Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

29 Disember 2014

Selepas berbekam Penyakit datang

Assalamualaikom wbkt

Reaksi biasa untuk tubuh yang kelihatan sihat, tetapi sebaliknya. Dalam post yang lepas-lepas ada admin ceritakan tentang peringkat sakit yang dibahagikan mengikut tahap dari 1 hingga 5.

Tahap awal biasanya tidak menunjukkan paras yang bahaya untuk tubuh. Kerana tubuh secara semulajadi merembeskan antibodi sebagai agen baikpulih ketidakseimbangan dalam tubuh. Juga bergantung kepada nutrien dalam tubuh yang kita dapat dalam pemakanan. Proses baik pulih bergantung kepada sistem tubuh masing-masing, adakala memakan masa yang lama dan sebaliknya.

Menjawab persoalan selepas bekam, penyakit datang. Situasi seperti ini dipanggil healing crisis peringkat awalan. Sebenarnya tubuh telah terkandung penyakit atau ketidakseimbangan pada sistem atau bahagian tertentu. Cumanya, penyakit itu pada tahap yang sukar dikesan secara tepat dan jenis penyakitnya pun belum boleh diklasifikasi sebagai sakit tertentu.

"Di dalam bekam terdapat kesembuhan." Bukhari 5691, Muslim 1202 - Sahih

Ini menunjukkan amalan bekam dapat mengesan dan merawat penyakit walaupun penyakit belum kelihatan. Kita maklum bahawa perkara penting dalam tubuh adalah kesihatan organ, kerana organ-organ membawa fungsi tertentu dalam tubuh. Kesakitan yang kita tafsirkan merupakan keluhan organ yang tidak dapat berfungsi secara optimum. Isyarat dikeluarkan seperti demam, sakit kepala, batuk, dan macam bentuk lagi.

Jadi kesakitan yang tiba selepas bekam tidak perlu dikhuatiri melainkan disyukuri kerana, bakal penyakit itu berjaya dikesan sebelum parah dah proses badan sendiri akan memainkan peranannya. Pemakanan yang seimbang dan cara fikir yang positif sambil bergantung sepenuh harap kepada pencipta sangat menyumbang kepada ketenangan jiwa. Kerana yang memberi izin sesuatu berlaku, tidak lain hanyalah Allah. Kita hanya berikhtiar mengikut kemampuan kita yang terbatas.

Healing crisis itu akan hilang dalam masa beberapa hari dan kebiasaannya tubuh akan lebih kuat imunisasinya hasil rembesan antibodi sewaktu healing crisis itu. Untuk itu, disyorkan membuat catatan ringkas sebelum sesi apa yang selalu berlaku pada tubuh, dan juga catatan selepas sesi. Ada juga passien yang demam seminggu selepas bekam, tapi, selepas itu, kebiasaannya beliau kerap jatuh sakit demam dan selesema, namun tiada lagi selepas healing crisis. Wallahualam

27 Disember 2014

Testimoni sahabat

Perkongsian daripada sahabat yang mengamalkan 'sunnah yang barakah' ;-

Dulu sebelum melakukan terapi, badan selalu diserang kekejangan otot. Tetapi sekarang setelah mengamalkan terapi ini secara tetap iaitu sebulan hingga  2 bulan sekali terapi. Masalah kekejangan tiada lagi. Badan juga terasa ringan dan sedap.

Kakaknya juga merasakan perubahan yang besar selepas melakukan satu sesi. Jika sebelum ini habis waktu kerja jam 6 petang badan selalu rasa letih dan tidak bertenaga. Tetapi selepas sesi terapi, tenaga meningkat berganda sehingga jam 12 malam tanpa tidur atau rehat. Kakaknya bekerja sebagai seorang jurutera di ibu kota.

Sahabat Taman Kerian


26 Disember 2014

Terapi Akupuntur Promo Edisi


Akupuntur merupakan sebuah terapi semulajadi yang terbukti membaiki dan memulih sistem-sistem dalam badan. Kami menyediakan terapi akupuntur untuk mencari kesembuhan dan juga sebagai ikhtiar mencegah. Rasai terapi Akupuntur dengan nilai yang tinggi tetapi kos yang rendah selagi tempoh masih ada.

25 Disember 2014

Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Blog ini ditulis bermisikan memberikan maklumat berkaitan bekam dan rawatan alternatif. Tujuan mendapatkan trafik yang tinggi.

http://www.hasrulhassan.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html

Blogger : Mohd Husni Sulaiman
Email : husni.mohd@gmail.com
Url : http://darulbekam.blogspot.com


24 Disember 2014

Pulau Aman

Trip tak sengaja oleh kami ke Pulau Aman.

Nak sampai ke sini memang mudah kalau tahu, tapi kalau tak tahu, mudah juga. Ikut lebuhraya exit Batu Kawan / Tambun. Cari signage board Jeti Pulau Aman / Stadium Batu Kawan. Kita akan melalui depan stadium. Kalau tak lalu depan stadium tu  salah jalan la tu. Jalan depan sikit ada bulatan, pilih terus atau jam 12. Terus sahaja sampai jumpa simpang kiri dan mendaki.

Sampai tempat pakir, cari pakir dan caj pakir RM2 akan dikenakan. Tak payah cari kaunter beli tiket bagai untuk naik bot ke Pulau Aman, pergi terus ke jeti yang terletak di bawah, samada melalui bukit batu atau tangga kayu yang ada gerai-gerai kat situ.


Tunggu ja bot kat jeti ni, bayar bila dah sampai ke Pulau Aman. Harga dia untuk pergi balik RM6 untuk seorang.


Muka yang belakang tu muka takut sebenarnya. Kapasiti bot sehingga 12-15 orang kalau ikut mata kita ni la. Dulu punya cerita air siap boleh terpercik masuk lagi sebab dinding bot yang rendah, mungkin sampan. Sekarang ni dah selamat untuk minda.


Pemandangan Pulau Aman dari perjalanan yang makan masa kurang 5 minit. Kejap saja kalau nak takut pun.


Kami pun first time sebenarnya jejak kaki ke sini, jadi hentam sajalah, turun dari bot, atas jeti ada brother tunggu untuk bayar tambang, keluar dari jeti depan tu ada Sekolah Kebangsaan Pulau Aman. Kami pilih tuk belok kiri, kat situ ada nampak ramai orang dari arah sana.


Jalan beberapa meter, ada simpang ke kiri, di situ letaknya Restoran Terapung Pulau Aman. Kat sini biasa terkenal dengan Mee Udang, dan makanan yang ada udang. Jalan nak masuk ke restoran tu, ada port untuk kita pilih udang, ketam kepah, tiram dsb. Kalau nak spesial, boleh pilih dan bawa ke restoran untuk dimasak. Tak silap kami, masakan yang dibuat hanya masak stim dan rebus sahaja.


Kotiaw goreng Udang, udang memang frsh dari ladang laut. Nasi Goreng Udang pun udang fresh dari laut, cuma, dah siap masak, jadi sampai makanan dah sejuk, memang spoil. Jadi pilih yang lain selain Nasi Goreng Udang.

Tempat ni untuk melenyapkan bunyi kenderaan 4 roda dan keatas, dan menikmati udara laut. Ada juga orang sini yang menyediakan penginapan.


Boleh lah untuk trip memancing ka, trip mencari ilham ka. Ada lagi chalet yang lain, cuma yang ini berada di laluan pejalanan kami.

Tak try mana nak tau, gi la bawak famili berjalan. Harga makanan dia, RM6 biasa, RM10 spesel. Spesel tu mungkin udang besar gamaknya.

Solat Jama' Pada Musim Banjir

Untuk saudara-saudara yang sedang menghadapi musim banjir, akan menghadapi musim banjir, semoga bermanfaat

SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN SOLAT JAMA’ MUSIM BANJIR
Oleh : Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
 tempat_banjir
SOALAN
Asalamualaikum ustaz, sahabat saya mintak tolong tanya pada ustaz.. Kes dia mcm ni, kalau badan perempuan tu kotor kena lumpur banjir lepas tu tempat solat pun kotor kira darurat ke? Boleh buat jamak ke? Kes lagi satu, kalau baju kotor kena lumpur. Bnjir lepas tu ada tempat solat tapi kalau nak ambik wuduk terpaksa ambik depan lelaki macam mana tu? Mintak ustaz tolong jelaskan..syukran jazakallah.

JAWAPAN
Wa’alaikumussalam,
Solat fardhu sentiasa wajib dalam apa jua keadaan selagi beraqal dan waras. Ia juga wajib fardhu 'ain ke atas setiap individu Muslim dan muslimah walau dalam keadaan banjir.
Ulama mengharuskan jama’ solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jama’ bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185) 
Ulama mazhab Syafie mengharuskan jama’ solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan ( biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)

Ulama mazhab Hanbali turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jama’ ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas
عن ابن عباس أن رسول الله جمع بين الظهر والعصر، والمغرب والعشاء بالمدينة في غير خوف ولا مطر. قيل لابن عباس : ما أراد إلى ذلك ؟ قال : أراد أن لا يحرج أمته
Ertinya: Rasululllah telah menjama’kan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab : Baginda mahu agar tidak menyukarkan ummatnya.
Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jama’ solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jama’ TIDAK DIBENARKAN.
KESIMPULAN 
Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ( Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jama’ dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad.

Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjama'kan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhu’ dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan. tetapi jika batal diantara dua solat jama' itu, wudhu tetap WAJIB diambil.
Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu.
Cuma para ulama bersepakat jika solat jama’ tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.
Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir adalah seperti gambar, iaitu turut dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk. namun tiada menyentuh air banjir
 BERCAMPUR LELAKI WANITA
Manakala soalan, berkaitan campur lelaki wanita di tempat wudhu’, wudhu masih mesti diambil. Bagi membolehkan ia diambil oleh wanita saya mencadangkan beberapa perkara iaitu :
1) Cakap elok-elok pada kaum lelaki agar pergi mengosongkan tempat terbabit sebelum berwudhu’.
2) Minta ketua atau pegawai beri kerjasama untuk wanita berwudhu’.
3) Meminta saudara mara ambil kain cadar atau yang sesuai bagi dibuat penghadang semasa ahli keluarga wanita masing-masing ingin mengambil wudhu.

Sekian, semoga dapat beramal dalam apa jua keadaan.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Web : www.zaharuddin.net
8 Dis 2013
Sumber : http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1024-solat-jama-pada-musim-banjir.html

22 Disember 2014

Darah Tinggi boleh selesaikah?

Darah Tinggi terjadi akibat dari penyempitan salur darah. Faktor pemakanan antara yang menjadi penyumbang utama. Senang cerita, TUKAR 100% pemakanan harian, tamatkan istilah makanan kegemaran kalau dah kena Darah Tinggi ni. Kebiasaan semua dah tahu risiko pengidap darah tinggi ni, STROK, jantung, sakit kepala yang kuat dan yang berkaitan.

Rawatan termasuklah pemakanan dan kefahaman tntang kaedah perawatan bekam dan kaedah lain. Kesembuhan tetap dengan izin sebab Allah turunkan penyakit bersama dengan pasangannya. Kena dengan pasangannya, Allah bagi sembuh, Insyaallah.

Kat sini ada pelanggan yang melakukan bekam dan tekanan darah beliau turun dengan sekali rawatan sahaja. Tapi kita tak berjanji pada pelanggan tekanan akan turun dengan sekali rawatan, adakala punca yang tinggal di kawasan yang dalam memerlukan beberapa sesi untuk diselesaikan. Wallahualam, benda dalam badan, mata mana yang nampak, ghaib punya hal, kita sedut saja point penting untuk jantung dan organ.

Hari ni.

Selesai dibekam, asyik membekam saja. Diri sendiri pun kena servis juga. Ibaratnya barang yang selalu guna, kekadang kena sapu minyak nak bagi lancar.

Badan jadi segar, biasanya jika tiada masalah kesihatan lain, bangun pepagi akan rasa jauhhh lebih bertenaga dan cerah mata. Barulah boleh buat aktiviti dengan lebih fokus. Bila sesuatu perkara dibuat dengan fokus dan teliti, hasilnya, semua orang tahu, lebih berkualitilah.

Berkenaan dengan gian dibekam. Admin tak pula rasa sampai macam tu. Mungkin sesetengah orang kot, bila rasa sedap, mestilah suka, bila suka mestilah nak lagi sedap tu. Tapi gian bekam dengan gian lain, bagus lagi gian bekam. Penyakit tak sempat terbentuk lagi, dah kena panggil dengan pembekam. Mai mai mai sini mu. Hehehe

Apapun, terima kasih kerana menyokong Darul Bekam.

21 Disember 2014

Rawatan Resdung

Al kisah seorang pemuda yang menderita resdung. Kami buat Akupuntur di point seluruh muka yang berkenaan dengan titik bermasalah.

Sampai satu point tu, dia cakap terus berair mata dan hidung dia. Tepat sangat la tu kena point dia.

Pa pun kalau nak cuba ikhtiar untuk rawatan resdung, pusat kami ada menyediakan beberapa khidmat untuk mencari kesembuhan.

Bekam resdung

Ghurah Resdung

Akupuntur Resdung

Kesemua ada manfaat yang terbukti, namun rawatan secara menyeluruh dan berkala sememangnya terbukti menyelesaikan masalah, dan menyelesaikan juga punca masalah.


Meh nak jawab soalan yang mungkin ditanya, tak sakit, kalau sakit, tak ada lah orang nak buat. Tapi tipulah kalau tak rasa langsung, ada la rasa, waktu nak tembus kulit, tapi bila dah masuk, tak ada rasa sakit.

19 Disember 2014

Alhamdulillah Kena !

Sakit Gigi + Gusi = erkkkk

Semalam punya cerita, dari pagi dah ada hint, dok rasa nyut-nyut kat gigi belakang rahang atas dan bawah. Buat tak tau ja la sebab tak kritikal. Teruskan aktiviti seperti biasa, ambil temujanji untuk rawatan. Last apointment hari semalam jam 4. Sepasang suami isteri dari Parit Buntar. Habis apointment, bersiap balik ke Parit Buntar.

Lepas maghrib ja, nyut-nyut dia makin mengganas. Nasib ada ubat penitis hurix, guna la untuk beri kesan kebas pada bahagian sakit. Masyaallah, tak berkesan. Habis aktiviti malam, balik ke markas. Dalam fikiran, kena buat bekam ni, titik rahang dan oral. Sampai di markas, terus seting untuk bekam point oral. Masyaallah, masih sakit, macammana la nak lelap camni. Punggah.

Aksi tidur dengan pelbagai aksi, buka mulut bagi angin masuk, cuba tidur tindih pipi bahagian sakit, dan sebaliknya. Last-last tertidur sudah.

Masyaallah, bangun pagi, nyut-nyut ada, sakit dah tiada. Sampailah sekarang, Alhamdulillah sakit dah tiada. Bekam di point tangan sahaja, sebab pernah buat sebelum ni tapi di tangan kiri untuk gigi rahang bahagian kiri.

Betullah, bekam dapat memburu penyakit.

18 Disember 2014

Aduiiii, kesian nak tolong juga.

Ni la salah satu perkara yang kena tangani betul-betul. Kalau tidak akan ada persepsi lain mungkin tengah nak tolong orang.

Beberapa kali dah jadi, malu ada, segan ada, nak cakap lagu mana. Mungkin dia betul-betul perlukan. Yang kita ni pulak dah ada janji. Macammana pulak dah.

Datang tanpa temujanji. Temujanji dengan cust lain dah ada waktu tu. Datang dari jauh, takkan balik tanpa bantu dia capai hajat. Masyaallah, Allah kirim.

Untuk yang lain, kita sangat menggalakkan temujanji dibuat dulu melalui no 0122971518. Takut clashing waktu dengan yang lain. Menunggu lama kira boleh tahan daripada tiada slot boleh diisi.

Temujanji di no 0122971518, sms, call dan whatsapp

Sate Paling Sedap (lidah aku)

Jika nak cari tempat makan yang ada menyediakan sate bolehlah ke sini. Sedap yang dimaksudkan merangkumi sate itu sendiri, kuah kacang yang orang kata rasi dengan sate, sayuran wajib yang dihidang sekali dengan hidangan sate iaitu timun dan bawang, dan sember karbo iaitu nasi himpit yang wangi dan sedap digabungkan ketika menikmati sate.

Dulu ketika tinggal di cheras, harga sate yang dah biasa diterima adalah dari 80sen, RM1, RM1.20 secucuk. Mari ja sini, ada kejutan budaya sikit. 40sen pun ada, paling mahal 60sen. Hmmm, oklah, luar bandar. Tapi macammana dengan rasanya?

Setakat ni, lidah yang dah merasa berpuluh jenis sate di Lembah Klang dan Malaysia, antara yang mendapat tempat di hati selain di Lembah Klang, Sate Mamu. Terletak di Jalan Pantai, Kuala Kurau - Tanjung Piandang, berhadapan sedikit dari Jambatan yang menghubungkan antara Kuala Kurau dan Kuala Gula. Warung kecil yang memberikan rasa besar keenakan sate. Lemak dan kulit yang sedikit, Kuah yang betul ngam dengan sate bukan kuah 'air kacang' tapi kuah kacang yang likat.

Kepada pencari kedamaian, bolehlah berkunjung ke Mamu Sate ni, Dengan harga ketika tulisan ini dipamer hanya 50sen secucuk dengan hanya 2 pilihan iaitu ayam dan daging. Nasi himpit dengan harga RM1, 3 bungkus kecil.

Warung simple, rasa miracle. Boleh la cuba mari sini. Kalau dari Simpang 4 semanggol, lalu melalui Kuala Gula lagi mudah sampailah jumpa Jambatan Kuala Gula-Kuala Kurau, depan sikit dalam 1km, da warung tepi jalan, itu lah dia.

Sori gambar warung takdan tangkap.

15 Disember 2014

Rawat Rabun mudah

Bayt Al-Iman: TERAPI RABUN BERKESANSaya sungguh teruja dengan terapi penglihatan Tuan Jerry dalam buku popularnya Rasulullah Is My Doctor dan saya pernah tuliskan tentangnya dalam beberapa entry berkaitan di bawah label RASULULLAH IS MY DOCTOR yang saya catatkan dalam lingkungan penghujung bulan Jun tahun ini. Sela masa antara penghujung Jun hingga ke bulan Oktober iaitu dalam masa kurang 4 bulan dengan hanya mengamalkan titis madu yang kemudiannya dimurnikan dengan ramuan asal Tuan Jerry iaitu ramuan madu dan minyak habbatussauda', dengan izin Allah menyaksikan penurunan 'power' cermin mata saya. Ianya cukup memeranjatkan adik-adik yang mengimbas mata saya pada mesin di kedai mereka. Sebelum ini ada penyakit 'M' sedikit asbab guna tiub kaca. Sekarang rajin sebab bekas 'eyemore' telah dijumpai sebagai pemudah cara sebelum tidur. Diakui dengan disiplin terapi yang agak rendah, saya hanya menistiskan ramuan madu dan habatussauda' dengan kekerapan sederhana sebelum tidur dan bangun tidur sebelum ditakdirkan bertemu dengan botol penitis seperti 'eyemore' yang lebih memudahkan. Pengalaman kali pertama menitiskan madu, ianya memang memeritkan. Manakala pengalaman menitiskan ramuan madu dan habbatussauda' pula, ianya lebih menyegarkan kerana saya telah melalui episod pertama menitiskan madu sebelum ini. Hanya 10 saat rasa pedih dan lama-kelamaan, Alhamdulillah saya lebih 'relax' menggerakkan otot mata ke kiri ke kanan supaya ramuan tersebut rata keseluruh mata. Saya hanya melakukan 2 kali senaman regangan otot mata seperti yang diajarkan Tuan Jerry dan memakai cermin mata ajaib 'ibnu sina' yang berlubang-lubang kecil hanya beberapa kali kerana setiap kali memakainya, saya perlu 'berunding' dengan anakanda Shaikh Muhammad ;D. Dipendekkan cerita, saya kerap pening kepala terutama dikawasan mata hidung ditambah dengan bingkai yang bagai minta diganti membawa saya ke kedai cermin mata. Alhamdulillah disitulah saya kesan yang 'power' cermin mata saya sudah menurun. Adik-adik disitu memang terkejut kerana 'power' dan 'silau' masing-masing ada penurunan. 'Opto' fahamlah permainan nombor di atas :D. 'Power' mata sebelah kanan saya asalnya adalahh 450 dan ianya menurun menjadi 400 berdasarkan catatan mesin. Silau sebelah kanan pula dari 50 menjadi 25. 'Power' mata sebelah kiri pula dari 375 menjadi 350. Silau pula tidak berubah. Mengambil semangat dari penulisan Tuan Jerry dalam buku Rasulullah Is My Doctor, Tuan Jerry juga mengambil masa selama 3 tahun untuk pulih sepenuhnya masalah 'rabun'. Tuan Jerry menyarankan untuk mengurangkan sebanyak 20% daripada 'power' asal. Saya telah cuba mengurangkan sebanyak 20% daripada power terbaru, ianya agak mengganggu seperti yang diuar-uarkan oleh mak-mak dalam jelitawan organik. Akhirnya dengan bantuan tuan kedai dan pastinya dengan izin Allah, saya mengambil keputusan untuk mengurangkan 'power' sebanyak 75 untuk kedua belah kanta. Ingatkan cermin mata sebelum ini yang terahir, rupanya perlu naik taraf kanta. Jadi, 'power' kanta kanan terbaru ialah 375 dengan silau 25. Manakala sebelah kiri 275 dengan silau 50. Kali pertama menggunakan cermin mata yang 'power' direndahkan, memang tidak memberi keselesaan untuk seharian. Saya merasakan otot mata bersenam untuk capai keselesaan. Alhamdulillah, pagi tadi memandu, mata semakin selesa. Mudah-mudahan Allah izinkan rabun saya pulih sepenuhnya suatu masa yang paling baik disisiNya inshaAllah! ;)

Sumber Blog UM Link di atas

Temujanji dulu deh

Bertenang dulu Boss!

Jangan datang dulu untuk sebarang RAWATAN. Minta buat temujanji. Dah beberapa Boss yang dah kena, datang waktu ada temujanji lain. Tak dapat buat sebab bertindih dengan yang dah buat temujanji.

Boleh wat temujanji di 0122971518

12 Disember 2014

Parit Buntar @ Parit Tok Buntar

Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.
Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972 satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai disepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama,barang keperluan pertukangan,alatan dapur dan juga barangan lain. Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala Panggung wayang Kapitol di Jalan Ria. Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah)Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan.Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian,Jalan Taiping.(Koordinat 5.128458,100.489652).Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti keretapi Tanah Melayu (KTM)(Koordinat 5.128832,100.486718)manakala sekarang telah diujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama diutara Semenanjung dan Bandar Utama Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan. Kegiatan sosio ekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi,sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.
sumber sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Parit_Buntar 

Bagaimana Pasar Kemboja

Bagaimana ke Pasar Kemboja

Asal Parit Buntar ja sinonim dengan Pasar Kemboja. Asal Pasar Kemboja ja sinonim dengan Parit Buntaq. Pasar Kemboja bermula dengan jualan borong antara pemborong dan peruncit. Namun pada waktu tulisan ini ditulis, ia telah menjadi sebagai bazar, ekspo, dan sehinggakan namanya digunakan di lain-lain tempat. Namun yang di Parit Buntaq juga yang famous.

Ada beberapa laluan untuk ke PasarKemboja Parit Buntaq ni. Jika dari selatan, Boleh keluar melalui Tol Kamunting, Tol Bandar Bahru dan jika dari arah utara, boleh keluar tol Jawi. Lokasi Pasar Kemboja, terletak betul-betul di sempadan Perak dan Penang, Permatang Tok Mahat. Senang kalau search pakai GPS, carian Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat.

Bagi yang tak menggunakan GPS dari selatan, cekpoint, BAGAN SERAI (jika keluar Kamunting), melalui simpang Trafik Light Parit Buntar, terus dan menuju ke Nibong Tebal. Cari papan tanda Permatang Tok Mahat. Sebelum itu akan melalui Kg. Kedah.

Bagi yang keluar dari Bandar Bahru, Menuju ke arah Parit Buntar, Melalui jambatan sempadan Kedah-Perak, Trafik Light pertama ambil kanan.Trafik Light kedua (Shell disebelah kiri, Masjid di sebelah kanan) ambil kanan. Trafik Light ketiga, (Tokong Cina di belah kiri anda) belok kiri dan terus ja. Akan melalui flyover, dan akan jumpa Trafik Light lagi, kiri menuju ke Mydin terus adalah Permatang Tok Mahat iaitu tapak Pasar Kemboja.

Bagi yang keluar Tol Jawi pulak, belok kiri, terus Trafik Light 1, 2(USM Trans), 3(Simpang 9), dan Trafik Light ke 4, simpang ke Permatang Tok Mahat. Apalagi cari Parking, setakat ni tak pernah dengaq lagi depa wat drive thru.

Depa kata la, murah, aku yang dok sini pon tak pernah pegi lagi. Kalau time RAYA, fullhouse, time biasa, biasa-biasa ja.

Sumber pakcik Google

09 Disember 2014

3 Gambar Pusat

Inilah gambar pusat kami di sini. Masih belum lengkap sepenuhnya, tapi sudah cukup sifat untuk menjalankan perawatan alternatif untuk yang mencari kesembuhan secara semulajadi.

Ruang menunggu yang tersedia untuk pengiring atau tetamu yang singgah ke pusat rawatan kami. Sudut ilmu juga disediakan kepada tetamu yang dalam mood menunggu giliran semoga bermanfaat dalam penantian.

Terdapat 2 bilik yang disediakan kepada Seekers, bilik untuk Lelaki dan Perempuan yang pasti lebih Privasi dan tertutup kepada pencemaran dan pendedahan luar. 

05 Disember 2014

Kelemumur Rawatan Terbaik

Snowing Freedom
Alkisah seorang lelaki datang ke tempat ku, menceritakan kepadaku yang dia tidak lagi mempunyai masalah kelemumur.
Dia menghadapi masalah 'kepala salji' ni bukan 1 tahun, bukan 5 tahun, 10 tahun pun bukan, tapi 30 tahun iaitu sejak berusia 10 tahun lagi. Cuba kira berapa umur lelaki ni.
Segala macam ubat, segala macam krim, dan segala macam syampoo anti kepala salji diguna cuba pakai untuk selesaikan masalah dia. Gatal kepala satu hal, yang lagi banyak hal adalah bila garu kepala, salji dok turun, itu hal yang besar dan mengganggu.
Guna syampoo yang berjenama dan tidak sudah berpuluh botol, musim salji tak tukar-tukar lagi. Hadoiii. Sampai lah pada satu masa.
Dia cuba satu kaedah kuno tradisional ni. Result dia, memang menakjubkan, dalam masa 2 hari, 30 tahun mengalami musim salji, setiap hari menggaru mengopek kulit kepala yang gatal. Musim salji dah berakhir.
Gembira dia sampai tahap waktu sesi kalau tanya sakit tak, dia cakap lagi sakit lagi best. Ada juga orang camni. Tapi orang kaya memang pelik banyak kan. Esoknya dia ada konvoi motor berkuasa tinggi ke PantaiTimur, geng usahawan semuanya.
Masyaallah, Allah yang sembuhkan dengan ikhtiar manusia.
Kalau nak cuba boleh klik link ni https://m.facebook.com/profile.php?id=438411406293942
Atau boleh hubungi secara whatsapp no ni 0122971518
Orang kata duit tak boleh beli sihat, tapi dengan duit kita boleh cuba ikhtiar untuk dapat sihat.

04 Disember 2014

Ditampar Jin Hidup-Hidup

Kisah ni berlaku pada tahun 2013. Waktu tu aku sedang bersukan (memancing) sebagai atlet pemburu siakap di kolam air masin Sungai Long, Kajang. Sedang sibuk membangau, sahabatku dari Putrajaya menghubungi aku dan beliau meminta pertolongan dari pihak sahabatnya yang tinggal di sana. Kerasukan! Dia dan sahabatnya akan menjemput aku yang pada masa itu tinggal di Hulu Langat. Pakar tidaklah, cuma ada pengalaman menguruskan kes seumpama itu.

Dipendekkan cerita perjalanan, sampailah ke tempat tujuan. Diceritakan dari keluarga mangsa, mangsa (adik perempuan) sejak tiba di sini (Putrajaya) kerasukan. Sering berlaku juga di tempat asal mereka di Pahang. Pernah dirawat oleh pelbagai manusia.

Sampai saja di kediaman yang menempatkan mangsa, di rumah abang mangsa yang bekerja di Putrajaya, duduk-duduk kejap tanya apa yang patut, aku memohon memulakan sesi. Pada waktu itu, mangsa berada dalam bilik di atas katil, tidur mungkin. Dikhabarkan, mangsa yang berumur 15 tahun itu akan mengamuk bila proses berlaku. Bapa kepada mangsa mendahului memanggil mangsa dan beliau sering dilihat terkumat-kamit membaca sesuatu di genggaman tangan dan dilontar ke arah mangsa. Dalam hati, dok terdetik sapa yang nak mengubat ni.

Memang mangsa mengamuk di atas katil sambil menendang-nendang mencari mangsa tendangan sebelum diusung-heret dibawa ke ruang tamu yang lebih terbuka dan luas. Lebih kurang 4 orang lelaki akhirnya berjaya membawa mangsa ke ruang tamu dari bilik dalam keadaan meronta.

Aku memulakan dengan amalan asas pendinding diri dengan izin Allah. Dah cuba untuk berbicara dengan 'mangsa'. Ada urusan apa? Buat apa? Dari mana? Ayat standart nak mula sesi, sebab aku tak mau hentam dulu, sebab melihat tahap agresif mangsa. Dari keadaan baring, aku arahkan waris mendudukkan mangsa, dan aku cuba slow talk lagi. Tapi....tengah bercakap, panggg aku kena penampang. Fuhhhhh, sabar ja lah.

Dah jadi gitu, aku minta waris yang ada untuk memegang mangsa untuk elak di'pang' lagi. Nyut-nyut rasa kepala aku. Macam-macam ayat dah keluar, teknik pun macam-macam dah guna. 3 jam dah berlalu, tanda untuk keluar masih belum wujud, seringkali berlakon macam dah keluar. Pui, aku dah kena sekali, lain kali mestilah aku sangsi. Last-last, teringat satu teknik.

Aku minta semua waris mengelilingi dia, dalam keadaan mata tertutup, aku tanya 5-6 waris yang mengelilingi mangsa samada nampak sesuatu tak dalam keadaan mata tertutup tu. Tiba-tiba,.

Ibu mangsa dalam keadaan mata tertutup membuka bunga silat. Aku tengok ja la, hmmm ada jugak ni. Bapa mangsa memberitahu yang isterinya memang ada. Ok lah tengoklah dulu apa benda ni boleh buat. Tangan makcik ni melalui atas batang tubuh mangsa kelihatan sedang menolak nolak angin mungkin sedang menolak jin pengganggu barangkali, Beberapa lama aksi tu aku lihat, dan aku hentikan aktiviti makcik tu. Panggil nama makcik tu dan makcik tu sedar.

Kali berikutnya, aku minta lelaki sahaja yang mengelilingi mangsa, tutup mata dan cuba lihat ke arah mangsa. Tiba-tiba, abang mangsa yang berumur 18 tahun mengatakan beliau boleh nampak. Kemudian aku arahkan yang lain untuk membuka mata dan memberi arahan pada si abang mangsa untuk terus dalam keadaan demikian.

Dengan ayat tertentu dibaca da dihembus pada tangan abang mangsa, aku meminta abang mangsa bersedia untuk berlawan dengan pemangsa jin penggangu. Arahan pertamaku adalah meminta si abang masuk ke dalam tubuh adiknya. Bahagian kepala kelihatan normal katanya, tiada apa yang pelik. Mula jelajah bahagian badan. Terdapat kawasan dalam badan yang terlihat seperti kawasan hitam. Aku memintanya untuk membaca Basmalah dan tiup di kawasan-kawasan yang dirasakan tidak normal.

Beberapa minit berlalu dengan aksi tiupan dari si abang, menjelajah dari kawasan atas badan, masuk melalui perut dan juga kawasan peranakan. Sambil menunggu apa yang bakal menerjah si abang.

Tiba-tiba, si mangsa sedar. Alhamdulillah. Si abang disedarkan, disuruh buka mata. Si adik terkebil-kebil tengok aku, yang pasti-pasti dia tak kenal. Aku meminta dia mengucap dan berselawat dan meminta dia diberi air yang aku bacakan tadi. Selesai sudah kot, aku pun tak tahu.

02 Disember 2014

Yes, dah CAPAI 300

Alhamdulillah, pejam celik, celik pejam, dah 300++ sahabat yang sudi bertandang ke Darul Bekam. Dalam usia yang menghampiri 10 bulan, ia sesuatu yang cukup membanggakan dan segala Puji hanya layak kepada Allah. Boleh dikatakan 75% yang bertandang tidak pernah melalui atau merasa TERAPI lama ini.

Rata-rata mengandaikan 'macam sakit', namun persepsi bertukar 360 darjah apabila melalui sendiri pengalaman berbekam. Mana taknya, darah dan kesakitan ibarat aur dengan tebing. Tapi tidak pada terapi Bekam.

Pengalaman paling manis apabila dikhabarkan oleh pelawat adalah sudah boleh solat berdiri selepas satu sesi Bekam, tekanan darah dan gula jatuh normal selepas sesi dan banyak lagi.


Ok lah, kalau ada sesiapa yang berkenan nak merasa sesi hygiene dengan kami, temujanji dahulu dengan kami untuk layanan khusus melalui 0122971518. 

Ada kenal sesiapa yang perlukan terapi?