Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

17 April 2015

8 Perkara yang menyebabkan anda perlu melakukan BEKAM Sekarang!!!

1. Mempunyai sejarah Migrain yang panjang, kadar serangan dalam seminggu lebih dari SEKALI.
2. Malas yang melampau. Kelesuan tubuh akan mempengaruhi tenaga anda, sifat malas terdorong daripada tubuh badan yang lesu.
3. Gejala keluar. Gejala yang dikeluarkan tubuh merupakan satu indikator/penunjuk kepada masalah dalam tubuh sendiri.
4. Jika tahap kolestrol anda tinggi, tambahan mempunyai tekanan darah yang tinggi, risiko diserang STROK akan menjadi berganda.
5. Seringkali diserang demam dan sakit kepala. Kadar kekerapan 2 minggu sekali minimum.
6. Mempunyai masalah kulit seprti jerawat dan bisul di badan atau mana-mana anggota badan.
7. Kadar kesihatan anda menurun, seringkali dilanda sakit-sakit.
8. Sakit pada bahagian tertentu yang mungkin melibatkan sistem otot atau terasa tegang di bahagian tertentu.

10 April 2015

Pusat Rawatan dan Perubatan Baitul Hijamah - Darul Bekam

Alhamdulillah, Pusat dah berpindah sepenuhnya di Parit Buntar, bandar kelahiran. Walau serba kekurangan dari segi kemudahan, namun tetap diterima dan disokong sahabat-sahabat yang datang mencari ikhtiar kesembuhan. Insyaallah jika diizin akan menambah kemudahan untuk keselesaan.

Untuk makluman, pusat ini terletak berhadapan Masjid Al-Ridzuan, Pusat Bandar Parit Buntar, terletak di Tingkat atas kedai Az-Zain.

Kami juga baru menambah beberapa perkhidmatan untuk lebih membantu satu-satu proses perawatan. Antaranya Formula Nutrisi yang dilihat banyak membantu satu-satu proses pemulihan berlaku dengan pantas dan yang paling utama, tiada kesan sampingan yang berisiko samada dalam jangka pendek mahupun panjang.