Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

17 November 2016

Pelajaran Hidup

IQRA merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw yang membawa erti bacalah. Dalam erti lain ia juga membawa pengertian menuntut ilmu, mempelajari ilmu, mendalami ilmu, membuat kajian, menjalankan penyelidikan dan seumpamanya kerana ia salah satu kaedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Semuanya tergolong di dalam IQRA.

Bukankah ia petunjuk kepada umat manusia khususnya umat Nabi Muhammad Saw supaya terus-terusan menuntut ilmu. Ilmu itu pengetahuan berkenaan sesuatu dan ia mempunya banyak cara untuk mendapatkannya sama ada duduk belajar di dalam kuliah atau kelas, pergaulan sosial semasa, berjumpa orang yang alim dan soleh, berjumpa dengan kutu berhaq (pengetahuan tingkah laku penjenayah contohnya), berjumpa dengan pelbagai latar belakang manusia, lakukan reseach di google, membaca blog manusia lainnya dan seumpamanya.

Tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu mengetahui... Antara maksud ayat yang terkandung di dalam Quran yang menyuruh kita berfikir, belajar, memahami dan ia pastinya berkaitan dengan pengetahuan.

Jom sama-sama menuntut tidak semestinya di kuliah-kuliah, tetapi setiap masa di mana sahaja pengetahuan ada.

Begitu juga individu yang bersandarkan 'Bekam itu Sunnah' melakukannya pasti ada manfaat TANPA mengkaji, mempelajari, mengetahui dengan lebih mendalam cara kerja bekam itu sendiri. Merawat tanpa ilmu merawat dengan kejahilan dan kezaliman. Nauzubillah hi minzaalik! Semuga kita cuba menjadi individu yang berilmu dan belajar ilmu dan menyampaikan ilmu, yang bermanfaat untuk kita keluarga dan masyarakat dunia Islam khasnya.

Boyles Law: Hukum Boyle

13 November 2016

19 Gambar Uncensored Bekam Seluruh Dunia Tradisional

Gambar-gambar dibawah merupakan praktik bekam di seluruh dunia. Perlu mendapatkan bimbingan dewasa pada sebahagian gambar yang tidak tertutup. Gambar ini boleh sahaja di akses melalui carian enjin si google. Tapi admin sengaja memudahkan korang. 

Kebanyakan gambar yang dipaparkan menggunakan kesesuaian praktikal pada zaman tersebut dan praktikalnya berdasarkan prinsip tradisional.

Namun ia masih kekal dipraktik hingga ke waktu ini menunjukkan keberkesanan dalam merawat pelbagai bangsa, pelbagai zaman.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

9 Manfaat Bekam Yang Orang Suka

Bila tubuh dibekam, anda akan mendapat manfaat seperti di bawah:

1. Meredakan stress atau ketegangan.

2. Merehatkan tubuh / merapikan diri.

3. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.

4. Meringankan badan.

5. Melegakan berat & sakit kepala.

6. Meningkatkan sistem imunisasi.

7. Meransang sistem saraf.

8. Mengeluarkan bahan penyebab penyakit.

9. Mengeluarkan gas dalam badan.




12 November 2016

Bekam Untuk Gout / Urik Asid

Gambar menunjukkan pengidap rhumatoid, urik asid telah terkumpul dan membentuk batuan di persendian.

Urik asid berbentuk jarum kristal, kerana itulah sakit yang sering dirasai adalah tajam mencucuk.

Titik bekam dilakukan di kawasan yang biasanya terkesan pada pemilik asid urik tinggi ini seperti dikawasan pergelangan kaki, adakala di atas berhampiran dengan ibu jari kaki, pelipat lutut, dan berhampiran dengannya.

Titik lain yang disasarkan pula pada titik pinggang dan renal (ginjal) iaitu tempat terhasilnya punca penyakit ini.

Makanan yang perlu dielak:
Daging Merah, segala keluarga kacang, ikan bilis, belacan, udang, sotong, kicap, dan seumpamanya.
Urik Asid tidak diukur berdasarkan kesakitan, tapi diukur berdasarkan paras unit yang boleh dinilai melalui ujian darah. Periksa paras urik asid anda sekarang di klinik atau farmasi.


10 November 2016

Antara SOALAN Popular Ketika Bekam & Jawapan Pendek

Soalan 1: Banyak tak darah?
Jawapan: Nak banyak nanti kita kena buat luka lebih dalam Tuan.

Soalan 2: Penyakit apa yang saya ada?
Jawapan: Penyakit yang Tuan cakap tadi.

Soalan 3: Angin banyak tak?
Jawapan: Kita tak ada ilmu boleh nampak angin Tuan.

Soalan 4: Darah saya berbuih tak?
Jawapan: Berbuih sebab mendidih atau termakan sabun Tuan?

Soalan 5: Boleh buang lemak tepi pinggang ni tak?
Jawapan: Kalau boleh dah lama saya buang saya punya.

Soalan 6: Ada bentuk tak darah saya?
Jawapan: Ada, nampak macam seni abstrak.

Soalan 7: Ada tak darah bertali keluar?
Jawapan: Ada makan tali apa Tuan?

Gambar Hiasan

09 November 2016

Betul Ke Aku Ada Resdung?

RESDUNG difahami oleh sebahagian masyarakat sebagai suatu keadaan gejala / penyakit yang tertumpu di kawasan muka yang melibatkan hidung, rongga hidung, kulit muka, mata sehingga telinga. Gejala tersebut meliputi jerawat pada kulit muka, hidung berair kerap, gatal muka, gatal mata, gatal telinga, gatal hidung.

Namun, benarkah kesemua gejala yang disebut di atas adalah Resdung ataupun hanya sebuah definisi yang diperturunkan secara fahaman tradisi.

Tapi tidak mengapa, kami ada penyelesaian kepada kesemua gejala yang tersebut. Tak kiralah apa panggilannya. Namun ada gejala yang dinamai dengan 'resdung' ini yang kami tidak mempunyai perawatan yang khusus. Kaedah ada dont wory

Hidung Kerap Berair

Bersin Pepagi Hari

Gatal Di Sekitar Muka

Sering Tersumbat Hidung
.

08 November 2016

Manusia, Insan, Orang, Individu, Tubuh

Peringatan kepada diri dan sahabat semua...

Adakah kita semua sedar dan tahu serta faham bahawasanya;

Tubuh kita mempunya 3 bahagian kesemuanya iaitu:

1. Fizikal Fisiologi

2. Mental - Pemikiran

3. Spiritual - Rohani

Semua memerlukan penjagaan dan perhatian bukan semata-mata penjagaan Fizikal.

ISLAM telah mendidik Fizikal melalui melakukan perkara baik.
ISLAM telah mendidik Mental melalui bersangka baik.
ISLAM telah mendidik Spiritual melalui keTauhidan kepadaNya.


Bekam Goes Wrong 4 Gambar Perghh

Menjalani bekam, mengetahui faedah melakukannya dan mengikuti amalan sunnah penjagaan kesihatan. Ramai yang sudah merasai dan mengetahuinya. Ramai ke? Anggaran kurang 8% penduduk melayu Malaysia yang diselidik di sini yang pernah mengetahui dan juga pernah menjalani bekam sebagai perawatan mahupun amalan. 

Antara sebab paling kerap didengari adalah takut sakit. Perkataan takut itu sendiri menunjukkan perasaan dalaman individu yang berasa gerun, seriau, akan rasa yang bakal dialami ketika bekam mungkin juga atas faktor sejarah yang memperlihatkan lukaan yang dalam dan pastinya pedih, perit dan sakit. Fuhhhh. 

Siapa suka sakit? Mesti tak kan... Sebenarnya ada tapi sangat sedikit orang yang menyukai sakit itu pun kalau ada gangguan fikiran ataupun ada manfaat tertentu yang diperoleh dengan sakit. Tetapi secara dasarnya, sakit bukanlah suatu yang menyeronokkan. 

Di bawah ini ada dilampirkan kesan pengamalan bekam yang tidak betul yang menyebabkan pesakit menerima kesan yang tidak baik. Ia berlaku kesan daripada kaedah yang tidak tepat dari segi kefahaman perjalanan terapi bekam mahupun niat membekam. Merawat tanpa kefahaman yang jelas akan menyebabkan risiko lain. 

Prinsip asas merawat antaranya tidak memberi mudharat atau menambah mudharat kepada pesakit. 

Bekam Api yang dibuat setiap hari selama sebulan

Proses vakum @ sedutan yang dibiar terlalu lama

Melukakan kulit dengan pisau 'gillate' yang dalam

Dijadikan padang permainan oleh anak kreatif


06 November 2016

Bekam wat perr? Tahu tak dengan bekam...

Ketahui Apa Yang Berlaku Semasa Kita Sedang DiBEKAM!

Tarikan, Sedutan, Vakum @ Tekanan Negatif pada bahagian kulit mewujudkan medan magnetik menarik, menyedut & menghampirkan segala patogen, oxidant, toksid dan punca penyakit lain (CPS) & seterusnya memisahkan daripada aliran darah yang mengikut arusnya.


Tindakan ini juga berjaya menarik perhatian Sel Darah Putih yang terdiri daripada mereka yang diberi gelaran Basophil, Neutrophil, Eosinophil, Monocyte dan Lymphocyte. Masing-masing dengan peranan tersendiri.

Jom kita tengok peranan setiap Sel Darah Putih ni atau White Blood Cells (WBC)

1. Basophil - Merembiskan Histamin/Heparin dan menyokong keradangan. Membunuh tanpa spesifik.
2. Neutrophil - Merembiskan kimia Cytotoxic dalam proses melawan bakteria.
3. Eosinophil - Merembiskan anti-Histamin saat berlaku alergi dan jangkitan parasit.
4. Monocytes - Sangat efektif dalam menelan patogens dan juga sel yang sudah tua, juga berperanan sebagai antigen.
5. Lymphocyte - Imuniti adaptif iaitu Sel T menyerang sel lain (imuniti selular), sel B rembis antibodi (imuniti humoral), Sel Natural Killer (imuniti innate) sentiasa dalam keadaan aktif (Stanby Mode).


Gambar diatas menunjukkan bahagian kulit yang luka atau cedera yang sama seakan bila melakukan bekam darah. Sel ini bila berlaku luka pada tubuh akan lebih agresif. Jadi itu yang kita nak sel darah putih and the gang membantu tubuh kita apabila kita melakukan bekam selain kita mengeluarkan bahan punca penyakit (CPS).