Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

04 Disember 2014

Ditampar Jin Hidup-Hidup

Kisah ni berlaku pada tahun 2013. Waktu tu aku sedang bersukan (memancing) sebagai atlet pemburu siakap di kolam air masin Sungai Long, Kajang. Sedang sibuk membangau, sahabatku dari Putrajaya menghubungi aku dan beliau meminta pertolongan dari pihak sahabatnya yang tinggal di sana. Kerasukan! Dia dan sahabatnya akan menjemput aku yang pada masa itu tinggal di Hulu Langat. Pakar tidaklah, cuma ada pengalaman menguruskan kes seumpama itu.

Dipendekkan cerita perjalanan, sampailah ke tempat tujuan. Diceritakan dari keluarga mangsa, mangsa (adik perempuan) sejak tiba di sini (Putrajaya) kerasukan. Sering berlaku juga di tempat asal mereka di Pahang. Pernah dirawat oleh pelbagai manusia.

Sampai saja di kediaman yang menempatkan mangsa, di rumah abang mangsa yang bekerja di Putrajaya, duduk-duduk kejap tanya apa yang patut, aku memohon memulakan sesi. Pada waktu itu, mangsa berada dalam bilik di atas katil, tidur mungkin. Dikhabarkan, mangsa yang berumur 15 tahun itu akan mengamuk bila proses berlaku. Bapa kepada mangsa mendahului memanggil mangsa dan beliau sering dilihat terkumat-kamit membaca sesuatu di genggaman tangan dan dilontar ke arah mangsa. Dalam hati, dok terdetik sapa yang nak mengubat ni.

Memang mangsa mengamuk di atas katil sambil menendang-nendang mencari mangsa tendangan sebelum diusung-heret dibawa ke ruang tamu yang lebih terbuka dan luas. Lebih kurang 4 orang lelaki akhirnya berjaya membawa mangsa ke ruang tamu dari bilik dalam keadaan meronta.

Aku memulakan dengan amalan asas pendinding diri dengan izin Allah. Dah cuba untuk berbicara dengan 'mangsa'. Ada urusan apa? Buat apa? Dari mana? Ayat standart nak mula sesi, sebab aku tak mau hentam dulu, sebab melihat tahap agresif mangsa. Dari keadaan baring, aku arahkan waris mendudukkan mangsa, dan aku cuba slow talk lagi. Tapi....tengah bercakap, panggg aku kena penampang. Fuhhhhh, sabar ja lah.

Dah jadi gitu, aku minta waris yang ada untuk memegang mangsa untuk elak di'pang' lagi. Nyut-nyut rasa kepala aku. Macam-macam ayat dah keluar, teknik pun macam-macam dah guna. 3 jam dah berlalu, tanda untuk keluar masih belum wujud, seringkali berlakon macam dah keluar. Pui, aku dah kena sekali, lain kali mestilah aku sangsi. Last-last, teringat satu teknik.

Aku minta semua waris mengelilingi dia, dalam keadaan mata tertutup, aku tanya 5-6 waris yang mengelilingi mangsa samada nampak sesuatu tak dalam keadaan mata tertutup tu. Tiba-tiba,.

Ibu mangsa dalam keadaan mata tertutup membuka bunga silat. Aku tengok ja la, hmmm ada jugak ni. Bapa mangsa memberitahu yang isterinya memang ada. Ok lah tengoklah dulu apa benda ni boleh buat. Tangan makcik ni melalui atas batang tubuh mangsa kelihatan sedang menolak nolak angin mungkin sedang menolak jin pengganggu barangkali, Beberapa lama aksi tu aku lihat, dan aku hentikan aktiviti makcik tu. Panggil nama makcik tu dan makcik tu sedar.

Kali berikutnya, aku minta lelaki sahaja yang mengelilingi mangsa, tutup mata dan cuba lihat ke arah mangsa. Tiba-tiba, abang mangsa yang berumur 18 tahun mengatakan beliau boleh nampak. Kemudian aku arahkan yang lain untuk membuka mata dan memberi arahan pada si abang mangsa untuk terus dalam keadaan demikian.

Dengan ayat tertentu dibaca da dihembus pada tangan abang mangsa, aku meminta abang mangsa bersedia untuk berlawan dengan pemangsa jin penggangu. Arahan pertamaku adalah meminta si abang masuk ke dalam tubuh adiknya. Bahagian kepala kelihatan normal katanya, tiada apa yang pelik. Mula jelajah bahagian badan. Terdapat kawasan dalam badan yang terlihat seperti kawasan hitam. Aku memintanya untuk membaca Basmalah dan tiup di kawasan-kawasan yang dirasakan tidak normal.

Beberapa minit berlalu dengan aksi tiupan dari si abang, menjelajah dari kawasan atas badan, masuk melalui perut dan juga kawasan peranakan. Sambil menunggu apa yang bakal menerjah si abang.

Tiba-tiba, si mangsa sedar. Alhamdulillah. Si abang disedarkan, disuruh buka mata. Si adik terkebil-kebil tengok aku, yang pasti-pasti dia tak kenal. Aku meminta dia mengucap dan berselawat dan meminta dia diberi air yang aku bacakan tadi. Selesai sudah kot, aku pun tak tahu.

Tiada ulasan: