Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

01 Julai 2016

Kuat Tidur? Selesaikan Cepat


Alhamdulillah, sebelum Ramadhan melabuhkan tirai, sebelum bulan yang penuh keberkatan meninggalkan kita semua yang entah-entah ada atau tidak kesempatan untuk bertamu lagi. Pusat kami akan mengeluarkan satu produk kesihatan untuk kita semua mendapatkan manfaatnya.

Minyak ini diformulasi untuk kesegaran khasnya kepada golongan pemandu kenderaan dengan sasaran menyegarkan mata dan menyegarkan pernafasan untuk kekal aktif dalam menyempurnakan tugas memandu samaada membawa kenderaan individu atau awam.

Gambar diatas hanya gambaran kasar ia kelihatan, mungkin ada sedikit kelainan. Golongan sasaran seperti pemandu dipilih kerana pemandu merupakan individu penting di atas jalan raya untuk ke suatu destinasi dan antara faktor utama kemalangan jalan raya di Malaysia adalah kecuaian pemandu yang memandu dalam mengantuk.

Mengantuk Semasa Memandu

Mudahnya menggunakan minyak ini hanya sapu (roll-on) di tepi mata kiri dan kanan, tepi pintu hidung juga kiri dan kanan, dan di kiri kanan leher belakang untuk mengurangkan ketegangan (Stress) serta merta. Pengguna minyak ini akan menikmati haruman dan rasa yang sensasi pada kulit dan seterusnya membantu kekal aktif sepanjang pemanduan.

Minyak ini hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Antara manfaat lain adalah untuk menghilangkan sumbatan pada rongga pernafasan, mengurangkan gejala resdung, merawat nafas berbau, menghilangkan sakit sendi, merawat kegatan akibat gigitan, mengurangkan kesakitan otot (ahli sukan), dan juga sebagai minyak urutan beraroma.

Kapasiti dalam botol di atas  adalah sebanyak 8ml dan akan dicadangkan untuk dijual pada harga RM35. Dengan tempoh luput lebih 5 tahun, dengan pelbagai fungsi dan khasiat, dengan aroma yang lebih sensasi dan tidak tradisi. Sesuai dan selesa digunakan oleh semua golongan tanpa perlu khuatir akan bauan seperti minyak urut lain. Samada di pejabat atau masjid, ia tidak akan mengganggu dan memberi ketidak selesaan pada nafas orang lain.

Insyaallah jualan secara runcit akan dibuka pada Jumaat hari raya ke Tiga. Boleh berhubung langsung dengan saya di talian 0174377587.

Tiada ulasan: