Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

21 November 2014

"TAK NAK BEKAM !" Sebab ?

Assalamualaikom wbkt. Segala puji bagi ALLAH, segala pujian hanya layak pada Allah swt, tuhan semesta alam.

Ramai manusia, umat Islam khasnya takut menjalani sesi bekam kerana beberapa sebab :-

1. Mengaitkan dengan berdarah dan kesakitan.
Rata-rata yang belum pernah menjalani bekam mengatakan TAKUT sakit waktu berbekam kerana berkaitan dengan keluar darah. Membayangkan perasaan ketika terluka akibat terkena pisau, luka terjatuh ataupun luka akibat kemalangan. Darah dan kesakitan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.

2. Kebersihan tempat, alatan, persekitaran, udara DIRAGUI.
Masyarakat mungkin pernah melihat proses bekam cara lama yang menggunakan tanduk, buluh, gelas dan seumpamanya, juga proses sedutan menggunakan MULUT untuk proses vakum. Pendedahan terhadap pencemaran, hidupan mikro, virus, kuman, bakteria mahupun jangkitan penyakit melalui pendidikan mendidik supaya masyarakat lebih berhati-hati dan berwaspada.

3. Wanita sudah keluarkan darah kotor melalui DARAH HAID.
Bekam mengeluarkan darah kotor, perempuan mengeluarkan darah kotor setiap bulan. Jadi perempuan tidak lagi perlu untuk mengeluarkan darah kotor. Bekam hanya untuk kaum lelaki yang perlu mengeluarkan darah kotor secara fizikal.

4. Kos yang TINGGI.
Pernah mengalami kos yang tinggi menjalani bekam ATAU pernah mendengar caj yang tinggi yang dikenakan untuk menjalankan bekam. Dibandingkan dengan kos ubatan di hospital dan klinik yang jauh lebih murah. Ia adalah suatu pilihan yang menjimatkan wang untuk mendapatkan ubatan.

5. Cara lama tidak berKESAN berbanding moden.
Gaya hidup alaf moden diyakini seiring dengan pengubatan cara moden yang lebih diyakini dan selamat. Pendedahan cara moden lebih meluas berbanding Bekam yang hanya disampaikan dari mulut.

6. Kesan LAMBAT berbanding ubatan.
Pengambilan ubatan boleh menghilangkan rasa sakit dalam tempoh yang sangat singkat.

7. Takut KETAGIH
Pernah mendengar cerita bahawa jika melakukan bekam akan terusan berkeinginan untuk melakukan lagi.

8. SIHAT tidak perlu Bekam.
Bekam untuk rawatan alternatif bagi yang mencari jalan keluar daripada penyelesaian terakhir di hospital. Cukup dengan mengambil vitamin tertentu untuk mengekalkan kesihatan.

ADA LAGI ? Mohon comment

Tiada ulasan: