Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

12 Disember 2014

Parit Buntar @ Parit Tok Buntar

Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.
Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah hitam apabila pada 13 September 1972 satu tragedi feri karam telah menyebabkan seramai 27 orang terkorban majoritinya adalah murid-murid sekolah SMJK (Cina) Kerian. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Gerai Terapung. Ketika itu Gerai Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai disepanjang jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama,barang keperluan pertukangan,alatan dapur dan juga barangan lain. Terdapat 6 cawangan kilang padi termasuk gudang simpanan beras milik LPN (Lembaga Padi & Beras Negara).Terdapat dua buah panggung wayang,Panggung wayang Cathay di Jalan Syarikat manakala Panggung wayang Kapitol di Jalan Ria. Pengangkutan awam utama sekitar tahun 60an hingga 2005 adalah bas yang mana sebuah syarikat Red Omnibus telah beroperasi menghubungkan pekan Tanjung Piandang melalui Sungai Bakau/Kedai Empat(Jalan Bawah)Titi Serong (Jalan Atas),menghubungkan pekan Kuala Kurau melalui pekan Batu Lima,menghubungkan pekan Bagan Serai dan Taiping melalui Jalan Persekutuan.Stesen bas utama dulunya berada di hadapan Masjid Daerah Kerian,Jalan Taiping.(Koordinat 5.128458,100.489652).Selain teksi terdapat juga pengangkutan jarak jauh seperti keretapi Tanah Melayu (KTM)(Koordinat 5.128832,100.486718)manakala sekarang telah diujudkan Hentian Raya bagi menghubungkan bandar utama diutara Semenanjung dan Bandar Utama Semenanjung Malaysia. Ketika ini perkhidmatan bas tempatan telah ditamatkan kerana tidak mendapat sambutan. Kegiatan sosio ekonomi penduduk setempat majoritinya adalah petani yang mengusahakan sawah padi,sawit dan getah manakala selebihnya sebagai peniaga dan pemakan gaji awam/swasta.
sumber sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Parit_Buntar 

Tiada ulasan: