Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

17 Oktober 2016

Tangani Resdung Untuk Penduduk Kerian & Berhampiran

Masalah RESDUNG banyak dihadapi oleh masyarakat di sini. Oleh itu, rawatan resdung antara yang popular individu mendapatkan rawatan di Darul Bekam. Terdapat 2 jenis rawatan resdung yang disediakan di pusat rawatan komplimentari ini iaitu Ghurah Resdung dan Bekam Resdung.

Rongga Sinus yang didiami bahan asing 
Sumber: Google

Ghurah Resdung mensasari gejala yang melibatkan hidung berair, kerap bersin terutama pada waktu pagi, suasana sejuk, dan keadaan berhabuk. Gejala ini melibatkan rongga sinus yang telah sarat dengan bahan asing yang memasuki pada saat bernafas. Jadi proses 'Detok Rongga' dilakukan dengan kaedah Ghurah Resdung yang menggunakan kaedah "cuci suara". Kebiasaannya, individu yang mempunyai gejala yang tersebut, akan mempunyai tindak balas yang tertentu sewaktu proses rawatan dijalankan. Kesan perawatan boleh dirasai serta merta atas izinNya. Harga untuk rawatan Ghurah Resdung hanya RM50 sahaja...dan dibekalkan pula dengan nutrisi naturopati untuk baik-pulih sistem pernafasan yang bernilai RM25 secara PERCUMA!

Ghurah Resdung Proses Detok Rongga


Bekam Resdung antara nama lain Bekam Seri Wajah, Bekam Muka, Bekam Jerawat. Dengan namanya sahaja, mungkin sudah terbayang dengan proses sedutan bekam di kawasan muka. Betullah tu! Bekam Resdung pula merawat gejala resdung yang melibatkan alahan, elergic di kawasan kulit muka. Kegatalan dan rasa tidak selesa pada bahagian kulit, selain jerawat sangat mudah dirawat dengan kaedah ini dan hasilnya pula setakat ini sangat cepat. Masalah kulit pastinya berkait dengan masalah dibawah kulit iaitu peredaran darah. Prinsip rawatan ini adalah 'Detok Darah Kotor Bahagian Muka'. Apabila punca gejala dikeluarkan, gejala tidak lagi muncul. Harga untuk Bekam Resdung ini hanya RM55 sahaja.

Keluarkan Punca Jerawat - Hilangkan Jerawat

Tiada ulasan: