Zikr

Zikr

1k

1k
PUSAT RAWATAN DITUTUP PADA SETIAP HARI RABU & DIBUKA DARI KHAMIS HINGGA SELASA. TEMUJANJI UNTUK SETIAP RAWATAN 0122971518.

Pusat Kami Menyediakan Bantuan Kepada Mereka Yang Benar Ingin Dibantu Dalam Masalah Kesihatan Seperti Lenguh, Lesu Dan Seumpamanya.

FAQ

1. Sakit tak berbekam?
Kadar kesakitan pada kulit jika diberi pada bacaan skala 1 hingga 10, kesakitan waktu bekam hanya pada skala 1/10 dan kurang mengikut kaedah yang betul.

2. Benjolan bekas bekam. Berapa lama benjolan bekam kawasan dibekam hilang?
Benjolan bekas bekam hanya berlangsung selama beberapa jam selepas bekam. Benjolan itu disebabkan oleh proses sedutan atau vakum yang berlaku atas kulit sewaktu proses bekam berlangsung.

3. Bekas bekam. Berapa lama bekas bulat cawan bekam hilang pada badan?
Bekas bekam pada badan (bukan benjolan) seperti bulat bekas cawan bekam mengambil masa 3 hari hingga 7 hari untuk ia hilang. Ada tubuh yang tidak meninggalkan bekas selepas bekam. Juga bergantung kepada teknik yang digunakan.

4. Ada berapa jenis cara melukakan kulit?
Kami mempunyai 2 kaedah melukakan kulit. Jarum lancet dan juga pisau. Jarum lancet seperti penggunaan mengambil darah untuk Gluco check. Pisau pula menggunakan Surgical Blade seperti yang digunakan di dewan bedah.

5. Manakah yang paling tidak sakit dan tidak gerun antara lancet dan pisau?
Pengalaman sendiri dan pengalaman pengunjung mengatakan pisau lebih digeruni, tapi kadar kesakitan menurun. Berbanding penggunaan lancet, walaupun tidak digeruni, tapi tahap kesakitan lebih tinggi dari penggunaan pisau. Namun kesakitan hanya skala 1:10.

6. Adakah bekam ini selamat?
Dari sudut alatan yang digunakan, disteril 100% ataupun alatan pakai buang. Jadi ia selamat secara teori dan praktikal. Lagipula, bekam hanya kaedah luaran tanpa sebarang ubatan dimasukkan ke dalam tubuh. Begitu juga dengan ruang udara yang tertutup dan steril. Tiada risiko jangkitan melalui udara.

7. Apakah yang perlu sebelum berbekam?
Sebelum berbekam, larangan untuk melakukan bekam sewaktu perut penuh jelas untuk tidak mengganggu proses penghadaman. Seeloknya 2 jam sebelum bekam, elak makanan yang berat dan kenyang.

8. Siapakah yang tidak boleh menjalani bekam?
Wanita di awal datang bulan (haid), orang yang terlalu uzur, wanita mengandung, penyakit kulit yang serius, dan fizikal yang terlalu lemah.

9. Bagaimana melupus sisa darah bekam?
Disunatkan untuk menanam darah bekam. Atau kami melupuskan dengan menghantar ke pusat yang bertanggungjawab melupuskan bahan sisa klinikal (Flora Sentosa)

10. Bolehkah saya mengetahui apa kandungan darah bekam yang keluar?
Boleh dengan menghantar sendiri ke makmal untuk ujian darah. Kami tidak menyediakan perkhidmatan itu. Itu pun perlu melalui prosedur yang betul untuk keputusan yang tiada ralat.

11. Adakah dengan bekam boleh mengubati semua sakit?
Bekam merupakan kaedah yang boleh manusia sebagai hamba Allah pilih sebagai sebuah ikhtiar, lebih lagi ia merupakan salah satu kaedah yang Nabi saw gunakan. Nabi juga menganjurkan meminum madu. Bekam dan pendidikan tentang penjagaan kesihatan perlu sebagai ikhtiar hamba. Allah yang sembuhkan.

12. Berapa kekerapan untuk mengamalkan bekam?
Sel darah mempunyai jangka hayat atau usia iaitu sepanjang 90 hingga 120 hari. Untuk penjagaan kesihatan yang optimum, amalan bekam sesuai dibuat sebulan sekali hingga 3/4 bulan sekali. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan pula, sepatutnya melakukan bekam 2 kali sebulan atau sebulan sekali secara berturutan selama 3 bulan.

13. Bekam tapi masih belum sembuh, mengapa?
Teorinya, bekam berupaya menyingkirkan sakit. Dengan kadar yang berbeza pada semua manusia, bergantung bagaimana sistem seseorang beroperasi. Adakala dos sudah cukup untuk rawatan sesuatu penyakit, adakala perlu untuk melakukan beberapa sesi.

14. Mengapa selepas bekam sakit datang atau sakit lain muncul?
Rawatan bersifat semulajadi tanpa kimia sangat berkesan kepada sistem. Maksudnya dengan bekam, sistem tubuh memberi respon atau tindakbalas kepada proses tersebut. Ia yang dipanggil sebagai 'krisis penyembuhan' atau dalam inggeris 'healing crisis'. Gejala-gejala kecil biasa muncul sebelum proses penyembuhan. Itu menunjukkan bekam sangat baik dan berkesan. Seperti demam campak, diberi minum air kelapa dan demam campak semakin hebat, kemudian surut dalam tempoh masa yang pantas.

15. Mengapa selepas bekam gatal-gatal pada tempat bekam ataupun seluruh tubuh?
Proses menyakitkan kulit 1:10 minumum akan merangsang hormon yang dikenal sebagai Histamine dirembes keluar. Hormon ini bersifat positif dan baik pada tubuh selain bersifat antibody namun pemilik tubuh akan merasa kegatalan pada tubuh dan ia bukan bersifat negatif. Rasa gatal pula tidak sama pada semua orang, ada yang sehari ada yang berhari-hari. Ia adalah respon yang baik.

16. Darah keluar tak banyak sewaktu bekam?
Bekam berbeza dengan derma darah. Darah bekam hanya berada pada hujung kapilari darah. Bekam juga bukan semata ingin mengeluarkan darah, bahkan untuk ransangan yang optimum pada titik organ dan meridian. Darah banyak atau sedikit bukan isunya.

17. Darah keluar banyak waktu bekam?
Bekam yang tepat dan betul hanya akan mengeluarkan darah yang mempunyai sel yang mati, cacat sahaja melainkan proses luka dilakukan agak dalam. Ia akan membawa keluar sama darah yang masih berfungsi pada tubuh. Namun, ia bukanlah suatu perkara yang berisiko tinggi melainkan kepada yang mempunyai Amnesia, kurang sel darah, tekanan darah rendah. Hanya akan melemahkan tubuh dalam tempoh yang singkat sebelum sel darah baru terbentuk.

18. Kongsi cawan bekam atau miliki cawan bekam personal lebih baik?
Pastinya memiliki set bekam peribadi lebih baik dan jelas dan yakin untuk tiada sebarang risiko INFEKSI berlaku semasa proses bekam berlangsung. Sangat digalakkan. Namun bahagian kami, memastikan pembersihan cup/cawan bekam dibersihkan menggunakan cairan NATRIUM HIPOKLORIT yang dapat mematikan:
VIRUS : Influenza A (H1N1), Influenza A2 (Flu Virus), Avian Influenza Type A (Bird flu Virus), SARS Virus, Coxsackie Virus (Hand, Foot and Mouth Disease Virus), Hepatitis A/B/C, Parainfluenza Virus Type 1, Rhinovirus Type 17 (Cold Virus), Rotavirus, Varicella Zoster Virus, Rubella Virus (German Measless Virus), HIV (AIDS Virus)
BAKTERIA : Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, Streptococcus pneumoniae, Salmonella choleraesuis, Escherichia coli 0157:H7 (E.Coli), Pseudomonas aeruginosa, Shigella dysenteriae, Methicillin resistant Staphylococcus aureus (MRSA)
FUNGUS/KULAT : Trichophyton mentagrophtes, Candida albicans, Aspergillus niger

19. Rawatan Traditional?
Bekam sebagai kaedah rawatan tradional, namun dipraktikkan dengan kemajuan industri pengubatan moden. Kaedah Bekam Klinikal dipraktis merangkumi Pelupusan Sisa Klinikal, Kawalan Infeksi, dan Rekod Pesakit dan juga penggunaan alatan Pakai-Buang yang lebih selamat dan Hygiene. Rawatan Tradisional Kaedah Moden (RTKM).

sambungan...

Tiada ulasan: