Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

17 November 2016

Pelajaran Hidup

IQRA merupakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw yang membawa erti bacalah. Dalam erti lain ia juga membawa pengertian menuntut ilmu, mempelajari ilmu, mendalami ilmu, membuat kajian, menjalankan penyelidikan dan seumpamanya kerana ia salah satu kaedah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Semuanya tergolong di dalam IQRA.

Bukankah ia petunjuk kepada umat manusia khususnya umat Nabi Muhammad Saw supaya terus-terusan menuntut ilmu. Ilmu itu pengetahuan berkenaan sesuatu dan ia mempunya banyak cara untuk mendapatkannya sama ada duduk belajar di dalam kuliah atau kelas, pergaulan sosial semasa, berjumpa orang yang alim dan soleh, berjumpa dengan kutu berhaq (pengetahuan tingkah laku penjenayah contohnya), berjumpa dengan pelbagai latar belakang manusia, lakukan reseach di google, membaca blog manusia lainnya dan seumpamanya.

Tidakkah kamu berfikir, tidakkah kamu mengetahui... Antara maksud ayat yang terkandung di dalam Quran yang menyuruh kita berfikir, belajar, memahami dan ia pastinya berkaitan dengan pengetahuan.

Jom sama-sama menuntut tidak semestinya di kuliah-kuliah, tetapi setiap masa di mana sahaja pengetahuan ada.

Begitu juga individu yang bersandarkan 'Bekam itu Sunnah' melakukannya pasti ada manfaat TANPA mengkaji, mempelajari, mengetahui dengan lebih mendalam cara kerja bekam itu sendiri. Merawat tanpa ilmu merawat dengan kejahilan dan kezaliman. Nauzubillah hi minzaalik! Semuga kita cuba menjadi individu yang berilmu dan belajar ilmu dan menyampaikan ilmu, yang bermanfaat untuk kita keluarga dan masyarakat dunia Islam khasnya.

Boyles Law: Hukum Boyle

Tiada ulasan: