Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 November 2014

Semua orang yakin dengan BEKAM

Untuk apa berBEKAM :-

Ada orang kata untuk buang TOKSID

Ada juga untuk buang ANGIN (seimbangkan angin sejuk dan panas) dalam badan

Ada lagi orang kata untuk buang DARAH KOTOR (sel yang tidak lagi berfungsi)

Ada pula yang kata untuk RANSANG saraf, MERIDIAN untuk pembaikan sistem dan organ

Dan ada untuk ANTIGEN palsu merangsang ANTIBODI untuk IMUNISASI

Yang penting, semua di atas akan dinikmati oleh sesiapa yang melakukan bekam di TITIK yang TEPAT mahupun TIDAK.

Akhir ini, bekam kini tidak asing lagi. Ia sesuatu yang bukan janggal atau asing akibat informasi yang mudah didapati bukan saja dari mulut ke mulut, tetapi di skrin telapak tangan, telefon pintar. Walaupun pelbagai andaian dan juga mungkin akibat buruk kesan daripada bekam dicanang, tetapi ia tetap menjadi pilihan BAKAL PESAKIT dan juga PESAKIT itu sendiri.

Mana tidaknya, pelbagai TESTIMONI lahir selepas bekam yang membuktikan kesan TANPA DADAH dalam membantu manusia meningkatkan tahap kesihatan. Antara gejala yang sering ditumpaskan oleh bekam terdiri dari sakit kecil hingga tahap tiada harapan di peringkat perubatan moden dapat diselesaikan.

Bukan semua sakit boleh diselesaikan, tapi banyak juga gejala yang mampu dirawat. Admin sengaja tidak menamakan penyakit untuk mengelakkan daripada AKTA UBAT 1956 atau LIU (Lembaga Iklan Ubat) yang jika sabit boleh didenda oleh Kementerian berkaitan.

Kenapa memilih BEKAM sebagai rawatan.

Bekam tidak memasukkan sesuatu dalam badan. Jadi ia tiada kesan sampingan kepada pemilik.

Bekam hanya sebagai terapi luar badan dan kulit sahaja.

Bekam yang betul tidak melepasi lapisan kulit yang ketiga yang dipanggil HYPERDERMIS, sepatutnya tidak sakit.

Bekam mengeluarkan darah yang tidak bermanfaat sahaja, tiada ketakutan kehilangan darah yang banyak.

Bekam seperti urutan, bermain dengan kulit sahaja.

Bekam tidak memakan masa, hanya beberapa minit sahaja (atas 15 bawah 45 minit)

Bekam tidak menyakitkan, melesukan, melemahkan seperti lain.

Untuk Terapi yang diyakini hubungi 0122971518 untuk menghilangkan Sakit yang belum muncul.

Tiada ulasan: