Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 November 2014

Gemar BINA BADAN ?

Bina badan atau otot semakin popular dalam kalangan orang Malaysia. Disamping kelihatan menarik, ia juga memberikan daya BERKEYAKINAN dan KUAT, Selain dapat menghilangkan lemak berlebihan dalam badan.
Gambar sumber Google, bukan gambar den

Riadah yang bagus untuk kekuatan mahupun stamina. Namun sedarkah bahawa pengambilan supplement membantu membesarkan otot, memadatkan otot, membakar lemak, memberi tenaga dan sebagai macam fungsi yang diambil boleh beri kesan negatif pada anda?

Pengambilan supplement adakala diguna sepenuhnya oleh badan dan seringkali tidak. Walaupun hujah ia dibuat menggunakan bahan natural atau semulajadi, namun ia menjalani proses makmal dan mengandungi bahan bukan natural. Bila bahan bukan natural ini masuk dalam sistem badan melalui pencernaan, ada yang diguna dan ada yang badan buang yang kita panggil sebagai buangan sisa badan ataupun TOKSID.

Asas TOKSID daripada makmal seringkali gagal dibuang melalui sistem perkumuhan badan, dan ini menyebabkan ia berkumpul di serata badan sebagai sisa buangan yang tidak terkumuh. Pasti bro-bro pernah melihat tona kulit yang bertompok dan tidak sekata, bukan akibat sunburn ataupun kesan luaran, tapi kesan daripada dalaman yang ditunjukkan ke permukaan kulit.

Kaedah mudah untuk detox atau keluarkan TOKSID adalah dengan bekam. Bekam dapat keluarkan hampir serta merta TOKSID yang mendiami badan tough guy yang penting tanpa kesan sampingan. Sesi yang mudah ini mengambil masa kurang dari 45 minit mengikut daripada jumlah TOKSID, jika banyak yang kita berjaya keluarkan, maka, lama lah sikit, namun tak sampai 45 minit untuk OVERHAUL satu badan.

Untuk DETOX boleh hubungi kami di talian 0122971518

Semua orang yakin dengan BEKAM

Untuk apa berBEKAM :-

Ada orang kata untuk buang TOKSID

Ada juga untuk buang ANGIN (seimbangkan angin sejuk dan panas) dalam badan

Ada lagi orang kata untuk buang DARAH KOTOR (sel yang tidak lagi berfungsi)

Ada pula yang kata untuk RANSANG saraf, MERIDIAN untuk pembaikan sistem dan organ

Dan ada untuk ANTIGEN palsu merangsang ANTIBODI untuk IMUNISASI

Yang penting, semua di atas akan dinikmati oleh sesiapa yang melakukan bekam di TITIK yang TEPAT mahupun TIDAK.

Akhir ini, bekam kini tidak asing lagi. Ia sesuatu yang bukan janggal atau asing akibat informasi yang mudah didapati bukan saja dari mulut ke mulut, tetapi di skrin telapak tangan, telefon pintar. Walaupun pelbagai andaian dan juga mungkin akibat buruk kesan daripada bekam dicanang, tetapi ia tetap menjadi pilihan BAKAL PESAKIT dan juga PESAKIT itu sendiri.

Mana tidaknya, pelbagai TESTIMONI lahir selepas bekam yang membuktikan kesan TANPA DADAH dalam membantu manusia meningkatkan tahap kesihatan. Antara gejala yang sering ditumpaskan oleh bekam terdiri dari sakit kecil hingga tahap tiada harapan di peringkat perubatan moden dapat diselesaikan.

Bukan semua sakit boleh diselesaikan, tapi banyak juga gejala yang mampu dirawat. Admin sengaja tidak menamakan penyakit untuk mengelakkan daripada AKTA UBAT 1956 atau LIU (Lembaga Iklan Ubat) yang jika sabit boleh didenda oleh Kementerian berkaitan.

Kenapa memilih BEKAM sebagai rawatan.

Bekam tidak memasukkan sesuatu dalam badan. Jadi ia tiada kesan sampingan kepada pemilik.

Bekam hanya sebagai terapi luar badan dan kulit sahaja.

Bekam yang betul tidak melepasi lapisan kulit yang ketiga yang dipanggil HYPERDERMIS, sepatutnya tidak sakit.

Bekam mengeluarkan darah yang tidak bermanfaat sahaja, tiada ketakutan kehilangan darah yang banyak.

Bekam seperti urutan, bermain dengan kulit sahaja.

Bekam tidak memakan masa, hanya beberapa minit sahaja (atas 15 bawah 45 minit)

Bekam tidak menyakitkan, melesukan, melemahkan seperti lain.

Untuk Terapi yang diyakini hubungi 0122971518 untuk menghilangkan Sakit yang belum muncul.

Istighfar

"Sungguh hatiku pernah lalai, dan kerananya aku beristighfar sebanyak 100 kali." (HR.Muslim no.2702)


24 November 2014

Lawak hari ini.

Hari ni kami berdua pergi sebuah masjid yang terletak di Pusat Bandar, Parit Buntar, Perak. Ada ceramah dari Ustaz Dusuki. Masjid Ar-Ridwan. Terletak di belakang Petronas dan Caltex Parit Buntar. Kami sampai agak lewat, sesampai masjid ceramah sudah berlangsung. Kami pakir kereta di Petronas kerana mengandaikan sukar untuk mendapatkan tempat pakir di sekitar berhampiran masjid yang kosong. Ya lah, pasti orang ramai. Sesampai saja di masjid, kami berpisah dan menuju ke haluan gender masing-masing.

Dewan solat utama dipenuhi jemaah dan saya mengambil tempat duduk berhadapan dengan sliding door ke dewan utama solat. Agak ramai jemaah yang berada di luar dewan utama. Ada yang duduk bersendirian, ada yang bersama dengan anak-anak pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Sedang asyik mendengar ceramah yang disampaikan, mata ni asyik perati gelagat kanak-kanak. Ada yang berlari-lari, ada yang duduk diam, ada yang baring atas riba.

Saya tertarik dengan seorang anak kecil yang pada saya, umurnya setahun lebih. Berlari dan berjalan saja kerjanya. Seronok pula tengok insan tanpa dosa dan masalah yang mendiami dunia baru ni. Bersama dengan anak kecil ni kemungkinan adalah ayahnya dan kakaknya yang asyik baring di ribaan ayahnya sambil sesekali batuk. Mungkin kurang sihat pada pemerhatian saya. Saya yang duduk lebih kurang 3 saf berhadapan dengan sliding door dewan utama perhati ja anak kecil yang comel ni.

Mula-mula ayahnya berinya beberapa keping wang syiling untuk dimasukkan ke dalam tabung yang diletak berhampiran pintu dewan utama sliding door tu. Saya tengok dia masukkan dan terdetik dalam hati saya, baguslah didik anak supaya menderma dari kecil, supaya besar nanti sudah biasa memberi. Selepas itu anak kecil itu berlari-lari di kawasan sekitar. Ya lah, anak-anak, sejuk memandang. Ibu kepada anak kecil ini duduk disebelah dinding bahagian tepi dewan utama bersama dengan jemaah wanita. Anak kecil itu saya lihat pergi ke sana. Yang si ayah besama dengan kakak yang baring di riba.

Tiba-tiba saya nampak anak kecil ini memegang sekeping note RM50 ditangan dan berlari menuju ke arah tabung. Saya lihat ayahnya cuba menangkap anak kecil ini tetapi tidak sampai. Lalu membiarkan saja teletah anak kecil itu menuju ke arah tabung. Sejurus anak kecil itu berusaha menyumbat note RM50 ke dalam tabung. Pada pikiran saya samaada anak kecil ini menyelongkar dompet ibunya ataupun ibunya yang meminta untuk dimasukkan ke tabung.

Kemudian anak ini berlari-lari lagi dengan gembiranya. Sampailah saya terperasan dia memegang beberapa keping IC. Di hadapan ayahnya ada seorang lagi jemaah yang sedang mendengar ceramah. Anaknya seakan mahu pergi ke arah tabung untuk mendermakan ic ke dalam tabung. Pada waktu ini saya lihat ayahnya terus bangun dan anak itu berpatah balik dari arah tabung mungkin untuk elak ditangkap ayahnya. Beberapa kali anak kecil itu mengacah ayahnya dan saya pula dah tak ter'cover' senyum.

Hihi, kesimpulannya. Setiap anak membawa rezeki. Didikan yang sedari kecil akan menjadikan mereka saham akhirat mahupun alam barzakh kita.

Sekian, itu ja nak cerita. Sebab keletah anak kecil tadi tu memang menggeletak saya.

21 November 2014

"TAK NAK BEKAM !" Sebab ?

Assalamualaikom wbkt. Segala puji bagi ALLAH, segala pujian hanya layak pada Allah swt, tuhan semesta alam.

Ramai manusia, umat Islam khasnya takut menjalani sesi bekam kerana beberapa sebab :-

1. Mengaitkan dengan berdarah dan kesakitan.
Rata-rata yang belum pernah menjalani bekam mengatakan TAKUT sakit waktu berbekam kerana berkaitan dengan keluar darah. Membayangkan perasaan ketika terluka akibat terkena pisau, luka terjatuh ataupun luka akibat kemalangan. Darah dan kesakitan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

2. Kebersihan tempat, alatan, persekitaran, udara DIRAGUI.
Masyarakat mungkin pernah melihat proses bekam cara lama yang menggunakan tanduk, buluh, gelas dan seumpamanya, juga proses sedutan menggunakan MULUT untuk proses vakum. Pendedahan terhadap pencemaran, hidupan mikro, virus, kuman, bakteria mahupun jangkitan penyakit melalui pendidikan mendidik supaya masyarakat lebih berhati-hati dan berwaspada.

3. Wanita sudah keluarkan darah kotor melalui DARAH HAID.
Bekam mengeluarkan darah kotor, perempuan mengeluarkan darah kotor setiap bulan. Jadi perempuan tidak lagi perlu untuk mengeluarkan darah kotor. Bekam hanya untuk kaum lelaki yang perlu mengeluarkan darah kotor secara fizikal.

4. Kos yang TINGGI.
Pernah mengalami kos yang tinggi menjalani bekam ATAU pernah mendengar caj yang tinggi yang dikenakan untuk menjalankan bekam. Dibandingkan dengan kos ubatan di hospital dan klinik yang jauh lebih murah. Ia adalah suatu pilihan yang menjimatkan wang untuk mendapatkan ubatan.

5. Cara lama tidak berKESAN berbanding moden.
Gaya hidup alaf moden diyakini seiring dengan pengubatan cara moden yang lebih diyakini dan selamat. Pendedahan cara moden lebih meluas berbanding Bekam yang hanya disampaikan dari mulut.

6. Kesan LAMBAT berbanding ubatan.
Pengambilan ubatan boleh menghilangkan rasa sakit dalam tempoh yang sangat singkat.

7. Takut KETAGIH
Pernah mendengar cerita bahawa jika melakukan bekam akan terusan berkeinginan untuk melakukan lagi.

8. SIHAT tidak perlu Bekam.
Bekam untuk rawatan alternatif bagi yang mencari jalan keluar daripada penyelesaian terakhir di hospital. Cukup dengan mengambil vitamin tertentu untuk mengekalkan kesihatan.

ADA LAGI ? Mohon comment

18 November 2014

Bekam vs Bekam Sunnah = ILMU ALLAH itu LUAS

ALHAMDULILLAH - Segala Pujian Hanya Layak Bagi ALLAH

Selesai menjalani Kursus Bekam 'BEKAM MEDIC' bersama Dr. Wada'

Betullah ILMU Allah itu luas, lagi banyak yang kita tahu, lagi baaaaaanyak yang kita belum tahu.

Bukan diri yang memilih, tapi Allah yang memilih.

15 November 2014

Kenapa PERLU kategori Kena Buat SEKARANG

1. Alasan manusia tak lari dari melakukan KESILAPAN

Termasuk kesilapan mengambil jenis makanan yang mempunyai kesan berisiko kepada tubuh. Tepung gandum yang di putihkan, perasa makanan, bahan kimia, itu yang kita ambil seharian.

Tunggu lagi? Cari ahli Bekam sekarang!

Untuk kawasan Utara yang berdekatan dengan kami, boleh hubungi kami.

11 November 2014

TAK SAKIT, BEKAM terus SAKIT

Ada yang tanya saya, kalau tak sakit bolehkah melakukan bekam?

Kita tanya balik,

"Betul ke ayat 'manusia tak lari dari melakukan kesilapan'?"

"Adakah apa yang kita makan dipilih oleh kegunaan sistem badan ATAU keinginan yang pilih?"

"Betul tak 'kita makan apa yang kita suka bukan apa yang badan perlu'?"

"Mencegah lebih baik dari mengubat"

Soalan dan statement di atas menjawab pertanyaan 'Perlukah bekam walaupun tidak sakit?'

Sakit dibahagi kepada beberapa definisi. Kat sini saya nak sentuh 2 jenis sahaja. Yang 1, sakit instant atau segera. Contoh sakit sebab eksiden, jatuh, terluka dan seumpamanya. Yang no.2, sakit fasa. Kemunculan sakit akibat daripada cara hidup, persekitaran, pemakanan, pemikiran yang datang bukan secara tiba-tiba, tapi secara berperingkat. Kita bahagikan pula kepada fasa 1 hingga fasa 5. Fasa 5 peringkat paling kritikal. Fasa awal masih tidak memberi pengaruh rasa yang jelas kepada empunya badan, mungkin hanya gejala kecil yang datang dan pergi. Nanti sambung...solat zohor dulu

04 November 2014

Kenapa Rawatan Tak Berkesan

1. Luka lama dah tertutup - darah tak boleh nak hantar Remedi ubatan

2. Point tidak tepat untuk rawatan lain

3. Rawatan atau Isyarat belum memadai dengan tahap penyakit

PENYELESAIAN

1. Regangan tulang / sendi untuk buka laluan Remedi ubatan

2. Diagnos keseluruhan dapat menunjukkan masalah yang lebih tepat, bukan gejala yang dialami

3. Konsisten dengan rawatan yang dijalankan, dan pemakanan yang membantu proses rawatan