Pusat Rawatan Alternatif Pilihan Keluarga

Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

30 Ogos 2017

Benarkah Anda Betul Diganggu Jin

Posting kali ini berkaitan adakah benar bahawa kita diganggu jin atau makhluk halus? Beserta dengan hujah-hujah tertentu pengamal perubatan itu dan ini mendakwa bahawa dalam tubuh anda sememangnya terdapat jin yang mengganggu. Kemudian susulan kejadian-kejadian aneh dan pelik yang anda dakwa berlaku pada diri. Kelibat, suara dan mimpi tertentu menguatkan lagi hujah 'anda ada jin!'


Dahulunya saya aktif dalam menangani isu jin, kerasukan, gangguan dan seumpamanya. Namun pada pemerhatian saya yang pendek dan dangkal ini, hal yang paling besar perlu ditangani adalah KEKUATAN individu itu sendiri. Apabila kekosongan terdapat dalam diri, pastinya ada tempat untuk sebarang anasir menceroboh. Apa yang saya maksudkan di sini bukanlah semata-mata JIN dan gangguan yang sekutu dengannya. Adakalanya berkaitan dengan emosi yang tidak terurus, akal yang tidak menerima santapan ilmu, spiritual yang kosong tanpa mengingati Pencipta dan juga pengurusan pemakanan yang tidak benar.

Benarkan? Dalam dunia ini bukanlah semata-mata JIN sahaja yang memberi masalah. Cuba lihat pada diri sendiri, adakah sudah betul amalan harian? Adakala kita perlu menilai kembali dan merujuk pada pelbagai bidang. Jika kita merujuk pada individu yang cenderong kepada masalah berkaitan makhluk halus, maka untuk mendapat rumusan bahawa kita diganggu itu pastinya tinggi. Posting ini bukanlah menunjukkan bahawa saya tidak percaya pada gangguan makhluk halus. Namun saya percaya ada yang tidak kena dan perlu diselesaikan secara menyeluruh.

Kita khuatir anda akan berada dalam lingkungan masalah yang sama! Dah tarik keluar jin kemudian jadi lagi dan tarik keluar jin jadi balik. Di dalam tubuh kita pada bahagian atas tubuh mengikut sistem perubatan melayu merupakan unsur Angin. Apa yang terdapat di dalam bahagian ini adalah Medula, Pineal, Talamus, Pituitari dan juga Hipotalamus ataupun bahasa mudah orang faham Otak. Jika kita PERCAYA kita diganggu, kita akan rasa diganggu.

Nak ke 'rasa' diganggu oleh makhluk halus ni menyebabkan masalah lain pula muncul. Iyelah, sistem tubuh kita ni saling berinteraksi satu sama lain. Macam unsur dalam tubuh kita, Angin, Api, Air, Tanah. Mulanya bahagian Angin atau kepala terganggu, kemudian dia akan turun ke Api yang melibatkan emosi dan perasaan. Contohnya kita rasa stress disebabkan gangguan. Kan emosi tu. Kemudian kalau dah unsur Api diturunkan pula ke unsur Air iaitu Akal, mulalah buat pertimbangan tidak betul, menyalahkan orang itu dan ini. Kemudian akan turun pula kepada unsur Tanah iaitu datanglah pula sakit Fizikal yang pelbagai jenis.


Jadi kesimpulannya, kita kena kenali unsur apa yang mengganggu kita, tak kiralah masalah berkaitan JIN ka, penyakit tertentu kah, ia akan menyebabkan unsur lain juga terganggu.  Kami taknak tahu anda ada masalah apa, sakit apa? Cuma kami boleh analisa dimana unsur yang terganggu, dan apa yang boleh diguna dan dilakukan untuk memulihkan kembali unsur tubuh.


Pusat Rawatan Alami Melayu - Darul Bekam
Pusat Bandar Parit Buntar
0122971518 Untuk pertanyaan

Tiada ulasan: