Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

24 November 2014

Lawak hari ini.

Hari ni kami berdua pergi sebuah masjid yang terletak di Pusat Bandar, Parit Buntar, Perak. Ada ceramah dari Ustaz Dusuki. Masjid Ar-Ridwan. Terletak di belakang Petronas dan Caltex Parit Buntar. Kami sampai agak lewat, sesampai masjid ceramah sudah berlangsung. Kami pakir kereta di Petronas kerana mengandaikan sukar untuk mendapatkan tempat pakir di sekitar berhampiran masjid yang kosong. Ya lah, pasti orang ramai. Sesampai saja di masjid, kami berpisah dan menuju ke haluan gender masing-masing.

Dewan solat utama dipenuhi jemaah dan saya mengambil tempat duduk berhadapan dengan sliding door ke dewan utama solat. Agak ramai jemaah yang berada di luar dewan utama. Ada yang duduk bersendirian, ada yang bersama dengan anak-anak pelbagai peringkat umur kanak-kanak. Sedang asyik mendengar ceramah yang disampaikan, mata ni asyik perati gelagat kanak-kanak. Ada yang berlari-lari, ada yang duduk diam, ada yang baring atas riba.

Saya tertarik dengan seorang anak kecil yang pada saya, umurnya setahun lebih. Berlari dan berjalan saja kerjanya. Seronok pula tengok insan tanpa dosa dan masalah yang mendiami dunia baru ni. Bersama dengan anak kecil ni kemungkinan adalah ayahnya dan kakaknya yang asyik baring di ribaan ayahnya sambil sesekali batuk. Mungkin kurang sihat pada pemerhatian saya. Saya yang duduk lebih kurang 3 saf berhadapan dengan sliding door dewan utama perhati ja anak kecil yang comel ni.

Mula-mula ayahnya berinya beberapa keping wang syiling untuk dimasukkan ke dalam tabung yang diletak berhampiran pintu dewan utama sliding door tu. Saya tengok dia masukkan dan terdetik dalam hati saya, baguslah didik anak supaya menderma dari kecil, supaya besar nanti sudah biasa memberi. Selepas itu anak kecil itu berlari-lari di kawasan sekitar. Ya lah, anak-anak, sejuk memandang. Ibu kepada anak kecil ini duduk disebelah dinding bahagian tepi dewan utama bersama dengan jemaah wanita. Anak kecil itu saya lihat pergi ke sana. Yang si ayah besama dengan kakak yang baring di riba.

Tiba-tiba saya nampak anak kecil ini memegang sekeping note RM50 ditangan dan berlari menuju ke arah tabung. Saya lihat ayahnya cuba menangkap anak kecil ini tetapi tidak sampai. Lalu membiarkan saja teletah anak kecil itu menuju ke arah tabung. Sejurus anak kecil itu berusaha menyumbat note RM50 ke dalam tabung. Pada pikiran saya samaada anak kecil ini menyelongkar dompet ibunya ataupun ibunya yang meminta untuk dimasukkan ke tabung.

Kemudian anak ini berlari-lari lagi dengan gembiranya. Sampailah saya terperasan dia memegang beberapa keping IC. Di hadapan ayahnya ada seorang lagi jemaah yang sedang mendengar ceramah. Anaknya seakan mahu pergi ke arah tabung untuk mendermakan ic ke dalam tabung. Pada waktu ini saya lihat ayahnya terus bangun dan anak itu berpatah balik dari arah tabung mungkin untuk elak ditangkap ayahnya. Beberapa kali anak kecil itu mengacah ayahnya dan saya pula dah tak ter'cover' senyum.

Hihi, kesimpulannya. Setiap anak membawa rezeki. Didikan yang sedari kecil akan menjadikan mereka saham akhirat mahupun alam barzakh kita.

Sekian, itu ja nak cerita. Sebab keletah anak kecil tadi tu memang menggeletak saya.

Tiada ulasan: