Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

17 Jun 2016

Sakanjabin @ Oxymel

Setelah saya mengamalkan sakanjabin @ Oximel ini, apa yang saya dapati dan alami hanya dengan pengambilan satu sudu sehari iaitu pada waktu malam sebelum tidur;

Sakanjabin @ Oxymel

1)  Suara bertukar garau, sedikit kekeringan di bahagian tekak
2)  Gelema kahak hilang
3)  Fungsi pernafasan meningkat
4)  Mata merah tidak terlalu berair
5)  Penghasilan tahi mata yang bertambah dari kebiasaan
Fasa Seterusnya
6)  Sakit tekak sedikit seperti sewaktu selesema
7)  Telan air liur terasa sakit
8)  Tahi mata sudah berkurangan
9)  Mata tidak lagi merah seperti sebelum ini
10)Sumbatan pada pernafasan

Setiap Yang Berlaku Berkemungkinan Menunjukkan Tindak-Balas Baik-Pulih Sistem Sedia Ada Yang Mungkin Tidak Berada Pada Fungsi Yang Normal. Jadi Tindak-Balas Baik-Pulih BIASANYA Akan Berlaku Selepas OXIMEL Memasuki Sistem.

Setiap Individu Kemungkinan Diberi Tindak Balas Yang Berbeza Dengan Individu Yang Lain.

Cuba Untuk Kekalkan Pengambilan Untuk Mendapatkan Kesan Optimum

Antara Manfaat Yang Saya Dapati Dalam Pencarian Seperti Di Bawah:

Melakukan proses katabolik
Meningkatkan metabolisma
Melancarkan darah 
Membersihkan darah
Membuka saluran tersumbat
Memecahkan kolesterol / lemak
Memecahkan molekul toksin
Mencairkan kahak
Membantu pernafasan
Membersihkan usus / detox
Membantu penyerapan nutrisi
Meningkatkan tenaga fizikal
Menyingkirkan patogen

Ia merupakan Ramuan Istimewa dari Ibnu Sina yang telah wujud 1000 tahun lalu dalam usaha mendapatkan 2 manfaat iaitu mengekalkan tahap kesihatan dan menghilangkan penyakit.

Dari Risalah fi al-Sakanjabin (Karya Ibnu Sina)


Untuk Pembelian Oxymel Sila Berhubung Langsung Dengan -FUZIA- di Talian 012-297-1518 WhatsApp Only

15 Jun 2016

Perubatan Ibnu Sina


Perubatan Ibnu Sina merujuk kepada sebuah sistem perubatan yang berdasarkan pengajaran dan penulisan Ibnu Sina dalam bidang perubatan. Ibnu Sina dikenali juga dengan nama Latin beliau iaitu Avicenna.
Sistem perubatan yang dikemukakan oleh Ibnu Sina merupakan hasil kesinambungan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh beliau terhadap sistem Perubatan Greek. Tokoh awal Perubatan Greek ialah Hippocrates dan Galen. Penulisan kedua-dua tokoh ini dikaji oleh para ilmuwan Islam setelah berlaku penterjemahan daripada Bahasa Greek kepada Bahasa Arab.
Walaupun terdapat ramai tokoh-tokoh Islam yang terlibat dalam bidang perubatan, Ibnu Sina tetap menjadi rujukan utama dalam sistem Perubatan Greek-Arab. Penulisan Ibnu Sina yang paling berpengaruh dalam bidang perubatan ialah Al-Qānūn fī al-Ṭibb yang dikenali di Barat sebagai The Canon of Medicine. Di peringkat antarabangsa, sistem ini lebih dikenali sebagai Perubatan Yunani (Unani Medicine).
Dua negara yang masih mengamalkan Perubatan Ibnu Sina secara meluas ialah India dan Pakistan. Namun tidak dapat dipastikan sejauh mana penggunaan Perubatan Ibnu Sina di sana, sama ada ia menjadi dasar ilmu perubatan yang disokong oleh Perubatan Moden, atau ia hanya sekadar sokongan bagi Perubatan Moden yang menjadi dasar.
Secara umumnya, ada dua tajuk besar dalam perubatan, iaitu;
1. Perubatan Teoretikal
2. Perubatan Praktikal
PERUBATAN TEORETIKAL
Perubatan Teoretikal membincangkan perkara-perkara yang bersifat teori seperti pengetahuan mengenai struktur tubuh, fungsi tubuh, jenis penyakit dan punca penyakit. Perubatan Teoretikal boleh dikelaskan dalam 4 tajuk iaitu;
1. Keadaan Sihat
2. Keadaan Sakit
3. Punca Keadaan
4. Tanda Keadaan
Keadaan Sihat
Keadaan Sihat merujuk kepada struktur dan fungsi tubuh yang normal. Ia dikenali juga dengan nama “Perkara-Perkara Tabi’i” (Umūr Ṭabī‘iyyah). Dalam Perubatan Ibnu Sina, tubuh yang sihat mempunyai 7 ciri yang utama iaitu;
1. Unsur (Arkān).
2. Sifat (Mizāj).
3. Humor (Akhlāṭ).
4. Organ (A‘dā’).
5. Roh (Arwāḥ).
6. Tenaga (Quwâ).
7. Fungsi (Af‘āl).
Unsur ialah struktur yang paling asas bagi manusia. Gabungan unsur menghasilkan pelbagai struktur lain. Terdapat 4 jenis unsur iaitu Api, Angin, Air dan Tanah.
Sifat ialah kualiti yang ada pada unsur dan gabungan unsur. Terdapat 4 sifat yang asas iaitu Panas, Sejuk, Kering dan Basah. Setiap unsur memiliki 2 sifat. Api bersifat Panas dan Kering, Angin bersifat Panas dan Basah, Air bersifat Sejuk dan Basah, Tanah bersifat Sejuk dan Kering.
Humor ialah cecair tubuh. Terdapat 4 jenis humor iaitu Damm (darah), Balgham (dahak), Ṣafrā’ (hempedu kuning) dan Sawdā’ (hempedu hitam). Damm mewakili unsur Angin serta bersifat Panas dan Basah. Balgham mewakili unsur Air serta bersifat Sejuk dan Basah. Ṣafrā’ mewakili unsur Api serta bersifat Panas dan Kering. Sawdā’ mewakili unsur Tanah serta bersifat Sejuk dan Kering.
Organ ialah struktur pejal yang terhasil daripada humor. Terdapat dua jenis organ iaitu organ tunggal (a‘dā’ mufradah) dan organ gabung (a‘dā’ murakkabah). Organ tunggal dalam Perubatan Ibnu Sina merujuk kepada ‘tisu’ dalam Perubatan Moden seperti lemak, tulang dan daging. Organ gabung pula menepati istilah organ dalam Perubatan Moden seperti jantung, hati, ginjal dan peparu.
Roh ialah sejenis gas halus yang memberikan keupayaan hidup kepada manusia. Jika dibandingkan dengan Perubatan Moden, roh boleh disamakan dengan gas oksigen.
Tenaga ialah keupayaan semula jadi yang mentadbir segala proses dalam tubuh. Terdapat 3 jenis tenaga iaitu Tenaga Tabi’i yang mengurus nutrien, tumbesaran dan keturunan, Tenaga Hayawani yang mengurus penghasilan tenaga, suhu badan dan pergerakan, Tenaga Nafsani yang mengawal segala proses Tabi’i dan Hayawani melalui proses sensori (input) dan motor (output).
Fungsi ialah segala proses yang berlaku dalam tubuh. Terdapat 2 jenis fungsi iaitu Fungsi Tunggal seperti penyerapan nutrien yang hanya melibatkan Tenaga Tabi’i sahaja, dan Fungsi Gabung seperti rasa lapar yang melibatkan Tenaga Tabi’i dan Tenaga Nafsani.
Keadaan Sakit
Keadaan Sakit merujuk kepada struktur dan fungsi tubuh yang tidak normal. Perbincangan utama bagi tajuk ini ialah jenis-jenis penyakit. Penyakit dibahagikan kepada dua iaitu penyakit struktur dan penyakit fungsi.
Penyakit struktur dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Penyakit Struktur Tunggal dan Penyakit Struktur Gabung. Ada 3 jenis Penyakit Struktur Tunggal iaitu perubahan mizāj (sifat) struktur, perubahan kuantiti dan kualiti struktur, serta pemisahan struktur. Penyakit Struktur Gabung pula melibatkan gabungan Penyakit Struktur Tunggal seperti bengkak. Penyakit fungsi melibatkan perubahan fungsi tubuh sama ada secara kuantitatif atau kualitatif.
Punca Keadaan
Punca Keadaan ialah perkara-perkara yang boleh menyebabkan Keadaan Sihat dan Keadaan Sakit. Secara umum, perkara yang memberi kesan kepada kesihatan mungkin bersifat wajib, iaitu semua manusia tidak terlepas daripada menghadapinya, ia dinamakan Punca Daruri. Ada juga perkara yang memberi kesan kepada manusia, namun ia tidak bersifat wajib, ia dinamakan Punca Tidak Daruri. Jadi ada 2 jenis punca secara umum iaitu;
1. Punca Daruri
2. Punca Tidak Daruri
Punca Daruri merangkumi 6 perkara asasi yang wajib dihadapi oleh semua manusia iaitu;
1. Persekitaran
2. Makanan dan Minuman
3. Gerak dan Diam Jasmani
4. Gerak dan Diam Rohani
5. Tidur dan Jaga
6. Pengurungan dan Pengosongan
Persekitaran merujuk kepada tempat tinggal, jenis tanah, bentuk muka bumi, udara sekeliling, cuaca setempat, udara sekeliling dan pertukaran musim.
Makanan dan minuman merujuk kepada apa yang dimasukkan ke dalam mulut dan perut, sama ada pepejal atau cecair, nutrien atau ubatan.
Gerak dan diam jasmani merujuk kepada aktiviti luaran yang bersifat fizikal seperti berjalan, berlari, melompat, duduk, berbaring, meniarap dan terlentang.
Gerak dan diam rohani merujuk kepada aktiviti dalaman yang bersifat mental dan emosional seperti berfikir, berkhayal, marah, gembira, takut, sedih, suka dan benci.
Tidur dan jaga merujuk kepada kesedaran seseorang manusia, iaitu sama ada ia sedar dan dinamakan jaga ataupun ia tidak sedar dan dinamakan tidur. Keadaan tidak sedar merangkumi keadaan pengsan, koma dan pitam.
Pengurungan dan pengosongan merujuk kepada bahan-bahan dalam tubuh yang dibuang dari tubuh atau dibiarkan begitu sahaja. Antara proses pengosongan bahan dalam tubuh ialah pemuntahan melalui ubat pemuntah, pencaharan melalui ubat pencahar dan perdarahan melalui fasdu (faṣd/venesection), bekam atau torehan. Apabila proses pengosongan tidak dilakukan, bahan-bahan tersebut dianggap menghadapi proses pengurungan.
Adapun Punca Tidak Daruri, ia merujuk kepada perkara-perkara lain yang memberi kesan kepada tubuh selain daripada 6 Punca Daruri. Sebahagian Punca Tidak Daruri tidak bertentangan dengan tabi’at tubuh seperti berpakaian, bermusafir, mandi dan bersenam. Ada juga Punca Tidak Daruri yang bertentangan dengan tabi’at tubuh seperti letupan, kebakaran, luka, terpotong, pelanggaran dan terjatuh.
Tanda Keadaan
Tanda Keadaan ialah perkara-perkara yang boleh menunjukkan Keadaan Sihat dan Keadaan Sakit. Tanda Keadaan boleh dikesan melalui struktur tubuh atau fungsi tubuh.
Struktur tubuh yang sempurna dari segi warnanya, bentuknya, kedudukannya, bilangannya dan saiznya menunjukkan keadaan tubuh yang sihat. Manakala keadaan struktur tubuh yang tidak sempurna menunjukkan keadaan tubuh yang sakit.
Fungsi tubuh yang sempurna dari segi jenisnya dan kadarnya menunjukkan keadaan tubuh yang sihat. Manakala fungsi tubuh yang tidak sempurna menunjukkan keadaan tubuh yang sakit.
Dalam Perubatan Ibnu Sina, terdapat 4 kaedah utama untuk menilai keadaan tubuh iaitu dengan memerhati perkara-perkara berikut;
1. Mizāj
2. Nadi
3. Urin
4. Tinja
Pemerhatian mizāj boleh dilakukan dengan melihat beberapa aspek fizikal pada tubuh seperti kegemukan yang menunjukkan sifat basah, kekurusan yang menunjukkan sifat kering, kegelapan kulit yang menunjukkan sifat panas dan kecerahan kulit yang menunjukkan sifat sejuk.
Nadi juga boleh digunakan untuk mengetahui keadaan tubuh. Nadi yang cepat menunjukkan sifat panas, manakala nadi yang perlahan menunjukkan sifat sejuk. Nadi yang terasa penuh menunjukkan sifat basah, manakala nadi yang terasa kosong menunjukkan sifat kering. Pemerhatian nadi memerlukan sensitiviti yang tinggi, pengalaman yang banyak dan masa yang panjang.
Analisis urin dan tinja merupakan antara teknik diagnosis yang kompleks dalam Perubatan Ibnu Sina selain daripada analisis nadi.
Melalui urin dan tinja, seseorang perawat boleh mengetahui keadaan tubuh khususnya mengenai sistem penghadaman, sistem urinari dan ‘kematangan’ nutrien dalam tubuh. Warna yang gelap atau kemerahan menunjukkan sifat panas yang berlebihan, manakala warna yang cerah atau pucat menunjukkan sifat sejuk yang berlebihan.
PERUBATAN PRAKTIKAL
Perubatan Praktikal membincangkan aplikasi Perubatan Teoretikal demi mencapai dua matlamat iaitu mengekalkan kesihatan dan menghilangkan penyakit. Jadi ada 2 tajuk utama bagi Perubatan Praktikal iaitu;
1. Penjagaan Kesihatan
2. Perawatan Penyakit
Penjagaan Kesihatan
Penjagaan kesihatan merupakan proses mengekalkan keadaan tubuh yang sihat supaya struktur dan fungsinya sentiasa normal. Penjagaan kesihatan menggunakan konsep persamaan, yakni keadaan tubuh dipastikan agar sentiasa sama pada setiap masa. Ringkasnya ia bersifat memelihara.
Penjagaan kesihatan boleh dicapai dengan menguruskan Punca Keadaan dengan baik, sama ada Punca Daruri seperti makanan, pergerakan dan perasaan, ataupun Punca Tidak Daruri seperti pakaian, permusafiran dan senaman.
Selain itu, terdapat penjagaan kesihatan yang bersifat khusus dengan merujuk kepada golongan tertentu seperti penjagaan bayi dan kanak-kanak (pediatrik) serta penjagaan orang tua (geriatrik).
Perawatan Penyakit
Perawatan penyakit merupakan proses mengembalikan keadaan tubuh yang tidak normal kepada keadaan tubuh yang normal semula. Perawatan penyakit menggunakan konsep pertentangan, yakni keadaan tubuh yang sakit itu dilawan dengan rawatan yang bertentangan dengan keadaan penyakit, supaya keadaan tubuh berubah kepada keadaannya yang asal. Ringkasnya ia bersifat memulihara.
Perbincangan perawatan penyakit melibatkan 3 perkara utama iaitu;
1. Jenis Rawatan
2. Teknik Rawatan
3. Krisis Penyakit
Terdapat 3 jenis rawatan yang digunakan dalam Perubatan Ibnu Sina iaitu;
1. Administrasi (tadbīr)
2. Medikasi (adwiyah)
3. Regimentasi (a‘māl al-yād)
Perawatan secara administrasi ialah perawatan dengan menguruskan Punca Keadaan. Contohnya ialah memperbetulkan cara makan, waktu makan, cara tidur, waktu tidur serta mengawal perasaan.
Perawatan secara medikasi ialah perawatan dengan menggunakan bahan-bahan yang bersifat ubatan seperti menggunakan herba dan akar kayu tertentu. Terdapat 3 jenis bahan ubatan yang utama iaitu mineral, tumbuhan dan haiwan.
Perawatan secara regimentasi ialah perawatan yang melibatkan penggunaan tangan, sama ada penggunaan tangan semata-mata seperti mengurut dan memperbetulkan sendi atau tulang yang mengalami dislokasi, ataupun penggunaan tangan berserta peralatan tertentu seperti pembekaman, pembedahan dan penyeterikaan (cauterization).
Perawatan penyakit dilakukan dengan menggunakan 3 teknik asas iaitu;
1. Pengurangan
2. Penambahan
3. Pembetulan
Dalam Perubatan Ibnu Sina, humor merupakan komponen penting yang menentukan keadaan tubuh, kerana semua organ dalam tubuh mendapat bahan-bahan daripada humor, jika humor adalah baik maka baiklah organ-organ lain lalu sihatlah seseorang itu. Keadaan humor yang sebaliknya menghasilkan keadaan tubuh yang sebaliknya.
Atas dasar itu, kebanyakan penyakit berlaku dengan sebab keadaan humor yang tidak baik. Jadi penyelesaian pertama yang dilakukan oleh perawat adalah dengan mengeluarkan humor-humor tertentu melalui teknik pengurangan. Teknik ini lebih dikenali sebagai pengosongan (istifrāgh), ia dilakukan secara medikasi atau regimentasi. Contoh pengosongan secara medikasi ialah penggunaan herba tertentu untuk merangsang proses pemuntahan dan pencaharan. Contoh pengosongan secara regimentasi ialah melakukan pembekaman dan perdarahan.
Ada penyakit yang berlaku kerana nutrien yang berlebihan, bukan kerana kerosakan humor. Dalam penyakit sebegini, pengurangan bermaksud mengurangkan pengambilan nutrien yang berlebihan tersebut.
Teknik penambahan pula merujuk kepada proses menambahkan bahan tertentu khususnya nutrien ke dalam tubuh, sama ada kerana sesuatu penyakit itu disebabkan oleh nutrien yang tidak cukup, ataupun untuk mengembalikan nutrien dan bahan yang telah hilang setelah proses pengurangan atau pengosongan dilakukan.
Teknik perawatan yang seterusnya ialah pembetulan. Pembetulan merupakan perawatan yang bersifat kualitatif, berbanding dengan pengurangan dan penambahan yang bersifat kuantitatif.
Teknik pembetulan digunakan untuk memperbaiki mizāj tubuh seseorang yang terkeluar daripada mizāj yang sepatutnya. Contohnya ialah penggunaan herba yang bersifat Panas untuk menjadikan tubuh seseorang itu Sejuk, ataupun sebaliknya. Teknik pembetulan juga digunakan untuk penyakit yang melibatkan organ seperti pembetulan sendi dan tulang.
Krisis Penyakit
Krisis Penyakit merupakan tanda-tanda yang menunjukkan perubahan penyakit sama ada semakin baik iaitu Krisis Positif (buḥrān jayyid), ataupun semakin buruk iaitu Krisis Negatif (buḥrān radī’).
TAMMAT

Kredit: The Patriots
Sumber: http://www.thepatriots.my/perubatan-ibnu-sina/

07 Jun 2016

Pemberitahuan

Darul Bekam Mengucapkan Selamat Beramal Ibadah Di Bulan Penuh Barokah & Keampunan Iaitu Bulan Ramadhan.

Operasi Rawatan Sepanjang Bulan Ramadhan Adalah Seperti Berikut:

Buka : 9 Pagi
Tutup : 4 Petang
Rehat : 1 - 2 Petang
Jumaat : 1 - 3 Petang (Rehat)

Hubungi 0122971518 Untuk Temujanji.

05 Jun 2016

G o u t - Boleh Rawat Punya

Gout merupakan jenis penyakit yang dikaitkan dengan lebihan urik asid dalam tubuh yang kebiasaannya menyebabkan kesakitan seperti mencucuk-cucuk di bahagian kaki. Juga akan melibatkan keradangan sendi di bahagian ibu jari kaki, dan buku lali. 

Sumber: Google

Penawar gout atau rawatan gout kebiasaannya ada pelbagai cara. Dari cara terapi luaran hinggalah sehingga mengkonsumsi ubatan tradisional mahupun konvensional. Khusus untuk mengurangkan kesakitan akibat penyakit gout ini. 

Antara cara untuk merawat gout yang boleh dikongsi di sini sebagai ikhtiar mudah, yang mudah praktis, yang mudah di cari, dan silap-silap memang ada dalam simpanan di rumah. Pertama, bedak sejuk. Sapu bedak sejuk di kedua-dua kaki dari pergelangan hingga jari. Waktu tak kira siang atau malam. Hujah; bedak sejuk bersifat penyejuk dan alkali, ia membantu melawan sifat asid yang bersifat panas. Kedua, rendaman ais. Rendam kaki dalam air yang dicampur dengan ais dengan suhu sekitar 12-16 darjah celcius atau agak-agak sekilo ais dalam campuran 5liter atau gandaan keduanya. Hujah; sifat sejuk yang berlawanan dengan sifat asid. Ketiga, cuka epal. Minum cuka epal sesudu besar pagi dan malam atau lebih kerap. Hujah; cuka yang bersifat sejuk membantu mengawal asid urik yang bersifat panas. 

Kesan jangka panjang tidak dirawat.

Sakit gout ni, orang yang pernah alami sahaja yang tahu rasanya. Fuhhhh (den pernah alami la tuu).

Ada lagi satu benda yang saya nak kongsi untuk rawat dan sebagai ubat gout ni. Bukan ubat klinik atau farmasi, hanya ubat Homeopati untuk gejala gout.

Fungsinya adalah untuk mengawal paras urik asid secara semulajadi dengan kaedah pengaktifan penstabilan fungsi fisiologi tubuh. Formula ini WAJIB disulam dengan air putih. Ya lah, bagaimana nak singkir kalau bukan melalui urea/ kencing. Nama Ubat Homeo tu untuk gout ialah LEDUM. Kebiasaannya dalam sehari bolehnampak kesannya. Denga harga RM59 sebotol berkapasiti 180 biji.

Ledum 180 Biji

Antara lain gejala lebihan urik asid ni ialah batu karang... Bersambung

Pusat Rawatan & Perubatan Naturopati
Baitul Hijamah - Darul Bekam
Pusat Bandar Parit Buntar, Perak.
Hotline 0122971518 Wa, SMS, Call
Atau Klik Bahagian Sini Untuk Mendapatkan Penawar Gout (Ubat).
(Label) penawar gout, rawatan gout, punca gout, gaut kaki, rhizoplus azzahra, penyakit gout, sakit gout, ubat untuk gout, cara merawat gout, tanda gout, tanda tanda gout, apa itu gout,

04 Jun 2016

R E S D U N G

Tanda-tanda Resdung yang paling utama untuk kita kenal pasti sesuatu gejala adalah keadaan hidung yang sentiasa atau sering berair. Tanda-tanda resdung ini kebiasaannya memuncak bila keadaan persekitaran mengalami suhu yang rendah iaitu pada waktu pagi dan juga tengah malam. Kesannya selain hidung berair, adalah gejala bersin dan kegatalan sekitar muka khusus di bahagian hidung. Namun ada juga tanda resdung yang tidak melibatkan hidung berair. Gejala kegatalan di muka dan sekitar hidung juga dikaitkan dengan resdung muka. Panggilan lain iaitu resdung mata yang melibatkan kegatalan dan alahan pada bahagian mata.

Sumber: Google                            

Rawatan resdung cara islam bukanlah sesuatu yang melibatkan perkara-perkara yang pelik. Ia hanyalah rawatan yang dijalankan oleh orang Islam, yang menjalankan rawatan sambil mengharap pada Allah agar kaedah atau method rawatannya boleh menjadi asbab kesembuhan pada pesakit yang mengharapkan kesembuhan.

(Pusat kami bukan pengedar set resdung shaklee.)

Kaedah rawatan gejala resdung yang dipercayai paling berkesan mutaakhir ini adalah dengan cara menjalani rawatan Ghurah / Gurah Resdung. Kaedah ini memfokus pada mengurangkan bahan yang menjadi asbab alahan tubuh iaitu mukus. Mukus pada kebiasaannya bersifatpelindung pada sistem tubuh manusia umumnya. Namun apabila berlebihan atau tubuh memerlukan perlindungan pada sebuah sistem khususnya sistem pernafasan, mukus akan keluar secara banyak dan perkara ini memberi alahan pada tubuh. Terapi resdung (Resdung Treatment) ini mempunyai 2 kaedah iaitu kering (herba-serbuk) dan basah (cecair-herba).

Mukus yang keluar waktu terapi dijalankan

Sinus Cure kaedah yang boleh dikatakan tradisional ini dapat dibuktikan keberkesanannya seawal sehari selepas rawatan.

Apa itu Resdung? Dua patah kata yang digabungkan menjadi satu iaitu Resah & Hidung.

Pusat kami juga ada menyediakan rawatan Resdung jenis Perubatan Naturopati yang tidak melibatkan dadah dan risiko dosage tinggi dengan Harga yang berbaloi, hanya RM45 sahaja.


Pusat Rawatan & Perubatan Naturopati
Baitul Hijamah - Darul Bekam
Pusat Bandar Parit Buntar
Hotline : 0122971518 Wa, SMS, Call

03 Jun 2016

Bekam . . .

Bekam in English dikenali atau disebut sebagai cupping iaitu aktiviti penyedutan atau vacum menggunakan cawan atau cup khas untuk tujuan itu (berbekam in English). Pelbagai tamadun dikesan menggunakan kaedah bekam sebagai salah satu kaedah perawatan penyakit dengan alatan pada waktu tersebut.


Sumber: Google

Sumber: Google

Sumber: Google

Antara perkara penting dalam rawatan bekam adalah point bekam atau dikenali juga sebagai titik bekam. Point atau titik bekam kebiasaannya berpandukan pada organ ataupun meridian (TCM Traditional Chinese Medicine) dan bekam point sunnah (point bekam sunnah) iaitu titik yang didasari pada pengamalan bekam pada junjungan besar Rasulullah saw (titik bekam nabi).

Bekam melibatkan set bekam (moden) iaitu cup / cawan / mangkuk bekam pelbagai saiz untuk diletakkan bersesuaian tempat pembekaman, pen & jarum lancet atau pisau bedah (surgery blade), alkohol dan minyak zaitun sebagai antiseptic, kapas dan tisu, tong kuning (sisa klinik), plastik kuning (sisa klinik), pam bekam terdapat bersama set cawan.

Terapi bekam atau dipanggil dan dikenal dengan pelbagai nama seperti bekam treatment, bekam therapy merupakan satu kaedah perawatan yang ringan dan sangat menjadikan badan tenang atau RILEEX, namun pada masa yang sama, ia mampu membebaskan diri daripada sebarang risiko penyakit kronim jika diamalkan secara konsisten.

Bekam di Malaysia boleh dicari di link JURUBEKAM MALAYSIA, bekam di kl, bekam kl bekam area kl, bekam selangor dan lain lain. (Tidak lengkap lagi senarai jurubekam seluruh Malaysia)

Pelbagai nama diberi mengikut rawatan dan perawatan bekam di sini. Bekam point Gout yang mensasari rawatan di bahagian gejala gout iaitu di bahagian kaki. Bekam kesuburan, bekam jerawat dan banyak lagi jika kita pantau perawatan kaedeah ini.

Keyword: bekam in English, bekam gout, set bekam, point bekam, point bekam sunnah, bekam therapy, bekam kl, bekam kaki, bekam di muka, bekam shah alam

Pusat Rawatan & Perubatan Naturopati Baitul Hijamah
Rawatan Bekam & Resdung
Parit Buntar, Perak.
Hotline: 0122971518 WA, SMS, Call