Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

05 Jun 2015

Bekam Tradisional VS Bekam Moden VS Bekam Sunnah

Semalam, waktu selepas sesi dengan pesakit, di aras bawah, terserempak dengan seorang lelaki. Beliau merupakan seorang pelanggan yang sedang membeli barang di kedai bawah. Nak dijadikan cerita, bersembanglah. Dia tanya kerja di mana? Saya jawap kerja di atas, buat bekam. Lepas tu, dengan rendah diri dia mengatakan supaya jangan tersinggung dengan apa yang dia akan katakan. Kita ok saja.

Dia kurang bersetuju dengan kaedah rawatan bekam yang mengatakan sunnah, tetapi dibuat dengan alatan moden seperti yang ada sekarang ini. Dia berpendapat ia mestilah menggunakan apa yang nabi gunakan pada zaman tersebut seperti tanduk.

Bekam Tanduk.


Mari kita menjawap supaya lebih jelas!

1. Nabi tidak membekam, tapi diBEKAM, perbuatan SUNNAH adalah apabila diBEKAM, bukannya memBEKAM. Jadi alatan, instrument tidak berkait dengan orang yang diBEKAM, kerana hanya tadah tubuh. Sunnah nya adalah perbuatan atau pekerjaan orang yang diBEKAM, apabila dibuang darahnya menggunakan alat bekam tidak khusus kepada sesuatu material.

2. Perubahan zaman memodenkan alatan. Penciptaan alatan perubatan, termasuk alatan bekam sendiri berevolusi bertujuan memudahkan aplikasi sebarang pengubatan. Daripada penggunaan buluh, tanduk, kepada gelas yang mempunyai pin untuk tujuan pengepaman atau mewujudkan tekanan negatif pada kulit. Prinsip masih sama, cuma yang membezakan adalah menggunakan PAM atau menghisap menggunakan mulut atau menggunakan api untuk mewujudkan tekanan.

3. Pendidikan kesihatan. Kewujudan bakteria, virus merbahaya telah diketahui oleh masyarakat umum. Masyarakat khuatir dengan penggunaan alatan cara lama yang tidak disteril boleh membawa kepada jangkitan jika melakukan bekam. Selain itu, tidakkah ia akan memberi NAMA buruk kepada rawatan Sunnah itu sendiri jika berlaku jangkitan semasa proses bekam? Jika menggunakan bahan Tradisi.

4. Bekam Moden lebih diyakini kerana berupaya untuk disteril, dinyah-bakteria. Pada masa kita menyediakan tempat untuk orang ramai mengamalkan Sunnah ini, mungkin kita dapat menarik golongan yang mempunyai pandangan BEKAM tidak hygiene dan Bersih dan boleh mendapat jangkitan untuk melakukan bekam yang lebih diyakini mengikut arus semasa.

5. Pengkajian oleh Antarabangsa. Bekam bukan hanya wujud di tanah Arab, bahkan, ia wujud hampir di setiap Tamadun Dunia. Pengkajian berkaitan bekam telah berlaku dan bagaimana bekam bertindak pun sudah diketahui. Soal penggunaan tanduk, buluh, gelas, plastik dan sebagainya TIADA DALAM KAJIAN mungkin kerana ia bukan cara kerja pengubatan melainkan hanya alatan.

Sampai sini sajalah dulu, pandangan kita semoga kita semua berlapang dada. Bab-bab ranting kecil ja ni. Semoga bermanfaat.

*Kita tak menolak penggunaan bekam tanduk, bergantung kepada ilmu yang mereka (pengamal) ada. Kita pula ada ilmu berkaitan Infection (jangkitan), masing-masing berfungsi pada kedudukan yang telah ditetapkan.

Bekam Angin dengan Alatan Infra Red

Tiada ulasan: