Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

08 Ogos 2015

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Sehingga ke hari ini, pusat rawatan ini telah menerima kunjungan lebih 1000 orang yang majoritinya berada di kawasan sekitar ini untuk mencari kesembuhan atau membuat rawatan. Sebahagiannya sewaktu pusat rawatan ini mula beroperasi di Jawi. Di pusat yang beroperasi di rumah.

Alhamdulillah sudah 5 bulan sudah beroperasi di tempat baru, dengan kawasan perniagaan iaitu terletak di kawasan laluan ramai, berhadapan pula dengan 'rumah Allah' - al-Ridzuan, semakin ramai individu yang sudah pernah menjalani bekam untuk rawatan mahupun amalan pencegahan.

Kesemuanya yang baru menjalani bekam mengatakan 'tiada kesakitan' seperti yang difikirkan sebelum menjalani proses bekam itu sendiri. Teorinya pula mudah, bukan darah yang banyak menjadi matlamat berbekam, tapi yang paling utama pengeluaran darah kotor, atau bendasing yang menyebabkan kehadiran penyakit pada tubuh yang diutamakan.

*** Bersambung

Untuk mengalami perawatan dan amalan pencegahan hubungi darulBekam untuk Temujanji. 0122971518

Tiada ulasan: