan kawalan udara bilik khas yang digunakan waktu proses bekam, selain penggunaan mesin uv Sterelizer, bahan buangan sisa atau Clinical Waste juga diurus syarikat khas iaitu Flora Sentosa.

Antara prosedur yang diamalkan di Darul Bekam, penggunaan UV Sterilizer

Beliau merupakan penduduk Taman Kerian dan Ibu Bapa beliau juga tinggal di Taman Kerian dan bapanya seorang tenaga pengajar Khusus Haji anjuran Tabung Haji Parit Buntar. Abang beliau juga bergiat secara aktif dalam perubatan gangguan makhlus halus bersama Pusat Rawatan An-Najah di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Tiada ulasan: