Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

07 Februari 2015

Bekam kurangkan risiko penyakit jantung - Kelantan - Sinar Harian

Bekam kurangkan risiko penyakit jantung - Kelantan - Sinar Harian (klik untuk ke sumber)

KOTA BHARU - Bukan sekadar mengawal kolesterol dan tekanan darah tinggi, sebaliknya bekam kini lebih menyeluruh fungsinya dalam mengurangkan risiko terhadap penyakit kardiovascular.

Juru bekam Klinikal, Prof Dr Ab Aziz Al-Safi Ismail berkata, kaedah rawatan berbekam wujud sejak 1,500 sebelum Masihi dan ia diakui mempunyai keberkesanannya dalam mengawal penyakit kronik yang sering dihadapi rakyat negara ini.

“Malah kajian terbaru yang saya jalankan bersama sepasukan penyelidik dari Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian mendapat penemuan baru apabila mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

“Kajian yang dijalankan ke atas individu sihat, yang menghadapi masalah diabetes dan darah tinggi ini bertujuan mengenal pasti kesan terapi bekam basah dalam kalangan subjek ke atas indeks jisim tubuh, tekanan darah, parameter biokimia, fungsi ginjal dan fungsi endothelial,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Menurutnya, daripada 93 subjek berumur antara 30 hingga 60 tahun yang menyertai kajian itu, 62 daripadanya tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, dan mereka dibahagikan secara rawak serta seimbang kepada kumpulan kontrol dan intervensi.

“Manakala selebihnya merupakan kumpulan diabetes. Bekam dilakukan ke atas subjek dalam kumpulan intervensi dan diabetes, manakala tidak ada intervensi dijalankan ke atas subjek dalam kumpulan kawalan,” katanya.

Dr Ab Aziz berkata, dua sesi bekam dijalankan, iaitu pada permulaan kajian, kemudian pada bulan ketiga, sebelum penilaian dilakukan pada peringkat permulaan, bulan pertama, ketiga (sebelum sesi kedua bekam) dan bulan keempat untuk semua peserta.

“Dalam kumpulan bekam tanpa diabetes terdapat penurunan signifikan paras gula dalam darah (FBS) dan semua parameter fungsi ginjal (serum urea, kreatinin dan asid urik) daripada permulaan kajian kepada bulan pertama, ketiga, dan keempat.

”Serum trigliserida dan tekanan darah sistolik (SBP) juga menunjukkan penurunan yang signifikan di bulan pertama. Semua profil serum lipid kecuali trigliserida menunjukkan penambahbaikan yang signifikan pada bulan ketiga dan keempat," katanya.

Tiada ulasan: